CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11073|Reply: 28

[Tempatan] Kurangnya pakar sakit puan dikalangan wanita

[Copy link]
Post time 28-10-2012 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Krisis kekurangan pakar sakit puan wanita
Jika sebelum ini ramai orang bertanya ke mana perginya ramai lelaki yang tidak belajar di universiti, masyarakat yang prihatin tentunya tertanya-tanya ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan?
Isu ini adalah satu permasalahan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang yang baik serta menagih pengorbanan daripada pelbagai pihak yang terlibat.
Sehingga tahun 2012 ini, saya telah berkecimpung selama 15 tahun di dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (Perbidanan & Sakit Puan). Saya telah mengambil keputusan yang agak kontroversi terhadap diri saya sendiri iaitu untuk terjun ke bidang ini apabila melihat kebanyakan para pakar perbidanan dan sakit puan di Malaysia adalah lelaki yang non-Muslim. Saya meletakkan objektif utama untuk berada di bidang ini adalah untuk melatih dan melahirkan lebih ramai doktor Muslimah yang mempunyai kemahiran di bidang ini bagi memenuhi keperluan umat Islam di Malaysia.
Ya, kita memang telah berjaya melahirkan semakin ramai  doktor pakar wanita di bidang ini. Bahkan ramai juga di kalangan mereka menjadi tokoh di peringkat nasional dan internasional. Namun jumlah yang diharapkan ini masih lagi terlalu jauh daripada sasaran.
Di antara faktor yang  melambatkan pencapaian ini adalah disebabkan terlalu banyak halangan untuk para doktor wanita untuk memilih bidang ini sebagai kerjaya masa depan mereka dan di samping memerlukan pengorbanan yang besar bagi menamatkan latihan kepakaran mereka di bidang. Di samping itu, agak ramai juga wanita Muslimah yang telah berjaya menjadi pakar perbidanan dan sakit puan membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya mereka di hospital-hospital swasta.
Pada minggu yang lalu, saya telah diamanahkan menjadi pemeriksa luar (external examiner) bagi pelajar-pelajar perubatan tahun akhir di CUCMS, Cyberjaya. Adalah tidak mengejutkan apabila semua para pemeriksa yang merupakan pakar perunding Obstetrik & Gynaecologi di CUCMS yang bersama saya pada sepanjang minggu ini adalah lelaki. (Saya beranggapan bahawa pertemuan kami ini hanya berlaku secara kebetulan sahaja)
Ramai rakan-rakan saya yang turut prihatin dengan isu ini dan berharap agar lebih ramai para doktor dan bakal doktor Muslimah membuat keputusan untuk terus ‘berjihad’ dan mengambil-kira untuk membuat kepakaran di bidang ini.
Sememangnya bidang perbidanan dan sakit puan adalah kerjaya yang sangat mulia bagi memenuhi keperluan umat Islam di negara ini. Hukumnya adalah fardhu kifayah. Kerjaya yang berat ini menuntut kesabaran dan ketabahan di kalangan para doctor Muslimah dan juga kepada keluarga mereka.
Bagaimanakah cita-cita ini boleh terlaksana di Malaysia ?
  • Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan mestilah mempunyai strategi dan perancangan yang tersusun oleh bagi memenuhi keperluan umat Islam ini.
  • Kita ingin menyeru kepada doktor-doktor pakar perbidanan (muslimah) supaya dapat terus kekal bekerja di hospital kerajaan mahu pun di bidang akademik bagi terus memberikan perkhidmatan di bidang Obstetrik dan Ginekologi kepada masyarakat awam.
  • Diharapkan agar lebih ramai doktor-doktor muda (muslimah) bertekad dan sanggup berkorban dengan memilih bidang ini sebagai kerjaya kepakaran mereka.
  • Pusat pengajian perubatan seharusnya memberikan galakan kepada mahasiswi perubatan supaya mengambil-kira bidang ini sebagai kerjaya mereka di masa depan
  • Sokongan suami dan keluarga (doktor muslimah ini) adalah sangat penting dan inilah di antara faktor yang memungkinkan doktor pakar wanita terus berkorban untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat wanita yang memerlukan mereka.
  • Sistem sokongan semasa bekerja dan latihan di hospital-hospital dan di universiti mesti diperkuatkan agar target melahirkan lebih ramai pakar sakit puan daripada kalangan wanita akan berjaya.
Saya amat pasti bahawa sistem sokongan yang baik adalah sangat penting bagi seseorang doktor Muslimah untuk berjaya menjadi pakar di dalam bidang ini terutamanya ‘memiliki’ suami yang faham dan sabar dengan perjuangan yang mulia ini.
Kepada para doktor Muslimah dan suami mereka… Selamat Berjihad !
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib Presiden I I-Medik

Blog: Peduli Ummah
* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & AJK ISMA Seremban.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2012 02:23 PM | Show all posts
Terlalu sedikit doktor wanita pakar sakit puan

Saudara Pengarang,
SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?

Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.

Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.



Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 03:36 PM | Show all posts
my o&g pun lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 03:42 PM | Show all posts
huhu..aku dolu dah disodok olih dokter lelaki yang hensem mase nak beranak dolu...segan siot..
isk isk isk..
lelaki lebih senang belajar apa yang mereka ingin tahu kots
tapi wanita x de ke blajo pasal lelaki2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 04:00 PM | Show all posts
Itu pasal orang lelaki lebih tahu pasal wanita dari wanita sendiri. Bukan O&G je ................ chefs, tailor, gunting rambut @ saloon, tukang kasut, mak(?) andam ................... namakan apa saja............... semua lelaki yang pegang. Tetapi perempuan sebuk nak kejar kerja lelaki (alasan: kalau lelaki bolih buat, wanita pun bolih)................... last2 semua terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 04:49 PM | Show all posts
Aku rasa ramai gadis dan wanita berkeluarga nak jadik M.O dan Housewomen. Cuma serba salah coz suatu masa kelak banyak on call dgn stand by. Masa dgn keluarga sangat kurang. Memba aku tahun lepas kawin dgn doktor. Stress.... Nasib dia jenis kaki wayang cam aku. Mlepak kat kedai mamak dan tengpk wayang. Bini memanjang on call dan stand by. Mmg satu cabaran kepada female MO dan jugak pasangannya utk menyeimbangkan angata kerjaya dan keluarga. Last edited by SulurBidar on 28-10-2012 04:50 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2012 04:58 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 28-10-2012 04:49 PM
Aku rasa ramai gadis dan wanita berkeluarga nak jadik M.O dan Housewomen. Cuma serba salah coz suatu ...

btol..laki aku punya sepupu, skang housewoman kat spital kajang..
maknye cerita, memang pack sesangat, balik rumah tido jap, pastu kuar keje balik..cuti serupa tak cuti..
harini keja, malam on call, esok keje mcm biasa balik...
tapi dia suka keje dokter...nak buat mcmana
stetoskop, uniform bersepah2
memang tak sempat nak bersiap bagai la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 05:28 PM | Show all posts

bukan pakar sakit puan je lelaki,segala jenis pakar aku rase majoriti lelaki...pakar kanak2 je ramai pompuan..tu pun ade jugak lelaki..orang dok persoal kan pesakit wanita diperiksa doktor lelaki,abis tu pesakit lelaki diperiksa oleh jururawat pompuan tak nak plak dipersoalkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 05:33 PM | Show all posts

aku bependapat,bilangan doktor pakar sakit puan kurang,dikire darurat.maka doktor lelaki yang ada diharuskan untuk merawat pesakit pompuan tersebut..pernah terjadik mula2 dapat doktor pakar pompuan,oleh kerana doktor pompuan ade masalah lain,maka doktor lelaki la kene amik tanggungjawap...uztad bleh la cakap pesakit pompuankene  doktor pompuan,sebab die tak terlibat bidang tu,sapa keje spital taw la cm ne kelam kabut die..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 08:02 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 28-10-2012 05:33 PM
aku bependapat,bilangan doktor pakar sakit puan kurang,dikire darurat.maka doktor lelaki yang ada  ...

ko tak tau ke stat stat yg dok sibuk  harom sana barom sini komplen nak doktor pompuan sambut bininya bersalin walhal stat stat ini jugaklah yg tak bagi bininya bekerja..... lepas tu dok sibuk salahkan gomen coz tidak islamik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 08:08 PM | Show all posts
kawan2 aku yg pompuan yg sambung specialist ramainya ambik jadi pakar bius, paed, ENT...itu2 ajer...o&g takdok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 08:43 PM | Show all posts
Bukan OnG saja, pakar bedah pun byk lelaki, sbb dua-dua keje ni mmg perlu banyak masa dan masa untuk keluarga jadi amat sedikit jadi byk yg tak mau pilih. Untuk doktor wanita, mmg la mula-mula masuk kolej cita-cita nak jadi pakar sakit puan, tapi bila dah kerja dan tgk mcm mana masa yg tak terurus, byk yg pilih bidang lain. Bukan tak nak menjalankan fardu kifayah, tapi kalau suami dan anak sendiri terbiar, apa faedahnya.

Jadi doktor wanita HUSM ni janganla nak meroyan sgt, statistik dunia pun pakar OnG banyak lelaki dari perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2012 09:27 PM | Show all posts
sebab tu pusat rawatan di Bangi tu jadi pilihan bila nk bersalin sebab O&G dia wanita. di Sime Darby pun sama..sesetengah perempuan lebih selesa pilih pakar O&G wanita masa nk bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 09:35 AM | Show all posts
betul,, besalin pn doktor laki yg sambut lagi ramai dr doc perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 09:53 AM | Show all posts
baru jmpe specialist O&G semalam
hahaha
lelaki pertama yg tgk..
chisss...!
seb bek baik gile
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 10:17 AM | Show all posts
jgn risau doktor lelaki bahagian O&G dh lali tgk part2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 10:25 AM | Show all posts
shernazz posted on 28-10-2012 03:42 PM
huhu..aku dolu dah disodok olih dokter lelaki yang hensem mase nak beranak dolu...segan siot..
isk  ...

sokong!
member sekolah dulu, jahat dan pervert lagi gatal.
la ni O&G sudah...
dia menjadikan minat tak senonoh time sekolah sbb kerjaya.
tapi la ni bila ditanya, "sure ko seronok kan dpt 'tgk' dan pegang tiap hari?", dia jawap dia lebih gemar time dulu dari sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:30 AM | Show all posts
tiap kali gi O&G terpaksa menahan malu…

pakar2 kebanyakan lelaki…nak tak nak…pasrah aje lah!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:36 AM | Show all posts
uols pernah dapatkan khidmat pakar di UIA fertility center dan KPJ group. Semuanya lelaki....sangat memahami dan details dalam banyak hal.

kalau bab godek2 kat bawah tu, dorang lebih teliti dan xkasar la.... kalau doktor pompuan, ya ampunnnnn....kasar gile. pastu siap sound sebab xtahan sakit.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:39 AM | Show all posts
memang ramai lelaki...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 1.350604 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list