CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakilicious

pembedahan gigi bongsu

[Copy link]
Post time 5-2-2014 08:45 AM | Show all posts
miyoma posted on 4-2-2014 06:49 PM
ada buat bridge gigi bawah ke ni?

ada plan nak buat sbb gigi bawah tu tp tak tau lg bile. sakit & mahal tak ek? tu gigi bongsu tp xde gigi kekal kat bwhnye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 10:33 AM | Show all posts
sy pun ada seketul gigi bongsu ni.senget je tumbuh sebelah kat hujung sekali..sakit tuhan je tahu..sampai sekarang badan rasa demam2 je..berdenyut2..makan pun yg lembut2 je..

nak tanya mahal ke kos nak buang gigi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 10:32 PM | Show all posts
julie88 posted on 5-2-2014 08:45 AM
ada plan nak buat sbb gigi bawah tu tp tak tau lg bile. sakit & mahal tak ek? tu gigi bongsu tp xd ...

kejap2..nak buat bridge gigi mana ni?

sy tanya awk ad buat bridge ke sebelum ni sebab nampak pelik satu gigi geraham kecil sebelah kanan bawah..mcam xde akar gigi kalo nak banding yg sebelah kiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:25 AM | Show all posts
miyoma posted on 5-2-2014 10:32 PM
kejap2..nak buat bridge gigi mana ni?

sy tanya awk ad buat bridge ke sebelum ni sebab nampak pe ...

ooo gigi tu la yg sy mention nak buang. tu gigi bongsu. bwh gigi tu tak de gigi kekal.

doc suggest cabut gigi tu thendisebabkan takde gigi kekal dibawah nye, so doc suggest wat bridge kat situ.


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:26 AM | Show all posts
emiryn_darling posted on 5-2-2014 10:33 AM
sy pun ada seketul gigi bongsu ni.senget je tumbuh sebelah kat hujung sekali..sakit tuhan je tahu..s ...

kalau klinik krjaan murah la kot. rm1 je. tp kalau klinik swasta, depend pd klinik tu. n die tgok jgk tahap keseriusan kdaan gigi awk.
mcm sy kene rm120 sebatang include ubat skali.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
julie88 posted on 6-2-2014 08:25 AM
ooo gigi tu la yg sy mention nak buang. tu gigi bongsu. bwh gigi tu tak de gigi kekal.

doc sugg ...

Ok..noted..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
emiryn_darling posted on 5-2-2014 10:33 AM
sy pun ada seketul gigi bongsu ni.senget je tumbuh sebelah kat hujung sekali..sakit tuhan je tahu..s ...

Pernah tanya kat klinik swasta shah alam nak opertae gigi bongsu sebatang rm1500 ni harga dua tahun lepas... Buat kat hospital besar johor kene rm55 je sebatang... Gigi bongsu aku dua2 belah dah selamat dioperate... Tinggal ingat nanti nak cuci plak gigi je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:29 PM | Show all posts
- pernah operate gigi bongsu geraham....pengalamanya...SAKITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT SGT...selepas operation,

- semasa operation, doktor akan suntik ubat bius utk cabut gigi atas, operate gigi bawah je..tp, bius dia ya ampunnnn...SAKITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT SGT...leh rasa ubat tu mnjalar ikut urat2 aku....

- darah tak henti2 klua sampai 3 hari...doc pun bg mc 3 hari..

- lepas operate tk leh nk bercakap sbb lidah n mulut kebas..nak telan air liur pun tak boleh...(sanggup? aku tk sanggup dah)

- rasa sakit gigi paling teruk dari sebelumnya selepas keesokkan harinya..SAKITTTTTTTTTTTTTTT SGT...mmg gila sakit...sakit gigi aku yg seblum tu aku boleh tahan lagi..tp, sakit yg selepas tu...ya ampun...

- seminggu  baru betul2 baik dari sakit...

- aku buat operation kat hospital putrajaya, sbb aku dok kat putrajaya...tp, yg bagusnya doktor kat situ mmg terbaikkkkkkkkkkkk!!!!!..

- aku ada 1 lagi gigi bongsu geraham belah kiri, doktor ada nk set kan appointment utk aku, tapi aku tak sanggup lagi....aku cakap, relax dulu doktor..rasa seksa tu belum betul2 hilang lag...huhu...serik rasanya..

- sakitnya sebab, gigi dh berakar dh tua, klu budak2 tu senang je cabut gigi...nak plak part2 urat2 ni mmg sensitif...mmg tunggu byk tahun utk operate gigi aku lg..

-  2 batang gigi aku berjaya dikeluarkan dengan ssh payah nya...badan aku ditekan2...ingat senang ke nk cabut  gigi geraham...usshhh....enough..no more please..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
aliimran posted on 12-2-2014 03:29 PM
- pernah operate gigi bongsu geraham....pengalamanya...SAKITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT SGT...selepas opera ...

