CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr.R

Abang Aku Kahwin Rahsia. [Update Page 8]

[Copy link]
Post time 21-10-2012 01:25 AM | Show all posts
kalau ambo jadik engkau.. pedulikan jer... nanti pepandai la dia selesaikan.. berani buat berani tanggung maa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2012 01:26 PM | Show all posts
diam kan jela,buknnyer abg awk buat bende x elok..mungkin die bgtau awk sbb klau die xde nnt adela org menjenguk ank die yg 2 org tu,,tujekot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Itula adil dlm poligami bln setakat nafkah jer. Cara Abg TT kawen lagik 1 dh tak betul. Tunggu terbongkar ajerlah. Brain buat brain tanggung. Dh xmampu dr segi cara tp gedik gak nk kawen dua. Tunggu Allah hisab kat akhirat. Kalau terbongkar lepas Abg TT mati alamat kena maki anak bini la. Aku dh tgk byk family camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 06:24 PM | Show all posts
Tak ada cerita sangat nak update sebab abang aku dan family (isteri tua) dia bercuti ke Bali dan dah betolak pun petang semalam (petang hari raya haji), bercuti 4 hari kat sana sampai isnin ni. Malam raya tu ada lah abang sulung aku datang seorangan, tapi sekadar datang menjenguk sekejap saja sebab isterinya sibuk mengemas dan beli barang nak bawa melancong katanya. Muka kakak ipar aku pun tak nampak malam tu sebab dia teruja kot nak bercuti, pagi semalam baru dia datang ke rumah itu pun lepas sembahyang raya dalam 1 jam dan kemudian dah balik rumah dia. Riak wajahnya memang nampak sangatlah gembira dan katanya tak sabar nak bercuti kat sana, jadi aku andaikan spekulasi korang yang kata kakak ipar aku dah tau tapi buat-buat tak tau tu tak betul.



Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 06:46 PM | Show all posts
So, kalo macam tuh.. biarkan je la diorang seronok bercuti.. x sampai hati nak kaco pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 08:47 PM | Show all posts
Jika DIAM itu boleh memBAHAGIAkan..maka BERDIAM DIRI lah..jangan diRAGUT kebahagiaan si dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2012 11:48 AM | Show all posts
dr.R posted on 27-10-2012 06:24 PM
Tak ada cerita sangat nak update sebab abang aku dan family (isteri tua) dia bercuti ke Bali dan dah ...
jadi aku andaikan spekulasi korang yang kata kakak ipar aku dah tau tapi buat-buat tak tau tu tak betul.

salam..
pasu ada pandangan pasu sendiri dalam bab ni..
sebagaimana tt..pasu pun lom berkahwin..

tapi, daripada pengalaman orang terdekat..dan instinc sebagai seorng perempuan..
pasu kuat mengatakan bahawa..kakak ipar tt sebenarnya "tahu"..
macam mana dia tahu..?
dia tahulah..
dia isteri..abang tt suami dia..
orang perempuan ni, terutamanya isteri dan ibu..Allah dah anugerahkan naluri yang kuat..
dia "kenal" gerak geri suaminya...dan dia cam perubahan suaminya walau kadang-kala berbaur dengan fikiran bukan-bukan..
cuma, sama ada dia tahu  sampai ke tahap berkahwin atau tidak suaminya itu...mungkin dia belum ada bukti..

jadi, dia ada cara yang tersendiri untuk mempertahankan rumahtangganya..
dia ada cara yang tersendiri untuk mempertahankan kasih-sayang suaminya..

sebijak-bijak abang tt..
jangan sangkakan yang kakak ipar tt bodoh..

dan...
kalau benarlah dia tak tahu..
percayalah cakap pasu..
once kebenaran terbongkar, teramat sakit kakak ipar tt nak menerima keadaan itu..
dia marah..dia sedih...BUKAN SEBAB ABANG TT BERPOLIGAMI...
tapi, dia marah..dia sedih sebab dia merasakan yang DIA DIPERBODOHKAN, DAN DIA DITIPU HIDUP-HIDUP..




