View: 16741|Reply: 171
|
POLIGAMI DARI PERSPEKTIF ORANG KEEMPAT
[Copy link]
|
|
Org keempat tu aku ler
Sebelum tu bg aku jelas dulu, topik ni sekadar perbincangan, bukan utk mencari apa2 penyelesaian, memihak, mengondem mana2 pihak dan sebagainya.
ceritanya, kawan aku Ana (umur 35) anak sorang janda baru 6 bulan kematian suami beranak 3. Ana bukan kategori gedik gedik. Dia biasa-biasa shj dan sebagai kawan aku kenal hati budinya sebagai seorang yang baik dan tak banyak kerenah, x busuk hati.
Bob, si lelaki, umur 50. suami orang. anak ramai (7-25). sepejabat dengan Ana, pangkat agak tinggi. ciri-ciri agak beragama walaupun mungkin bukan bertaraf ustaz.
Cham, bini Bob. housewife educated. tak kerja. baik dan mesra. agak solehah penampilannya.
ceritanya bermula bila Ana tiba tiba reveal yg dia dan Bob ter suka sama suka. dan kisah cinta mereka setelah mendapat petunjuk melalui solat hajat dan gerak hati masing-masing. lalu bercinta lah mereka dalam keadaan dan batas yang masih terkawal. Bob serius ingin mengambil Ana sebagai isteri dengan kadar segera. mungkin bagi mengelakkan maksiat samada hati mahupun zahir.
Bob bagitau Cham.
maka bermulalah perang dingin. ye lah..mana ada perempuan yg boleh terus terima tanpa sebarang tentangan. Cham tidak dapat menerima berkongsi suami, malah berusaha dengan doa dan cara2 yang islami untuk memutuskan hubungan Ana dan bob.
bila hubungan sudah mula kureng, mula lah keluar nada2 kurang manis dari Cham kepada Bob dab Bob kepada Cham. dan semuanya diceritakan kepada Ana yang kemudian berkongsi rasa dengan aku. Sedikit sebanyak kekurangan mula dibesar2 kan. dan Ana sebagai orang ketiga pastilah kelihatan menambah buruk Cham walaupun tanpa sedar.
sebagai ahli 'kelab satu-satunya isteri' aku mmg kasihan sgt kepada Cham. Tp aku tak boleh menunjukkan depan ana sbb ana kawan aku. Sebagai muslim aku yakin dengan hikmah poligami dan keharusannya.
Dalam kes mereka ini aku lihat semuanya x salah..
1. Ana memohon doa setiap hari moga Allah memberikan kepadanya kebaikan buat dia dan anak2 dalam apa jua bentuk yg Dia kehendaki. kemudian dia tiba2 jatuh hati pada Bob yang telah dikenalinya berpuluh tahun tanpa pernah ada rasa cinta sebelum ini. Lalu dia merasa yakin bahawa bob boleh memjaga dia dan anak2 dan membimbing dia dan memenuhi keperluan rohani nya. Dia tidak tahu samada masih adakah lelaki bujang / duda yang mungkin ingin mengambilnya sebagai isteri. oleh itu dia tidak sanggup melepaskan bob kerana dia tidak tahu samada peluang yg sama akan berulang lagi. Dia boleh saja terus kekal menjanda, tp naluri wanita yg ingin belaian dan perlindungan tidak mampu ditepis. Ana berhati keras bila dia tidak ingin mengambil tahu apa perasaan cham kerana baginya biarlah masalah bob dan cham mereka selesaikan sendiri. dia hanya mencari bahagianya tanpa ingin mencampuri urusan mereka. tp dia mungkin terlupa bahawa dengan dia mencari bahagianya itu telah menghancurkan hati cham dan anak2.