Kan sakit sgt lps abis operate gigi bongsu aku nsb sebaik belah bawah 2 btg je yg prob nya... Dua2 dah settle tu pon ambik ms dua tahun... Setahun satu btg gigi... Aku operate yg kali ke dia seblm aku operate aku makan ubat tahan sakit dl... Tp yg teruknya doctor jahit sampai lidah aku pon dia jahit gak... Dr leh kurang sakit jd berganda2... Antibiotik aku x blh mkn coz alahan antibiotik dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 10:32 PM | Show all posts
me last year - cabut gigi geraham bongsu nie. operate. punya laaa bercintaaaaaa sebelum kuatkan semangat utk pegi operate. 5-6 doktor pegi.... dengan harapan adalaa doktor mana2 yg kata "tak yah cabut - bole tampal je". hahahhaha. punya laa penakut. hahahahhaa

tapi last year- terpaksa menyerah kalah sbb tak tahan sakit. doktor kena bius 6x sebab akar tu takmo tercabut. adoyai. tapi bius pertama je kot yg sakit bangat. bius2 lain x berapa sakit sgt. sbb masih ada kesan ubat bius yg pertama tu kan. total operate - dlm 45 min. walaweh. lenguh rahang toksah kata laaa. mmg ada 1 time tu - rasa rahang dh crammed. sbb bukak mulut lama sgt. takut gak aa time tu. ingatkan rahang dh xleh tutup. hahahahhaha. bodoh betul.

lepas dh operate tu semua - since kesan bius masih ada, so sakit x berapa nk rasa laa. kira bearable laa sakit dia. tapi doktor dah pesan after 2 - 3 hours, akan mula rasa sakit. so dia bagi antibiotik & pain killer for 1 week. but surprisingly, sakit gigi tu mmg bearable gak (after kesan bius dh hilang). pain killer makan 2x je kot. itu pun berselang hari. alhamdulillah.

nie - gigi geraham belah kanan plak nk kena operate. adoi. nnti2 laa. tunggu kekuatan balik. hahahahhaha.

*lebih rela operate beranak lagi sekali dari kena operate gusi* hahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 07:53 PM | Show all posts
Wisdom tooth ni mmg klu kena cabut guna kaedah operate eh..?rasa cam besor benor procedure tu.Last few weeks daku dh gi check up kat spital gomen sbb rsa gigi geraham pecah n berlubang.Then doc kata dah rosak teruk, kena cabut.Simpan pun buat apa wisdom tooth tu.So dah set up appoinment 25Feb ni tuk cabut.So rsanya kes aku ni ok jek kan....just cabut biasa la kut.Takdemasalah smpai nak kena operate bagai tu.Daku mmg sejak zaman sek lagi penakut bab check gigi dan seangkatan dgnnya ni.Klu dah betul2 meraung baru aku pi..huhuhuhhu.Tapi gigi ku yg nk kena cabut ni tak sakit..cuma dh pecah n berlubang..so nk kunyah kena guna geraham lain..klu guna kat area pecah tu..food masuk mmg sakit cam kena smpai ke gusi..

Boleh tau...sebelum nk bius injection tahan sakit tu,boleh mintak letak gel bagi kebas sebelum cucuk kan..maklumlah..aku ni mmg penakut ya amat bab jarum2 ni... ni  pun nervous sgt nk tggu next tuesday ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
PEMBEDAHAN kecil diperlukan untuk membuang gigi bongsu.


RASA sakit gigi yang datang tiba-tiba menyebabkan Izwan Ali Imran Wazani, 24, pergi ke Hospital Balik Pulau yang berdekatan dengan rumahnya di Pulau Pinang.

Selepas diperiksa, doktor mendapati gigi bongsunya baru hendak tumbuh di hujung gusi bawahnya.

Menurut Izwan, pada awalnya dia menyangka ada giginya yang rosak atau berlubang.

"Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan semua gigi saya masih dalam keadaan baik. Rasa sakit yang dialami itu berpunca daripada gigi bongsu yang sedang tumbuh," ujarnya.

Doktor menyarankan Izwan menjalani satu pembedahan kecil untuk membuang gigi bongsu tersebut.

Menurut Izwan, dia amat terkejut apabila mendengar pembedahan perlu dilakukan dan dia mula membayangkan kesakitan yang bakal ditempuhinya.

"Walaupun agak takut, memandangkan saya sudah tidak dapat menahan kesakitan, saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan yang disarankan oleh doktor," cerita Izwan.

Pembedahan membuang gigi bongsu itu berjalan lancar. Kini, rasa sakit yang dialaminya dahulu sudah hilang.

