CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13085|Reply: 54

Aeril Zafrel Bakal keluar Dari MIG

[Copy link]
Post time 14-12-2012 12:17 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA:Pelakon Aeril Zafrel berhasrat untuk mengundurkan diri daripada syarikat pengurusan artis dan produksi MIG bagi mengembangkan kerjaya lakonannya secara berdikari.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 24, berkata, dia mahu mencabar kemampuannya dengan menimba pengalaman bersama produksi lain selepas dua tahun berada di bawah pengurusan syarikat produksi itu.
"Saya mahu berdikari dan menimba pengalaman baru selepas ini. Saya hargai segala peluang diberikan MIG selama ini tetapi saya juga perlu berkembang.
"Kalau hendak menjadi pelakon yang baik kita perlu bekerja dengan pelbagai orang yang bagus," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.




Hero filem Budak Pailang itu berkata, keinginan tersebut bagaimanapun bukan disebabkan dia diabaikan atau berdepan konflik dengan syarikat berkenaan.
"Tiada sebarang isu atau masalah dengan pengurusan cuma sudah tiba masanya saya bergerak atas kaki sendiri.
"Malah, sebelum ini pun saya dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG iaitu David Teo pernah berbincang mengenai hasrat ini.
"Beliau memberikan lampu hijau dengan syarat saya menyiapkan komitmen filem terakhir99 Kali Rindu yang baru tamat penggambaran," jelasnya.





Aeril berkata, dia bimbang selepas menyedari kedudukannya yang berada pada zon selesa di bawah MIG selama dua tahun.
"Saya bimbang jika penonton akan mula jemu dengan kerja saya. Selama ini, saya kerap berlakon dengan orang-orang yang lebih kurang sama sahaja.
"Sebelum orang mulai bosan, lebih baik saya mencuba peluang baru dengan pihak lain walaupun prosesnya mungkin lebih mencabar dan berliku," akuinya yang masih aktif berlakon sejak “berhijrah” untuk menjadi lebih islamik beberapa bulan lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 12:24 AM | Show all posts
Hensem.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:05 AM | Show all posts
bagusler tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:08 AM | Show all posts
bguslah, klu duk kat mig x berkembang..
muka n bakat dah ada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:10 AM | Show all posts
merembes....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:16 AM | Show all posts
iols pernah terjumpa dekat jusco wangsa maju..
memang hensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2012 03:49 AM | Show all posts
spe yg duk bawah MIG mmg x berkembang bakat sbb Filem2 MIG kebanyakan sampah.. so mcm mana nk menang award melainkan ko Shaheiziy Sam? tu pun rata2 bukan filem bawah MIG.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 07:58 AM | Show all posts
bagusssssssss!! aku sokong tindakan dia!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 08:05 AM | Show all posts
gud2... dari terperok kt mig tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:35 AM | Show all posts
badan dia neh taf kan tapi agak rendah berapa agaknya tinggi dia..
eloklah dia keluar dr MIG sblm org bosan itu keputusan bijak..dia pun tahu bosan berlakon dgn org yg sama je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:46 AM | Show all posts
keputusan yg bijak.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:54 AM | Show all posts
bagus la tu..            
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:58 AM | Show all posts
MIG jadi batu loncatan bg bakat2 baru.....setelah byk berlakon filem2 sampah, dh popular, semua nk keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:29 AM | Show all posts
lantak ko la nak kuar ke MIG ke hapa...tp lakonan mmg taraf sendu jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:43 AM | Show all posts
elok ler tuh
bakat yg ada jgn dipersiakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:51 AM | Show all posts
ok gak si aeril ni berlakon... klau tak silap cerita cerekarama 'pelarian' pon dia yg berlakon rasanye.. dlm citer tu mmg sedih la.. muka dah ada.. bakat pon ok.. peluang je takde.. keluar dr MIG... join drama n filem2 bagus2.. jadi pelakon sampingan pon dah ckup nak menonjolkan bakat klau ko mmg bebetul berbakat.

macam sofi jikan... walaupon dia bukan hero apa2 filem.. tapi nama dia tetap gah.. org tau dia jenis berbakat nye org... and klau nasib baik... jadi mcm beto.. bermula dengan watak2 picisan.. now dah bole jadi hero... yg ada rupa n bakat besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 10:06 AM | Show all posts
baru je semalam aku bace sal aeril zafril tah kt mane tah.. arini dengar pulak die nk kuar dr mig.. ikot jejak si kamal adli ni..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:18 AM | Show all posts
elok la keluar
duduk kat dalam MIG pihak management MIG yg kenyang amik duit komisyen
baik gerak sendiri
dah ramai artis MIG blah
cuma Intan Ladyana & Yana je suka duduk dalam MIG berlakon filem2 sampah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:59 AM | Show all posts
Gud action.. lol..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:38 PM | Show all posts
OK LA KOT .. GUD LUACK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054424 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list