2. Bob pula bukan meminta utk jatuh cinta pada ana, tetapi perasaan itu datang tiba-tiba dengan sgt kuat. Dia tidak boleh memberi alasan untuk membela janda dan sebagainya sebab dia boleh shaja mencari janda yg lain, tp mampukah dia memberi cinta? cinta itu datang dari Allah bukan direka-reka. Bob cuba berlagak gentleman dengan memberitahu cham, tp malangnya dihalang. Tp bob tahu bahawa prasyarat utk berpoligami tidak perlu pun kebenaran isteri pertama. maka dia nekad meneruskan perkahwinan kedua walaupun banyak pihak terluka. dia yakin bahawa dia mampu dan tidak akan mengabaikan cham dan anak2..selama ini pun dia sudah cukup memberi kemewahan dan kaksih sayang. cuma tiba2 sahaja kasih sygnya terbahagi.
3. Cham wanita yg solehah. dia tahu bahawa poligami tidak salah. tp hatinya wanita amat terguris seolah selama hampir 30 tahun hidup bersama, semudah itukah suaminya diserang angau, tiba2 berjiwa muda dan bercinta. hancur hatinya walaupun dari aspek lain dia tidak diabaikan. Dia cuba sedaya upaya mengembalikan suaminya seperti dulu, tp setakat ini tidak berjaya.
persoalan yg sering bermain difikiran aku..setiap poligami pasti akan melalui jalan seperti ini..meski pun pelaku2nya soleh ataupun tidak. pasti ada pihak terluka pasti ada pihak bahagia. Tetapi poligami adalah jalan keluar, jika dlm kes ini jalan keluar kpd janda yg ingin pembelaan, jalan keluar kepada nafsu lelaki yg tidak mampu lg dipenuhi oleh isterinya (maksud aku bukan isteri dah menopause, tetapi cinta yg hadir dari bob kepada ana tu x kan boleh diganti oleh cham lagi). bob tetap akan termimpi2 kan ana (pada tempoh tertentu ini) dan ini x kan mampu diubati oleh cham. silap2 bersama cham pun dia pikir ana (nasib baik cham x tau). jika dia kahwin, sekurang2nya cham tau iini halal bukan imaginasi liar dan haram.
+mode mencari hikmah disebalik ketentuan Allah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku x nampak dimana salah ana dan bob...mereka nk berkahwin secara sah bukan buat maksiat.poligami bukan satu dosa.
ye..takde pompuan dlm dunia ni yg sanggup berkongsi kasih tp kalau lah cham tu duduk termenung,fikir balik hikmah kenapa Allah benarkan poligami,aku x rasa dia akan se emosi itu.laki dia mampu..pe salah.laki dia bukan hak mutlak dia..
sori kalau ada yg terasa...aku dr dulu x pernah menentang poligami,even masa sebelum kawin,suami aku pernah bgtahu nk kawin dua.aku ok je.skarang pun aku suruh kawin lain kalau dia nak,tp dia yg x nak.bagi aku,suami aku bukan milik aku..dia hanya dipinjamkan Allah utk aku di dunia ni dan dunia ni hanya sementara..nape aku nak peningkan kepala,sakitkan hati utk hal2 dunia..
smpai skarang aku masih x paham,wpun aku ppuan...kenapa wujud perasaan " dia laki aku,aku x nak berkongsi!"
suami bukan hak milik kita...dia hak Allah,kita semua hak Allah..ok..put aside la kes2 laki x mampu,laki x guna yg sanggup ceraikan bini krn nak kawin lain,laki x mampu..etc..yg tu aku x nak citer..
mcm kes kat atas....isteri x kerja so finacially 100% dr suami tp kenapa dia masih x nak bermadu?laki dia x mampu ke?percayalah...kalau gaji laki 100k sebulan pun bini masih takkan bersetuju dgn alasan x mampu walhal sebenarnya dia taknak bermadu!full stop..wanita mcm ni mmg tamak...
kes kwn aku pun sama...laki br abis ratus2 ribu renovate rumah...bagi keta mewah...still dia kata rela bercerai dr berkongsi..alasan dia..akaun bank dia pun lum penuh,laki nk kawin lain..so greedy bagi aku.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya karangan ko.... kisah cinta bob-cham-ana.... ko kat mana?