Izwan berkata, selepas pembedahan itu, doktor menasihatinya supaya tidak mengambil makanan dan minuman panas di samping makan makanan yang lembut.

Sementara itu, Nurul Adila Awaludin, 24, berkata, pada peringkat awal gigi bongsunya tumbuh, rasa sakit yang dialami sama seperti sakit gigi yang biasa. Cuma yang menambahkan rasa sakitnya ialah apabila gusi membengkak.

"Setelah membuat pemeriksaan X-ray, doktor menasihatkan saya supaya membuang gigi tersebut," katanya.

Gigi bongsu merupakan gigi terakhir yang tumbuh, biasanya semasa seseorang berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Menurut pemilik Klinik Pergigian Syarifah, Dr. Syarifah Fazlina Seyed Fadzir, selalunya gigi bongsu tidak dapat tumbuh dengan sempurna disebabkan ruang gusi yang tidak mencukupi.

"Lantaran itu, gigi bongsu akan mengasak gigi geraham yang berada di depannya. Situasi ini menyebabkan rasa sakit pada gigi," jelasnya.

Beliau berkata, masalah ini dapat diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh itu. Sekiranya gigi bongsu berada dalam posisi yang sukar dicabut, gigi geraham yang berada di depannya terpaksa dicabut sebagai ganti.

"Ruang yang ada itu akan membolehkan gigi bongsu tumbuh dengan baik," beritahu beliau.

Sisa makanan

Tambahnya, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan sempurna boleh menyebabkan berlaku pengumpulan sisa makanan di antara celahan gusi dan gigi bongsu.

"Situasi ini mampu mencetuskan sakit gigi ekoran wujudnya bakteria penyebab jangkitan dan kesakitan.

Selain itu, Syarifah Fazlina menyatakan, kemunculan gigi bongsu pada posisi yang tidak betul juga boleh mengakibatkan hentaman pada tisu lembut atau tulang.

"Seringkali pesakit mengadu sakit dan bengkak di belakang gigi bongsu kedua.

"Keadaan yang dinamakan sebagai perikornitis ini tidak dialami oleh semua orang manakala individu yang mengalaminya tidak semestinya mempunyai gigi bermasalah," terang beliau.

Pesakit perikornitis perlu menjalani pemeriksaan bagi mengetahui sama gigi bongsu mereka itu mendatangkan masalah dan perlu dicabut sebelum ia memberi kesan yang lebih teruk.

Menurut Syarifah Fazlina, jika dibiarkan tanpa pemeriksaan, penyakit periodontal boleh menghakis akar gigi bersebelahan dan menyebabkan ketumbuhan.

"Apabila ini berlaku, pesakit yang kebanyakannya sudah melepasi usia remaja terpaksa melakukan pembedahan yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh," katanya.

Pakar Pergigian, Prof. Dr. Rahimah Abdul Kadir dalam tulisannya bertajuk Gigi Bongsu Terimpak berpendapat, gigi bongsu yang terimpak hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan ringkas. Satu torehan akan dibuat pada gusi bagi menampakkan tulang rahang.

Sekiranya bahagian torehan yang dibuat agak panjang, doktor akan menjahit gusi tersebut. Jahitan ini bertujuan mengelakkan pendarahan.

Tulang rahang yang menghalang korona gigi bongsu akan dipotong dan dibuang menggunakan satu alat khas.

Selepas itu, gigi tersebut akan dicungkil keluar. Doktor akan menyuntik ubat bius sebelum pembedahan dilakukan untuk mengelakkan rasa sakit.

Namun, tidak semua pembedahan akan disuntik ubat pelali. Suntikan ini untuk kes tertentu sahaja.

Menurutnya, pesakit tidak perlu risau akan impak selepas pembedahan seperti rasa sakit dan bengkak kerana doktor akan membekalkan ubat untuk meredakan rasa sakit.

Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak mengorek bahagian torehan dengan jari atau sebarang alat. Perbuatan mengorek tersebut boleh mengakibatkan infeksi atau keradangan pada luka.

Sila Layari Laman Web : http://biovelocitylaris.com/

T.kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 03:36 PM | Show all posts
MiaLibra posted on 20-2-2014 07:53 PM
Wisdom tooth ni mmg klu kena cabut guna kaedah operate eh..?rasa cam besor benor procedure tu.Last f ...

klo wisdom tooth tu dlm keadaan ok..boleh je cabut biasa..tpi klo keaddaan rumit kena la wat operate..

tpi pelik je dr.tu bagi tarikh untuk cabut gigi yg pecah tu..adakah masa pergi cek tu gigi tu sakit berdenyut?dr ada bagi ubat ke?klo mcam tu ok la bagi tarikh untuk next appointment..