kenapa nak kawin dgn laki tua? hodoh la aku tgk .... tangan pun kedut2 selera pulak nak gomol ya....  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg pakai nama 'bob'...hati hati aje la...
ramai dah aku kenal bob bob ni...ramai yg hampassss... |
|
|
|
|
|
|
|
lucu tp x kelakar bila pakcik ngan makcik ni kabo tersuka ... mane ade ter ter ter. b4 kwin pandai lah ckp boleh adil, boleh jaga bla bla bla. poligami itu dibenarkan ... tp pakcik bob ni nak nikah sgt2 awat sbbnye ... nk rs mude smule ke ... dahle anak2 berderet2 ... kire dah puas berdoa sbagainya nk tunjuk itu petanda mereka mesti nikahlah ye ... bagus ... sungguh soleh n solehah makcik n pakcik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
FlowerGirl posted on 16-12-2012 03:53 AM 
aku x nampak dimana salah ana dan bob...mereka nk berkahwin secara sah bukan buat maksiat.poligami b ...
bukan tamak kawan u tu, tapi takdir ilahi sampai situ aje jodohnya,
ppuan yang datang kemudian hanya sebagai pemangkin aje,
bukan apa berlaku ada sebab dan akibat, sebab ppuan tu, akibat dia dorang bercerai...
mngkin u ppuan paling tabah dalam dunia, tak kisah dimadukan,
tapi kan allah swt ciptakan semua manusia tidak sama satu sama lain,
ada orang tabah macam u, tahniah dan ada orang tidak...
akhirnya setabah macam u atau tidak, semua mati sesorang,
so lebih baik gembirakan hidup sendiri walau terpaksa minta cerai
atau mengatakan tidak untuk poligami... kita bukan pembantu allah swt
nak kata orang ni berdosa atau tidak, itu ini, hidup ini ada pilihan,
jika bercerai itu baik pada diri sendiri, hey go for it.
kalau cam u tak kisah hidup bermadu, go for it jugak...
hak memasing dalam hidup.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun10 posted on 16-12-2012 05:24 AM 
panjangnya karangan ko.... kisah cinta bob-cham-ana.... ko kat mana?
kenapa nak kawin dgn laki tu ...
kebaikkan disini, bila bob tua berlampin berkerusi roda,
bini muda boleh uruskan, malah bila bini tua itu jugak berlampin,
bini muda boleh tolong jugak.... gotong royong dalam rumahtangga kaedahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 17-12-2012 02:57 AM 
kebaikkan disini, bila bob tua berlampin berkerusi roda,
bini muda boleh uruskan, malah bila bini ...
itu pon kalo bini muda is still around ... kalo jd mcm BA ckp .... n even if she's still around, u think she's going 2 b concerned about the bini tua? dlm drama melayu ade kot ... kot kot lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun10 posted on 16-12-2012 05:09 PM 
Apa hal pulak nk susah2 jaga...... dh dpt rete tinggalkan je la......
2 or ...
tu pun boleh berlaku jugak 
masa tu padan muka, sapa suruh kahwin dengan orang muda kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
FlowerGirl posted on 16-12-2012 05:53 PM 
aku x nampak dimana salah ana dan bob...mereka nk berkahwin secara sah bukan buat maksiat.poligami b ...
aku setuju juga ngan pendapat ni, kalau semua balik pd Allah aku rasa ok je sebenanrnya x patut ada masalah. Tp aku xmo lah buka jalan kat lakiku..hehe..
cuma peringatan nya gini aje
- ana dan bob tu x payahlah nak bercinta sakan sebelum kahwin utk minimize kepedihan yg dirasa oleh cham. pas kawin pun pandai2 lah cover kedua belah pihak supaya x timbul dengki mendengki
- bob kena make sure dia cuba seadilnya. bukan jd laki lembik yg memihak kepada mana2 bini
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun10 posted on 16-12-2012 07:24 PM 
panjangnya karangan ko.... kisah cinta bob-cham-ana.... ko kat mana?
kenapa nak kawin dgn laki tu ...
aku ke-4 (cuba ko baca tajuk tu)
bob x tua lagi, masih hensem dan sihat walafiat. kira lelaki yg sedang dlm usia kematangan..wakaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
lavalagi posted on 16-12-2012 08:42 PM 
kalau yg pakai nama 'bob'...hati hati aje la...
ramai dah aku kenal bob bob ni...ramai yg hampass ...
alah pakcik, nama tu rekaan ajer..aku nak guna akronim ABC so aku buat ana bob cham
cham tu memula aku nak buat che kiah tp aku takut korang byg kan che kiah yg makcik2 tu..sian pulak sbb cham dlm cerita ni masih muda n anggun
|
|
|
|
|
|
|
|
err..konpius skit aku ..
ana 35, bob 50..
ana janda bukan anak dara muda
bg aku jarak usia tu x de apa sgt lah
in fact silap2 aku rasa bila masing2 dah tua nanti ntah2 mereka nampak seusia je..
|
|
|
|
|
|
|
|
fashasandal posted on 16-12-2012 07:27 PM 
err..konpius skit aku ..
ana 35, bob 50..
ana janda bukan anak dara muda
kalau minah tu 55 tahun tapi nampak tua cam bob usia 70..
so rugi aje bob nak kahwin
ppuan muda 15 tahun tapi bila tua bini muda menjadi seperti seusia..
baik layan bini tua je.. atleast memang tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih meletakkan diri aku ditempat cham, sbb aku bygkan kalau ini bterjd pada aku suatu hari..mesti sedih kan..
tp mungkin Allah nak tunjjukkan pd aku bila hal ni berlaku kpd kawan rapat aku yg aku kenal sgt hati budinya..aku x mo cerita panjang lebar ttg ana, (aku takut dia baca thread ni dan rasa ni cerita dia), tp cukup aku bgtau dia bukan calang2 isteri (masa ngan arwah suami dulu). Aku rasa apa yg dia lalui mungkin x ramai isteri mampu lalui (jgn mintak aku cerita detail ok, sbb kalau aku cerita detail, mcm aku ckp kat atas..takut dia perasan).
okey, bila ini terjd pd ana, aku mula melihat secara yg lain, dari sudut pandang org ketiga pulak, yg selama ni aku tumpang sekaki kutuk2, dituduh gedik, x faham hati wanita dan sebagainya. ia x boleh diluah dengan kata2..kalau aku tulis reason2 ana disini, mmg mudah sgt org akan kondem dia balik mcm ayat2 kat atas..tp bila merasa sendiri (kes aku ialah empati) baru faham. so aku snediri x mampu nak kondem ana, nak nasihat dia suruh back off, etc..
dan sebab akhirnya ialah Allah dah hukumkan halal. jadi aku pun x berani nak lebih2 sebab hujah aku cuma hujah emosi dan akal. aku takut tersilap cakap, naudzubillah.
aku juga yakin bahawa tahap toleransi wanita terhadap perkara ini berbeza-beza. ada yg ok, go on. ada yg x boleh terima, boleh mintak cerai. tp aku ada terbaca dlm buku agama, meminta cerai semata2 sebab x boleh terima poligami adalah berdosa, melainkan sbb lain spt suami x adil dsb. Bg aku wanita yg beragama melihat poligami sbg ujian iman. ia menyakitkan emosi, seperti juga ujian2 hidup yg lain.
suami yg cerdik tahu watak serta kekuatan iman isterinya, dan dia sama menanggung dosa kalau dengan dia mempoligamikan isterinya tu sampai isteri jd menolak ketentuan dan hukum Allah (ni menurut kata ustazah aku).
kes laki yg x ada ilmu, kaki zina, x de duit, x elok perangai dan sebagainya adalah diluar konteks perbincangan.