mintak je dr.tu sapu dulu..klo benda tu ada..dr akan sapu..klo xde memang terus cucuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 04:44 PM | Show all posts
huhuu ngeri betul baca bab gigi bongsu nih...moi pon ada 2 gigi patut kena operate tapi masih dok takut lagi...bila sakit hilang buat donno je bila sakit baru la g dentist...dah xray doc ckp geraham bongsu tumbuh senget kiri kanan belah bawah huhuhu...kalo operate kena la aroung rm800 ke atas huhuhuhu....nih dekat klinik gigui DSR Smile Subang Bestari mmg harga mahal camni ke huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 08:23 PM | Show all posts
moimed posted on 24-2-2014 04:44 PM
huhuu ngeri betul baca bab gigi bongsu nih...moi pon ada 2 gigi patut kena operate tapi masih dok ta ...

klo nak murah pergi klinik kerajaan RM 50 ringgit je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 03:01 PM | Show all posts
lama dah tak jenguk forum ni...tiba2 rasa nak jenguk kat tpt ramai yg sakit gigi...sebab saya pun sakit gigi bongsu...dah pergi klinik doc bgtahu tak boleh cabut lagi sebab tengah sakit...doc bg antibiotic dan ubat tahan sakit...sebelum balik doc bg tahu bahawa gigi bongsu yang sakit tak boleh cabut biasa..sebab kedudukan senget, kena buat pembedahan dan 3 jahitan...dalam keadaan tu terus rasa hilang sakit gigi...balik rumah makan ubat yg doc bagi...terasa kurang sakit dan terus tak sakit...bila tak sakit tak kan nak gi serah diri kat doc bulat2....ni sedang berfikir bila nak gi serah diri...bulan depan, tahun depan...etc...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 07:19 PM | Show all posts
alissa_sofea posted on 26-2-2014 03:01 PM
lama dah tak jenguk forum ni...tiba2 rasa nak jenguk kat tpt ramai yg sakit gigi...sebab saya pun sa ...

sila pergi berserah..selagi tak berserah selagi tu la sakit akan berulang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:53 AM | Show all posts
miyoma posted on 21-2-2014 03:36 PM
klo wisdom tooth tu dlm keadaan ok..boleh je cabut biasa..tpi klo keaddaan rumit kena la wat opera ...

Alhamdulillah...dah selesai...Memang kena buat kat department bedah mulut .Tapi procedure cam cabut,tampal gigi biasa jek.Takut gak nk kena bius bagai smpai pengsan.huhuhuhu.

Gigi bongsu yg pecah tu mmg tak sakit and goyang cuma bila pecah n dan ada hole skit,bila food kena gum tu,mmg ngilu..Gel kebas tu mmg helpful sangat plus 6 tempat injection.Ada la dlm 20minit nk goyang2kan gigi tu sbb mmg kukuh.Huhuhhuhu..rsa macam tak nak cabut je msa tu sbb rsa macam gigi tu kuat.At last cabut juga akhirnya.Rupanyer besar ye,wisdom tooth ni.Tapi i think takdelah super scary sgt.Rasanya klu scaling procedure mencuci gigi an tampal tu lagi mengerunkan kut.

Lepas sejam lebih ,daku terus telan panadol 2 biji supaya bila bius dah hilang tak rasa sakit.Alhamdulillah Allah permudahkan.. takdela rsa berdenyut ke apa.Lepas tu still boleh makan,daku pi bantai roti n sushi.Cuma doc kata kena minum air sejuk.Takleh minum panas sbb nk stop bleeding tu.Tapi bila dah takde gigi tu,aku rsa lain macam pulak.Macam nenek2 pulak takde gigi..heheheheh...walhal baru satu gigi hilang.Macam insaf kejap nk jaga gigi elok2 pas ni supaya tak rosak teruk smpai kena cabut.Yang byk gigi daku ni tampal.


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:55 AM | Show all posts
Now tengah standby tggu panggilan tuk buat crowning pulak sbb gigi geraham kiri ada pecah skit.Huhuhuhu...rsa macam kalsium tak cukup je sbb daku ni mmg kurang gemar minum susu....Tambah age 30plus ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 07:37 AM | Show all posts
salam,

tak perlu risau lar...dr nak tanggung sakit..baik buat jer...aku dulu buat ikut priority sets kiri or kanan..yg mana sakit cabut dulu...tapi cabut both for atas n bwh sekali @ a time...azab tak? ya ampunnn....tp slalunya bila biuz dah habiz time tu la...so apa aku buat, beli surgeon gloves tu, bubuh ice n tepek kat pipi dekat kawasan graham tu...bg bengkak cepat surut...masa operate yg tak tahanya bila time biuz jer..as everytime klu aku rasa sakit doc akan biuz kat area yg sakittu la...so tak yah risau..g buat jer....yg nak hadap sakit lepas operate jer...tapi tak lama pun...tepek ice je ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070093 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list