kes ini bob adalah seorg berharta, cham dah diberi rumah besar dan kereta mewah, anak2 dah ada rumah sebiji seorang, bob masih sihat walafiat, bob juga kaki masjid. selama yg aku kenal, bob ni antara org yg paling aku x sangka boleh buat tindakan nak poligami. bayangkan selama ini aku anggap kehidupan dia, isteri dan anak-anak lengkap. dan dia bukan lelaki gatal yg suka menggoda. malah dia jenis yg agak menjaga diri, kiranya dikalangan big boss kami, dia antara yg duduk di ranking atas lah. so bg aku lelaki species mcm ni bukan senang nak jumpa diakhir zaman ini..haha.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 17-12-2012 09:44 AM 
kalau minah tu 55 tahun tapi nampak tua cam bob usia 70..
so rugi aje bob nak kahwin
ppuan muda ...
pi mai2 tang tu ye dak..
tp bob kawin bukan sebab tu, mungkin.
kalau bob kawin sbb tu dia cari budak sekolah lah..tp mesti kena kondem kaw2..
kalau bob kawin yg seusia 50, dia kena kondem kaw2 sbb nanti bini lg cepat tua..
so, kesimpulannya bob x boleh kawin lebih dari satu.
tp kenapa Allah bagi hukum boleh?
dan kenapa kalau tgk sunnah nabi serta teladan para sahabat, poligami adalah normal. monogami yg jarang . dah diorg kahwin dgn wanita x kira latar belakang usia, dan atas bermacam sebab.
sekadar perbincangan. kalau ada jawapan yg konkrit, bukan berpaksi akal dan emosi..aku boleh buat hujah utk laki aku jugak nani..hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
fashasandal posted on 16-12-2012 07:56 PM 
pi mai2 tang tu ye dak..
tp bob kawin bukan sebab tu, mungkin.
macam me ada tulis benda atas ni, cita ni cam ribu kali masuk family disc,
so tepuk dada tanya sendiri aje kenapa nak kahwin lagi,
sendiri kahwin, sendiri hadap..
dan manusia berbeza beza, satu orang suka bermadu, dan bukan semua
orang kena ikut kesukaan itu, kan allah swt jugak kasi akal fikiran untuk fikir baik dan buruk
ikut situasi diri memasing...
|
|
|
|
|
|
|
|
fashasandal posted on 17-12-2012 09:27 AM 
err..konpius skit aku ..
ana 35, bob 50..
ana janda bukan anak dara muda
tak kisah la ko nak kawin ke tak... yg pasti laki tua, ko nak sama2 nampak tua mcm dia? umur2 kita dh mid 30s ni, dah ada anak2 yg tgh membesar, rasanya kawin bukan la utk sex semata tp lebih pd companionship....... masa umur gini kita dah part hidup tenang, cuma besarkan anak2 yg dh sedia ada jek... bkn ms sibuk2 nak beranak kecik lagi, bangun tido kul 3-4 pagi buat susu anak....
start umur 30an ni kita kena melawa jek, pergi gym jaga makan, jaga body, jaga penampilan... ada somi share happy sama2.... kalau dah la share laki, laki tua pulak tu...... yg aku nampak kawan2 aku tu, dh masuk mid 60s laki masing2, lagi sibuk si tua tu dgn bini tua mereka sama2 buat amal ibadah... balik rumah bini muda, jadik perengus, buat bini nyampah kat dia tp dek kerana nak berduit, merengus2 macam tu pun kena hadap la kan.... si bini mengadu tak happy sbb laki tak berapa amik berat, balik cuma bg nafkah batin yg tak berapa bagi.... maybe dah tua kan... lepas tu marah2 bini muda jek.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy yakin ramai forummer yg boleh berhujah dgn lebih educated..masih menunggu
apa hikmahnya Allah halalkan poligami? takde siapa boleh jawab yg ni?
hujah emosi / anggapan umum saya rasa tak kuat..senang aje boleh dipatahkan oleh orang ketika mahupun para lelaki yg nak kawin lebih. yg support pun isteri pertama aje, tu pun support sbb sama perasaan (i've been there ok. but now i'm older i tend to look beyond that)
kalau dilihat dlm ruang lingkup kehidupan yg lebih besar, bukan sekadar kepentingan dan kebahagian diri sendiri, sebaliknya sampai ke akhirat (yg hidupnya infiniti), bagaimana?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|