Last edited by pasuoren on 28-10-2012 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 01:31 PM | Show all posts
pasuoren posted on 28-10-2012 11:48 AM
salam..
pasu ada pandangan pasu sendiri dalam bab ni..
sebagaimana tt..pasu pun lom berkahwin. ...

betul. saya setuju... is3 ni.. saat dia jadi jer is3 kamu.. mmg ada sixth sense... melainkan is3 tu jenis tak ambik tau pasal suami... jgn main2.. heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 02:10 PM | Show all posts
dr.R posted on 27-10-2012 06:24 PM
Tak ada cerita sangat nak update sebab abang aku dan family (isteri tua) dia bercuti ke Bali dan dah ...

perempuan suka hidup kepura puraan bila tahu suami telah curang padanya..
lebih2 lagi kakak ipar ko tu housewife kan? lagi la terus on denial mode.

lagipun, benda dah jadi. lain ler benda blum jadi, boleh ler jugak buat sesuatu prevention..pencegahan.. pengawalan..etc..etc..etc..

abang ipar ko tu masih bertanggungjawab. Sebagai bini yang berfikiran waras, nak mintak cerai pun, 10000x kena pikir masak masak ooooo.
kalo ada cita2 nak jadi Janda, takpe. Stay single forever.
kalau ada cita2 nak kawen semula, jodoh akan datang pun tak tahu lagi.
Layak lagi ke orang bujang? misti banyak tentangan dari family lelaki. kalau cantik langsing mcm rita rudaini, takpela.
DUDA? banyak perkara kena adjust.
LAKI ORANG? mungkin juga, karma akan berpatah balik.

selagi nampak kakak ipar tu happy, oklah tu. takyah ganggu dgn bad news. maybe dia tak tahu. maybe jugak dia DAH TAHU.
instinct seorg bini sgt kuat.

kecuali ler kakak ipar tu nampak moyok.. muka masam.. pastu tiba2 meroyan - buat perkara2 pelik mcm hempas pinggan ke, hantuk kepala anak ke dinding ke...maybe masa tu, ko selaku adik ipar kena masuk campur kot...

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:52 AM | Show all posts
aku kesian dengan anak-anak dari kakak ipar muda tu. Hak mereka seolah dinafikan...tak kenal kuarga sblh ayah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:44 PM | Show all posts
salam, pndpt aku, ko kene push or paksa abg ko berterus terang demi kebaikan isteri pertama, isteri ekdua dan kesemua anak2 dia tu..
sebab kita xtau bila ajal kita akan tiba..

ko push abg ko utk berterus terang bukan bermakna ko msuk cmpur dlm hal ni..
bila ko dpilih sbg org yg dipercayai utk tahu dan mendengar cerita ni, bermakna
secara automatiknyer ko dah termasuk dlm msalah ni..

maka, sebab tu ko rasa terbeban..
utk elakkan bebanan yg ada, ko perlu lepaskannya ke tgn abg
ko semula..

mcmana? cranya desak abg ko cerita kan hal ni..

smpai bila dia nk berahsia?
takkan nak tunggu sampai dia mati baru semuanya nak terbongkar?

sdgkan wasiat pon kita digalakkan dan sebaiknyer
perlu buat msa kita hidup, apatahlagila urusan2 berkaitan
kehidupan yg lain termasukla poligami..

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:07 PM | Show all posts
susah2 kalo diam..
mcm mana ngan status  anak2 dia ?  isteri dia ?
ditakdirkan abg tt  meninggal awal...  mcm mana hak2 anak2 dia
biler nk buat pembahagian harta x kecioh ?

saya x setuju perkahwinan ini  dirahsiakan ..
sampai bila? Truth hurts
semua orang perlu tahu ...
Jangan biarkan Kakak Ipar TT living in lies ..
nk tak nak TT pun dah terlibat


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg tt tak se-gentleman salleh yakub :-)
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 03:41 PM | Show all posts
1) Kalu difikir, kasihannya kepada anak2 dan isteri kedua kalu something to happen to tt's brother... dan anak2 itu pla tetap cucu ibubapa tt. Darah keluarga mengalir tu...
2) Now tt pun dah tahu, pasti susah nak ignore sahaja kerana ini melibatkan perasaan ahli keluarga lain..

Siapa lagi respected family members dlm keluarga? How about your dad? Dalam islam, kdg2 untuk mencari penyelesaian, kena ada org tengah yang dihormati, rasional dan matang, serta berilmu.... utk brainstorming and planning action... I don't think ignoring or being ignorance is a better solution...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 01:33 AM | Show all posts
TT ade pekembangan terkini atau tidak..?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 08:51 AM | Show all posts
mana TT.... ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2012 12:25 PM | Show all posts
cmf_lemontea posted on 9-11-2012 08:51 AM
mana TT.... ?

Aku ada saja online setiap hari, tidak ada cerita terbaru yang nak dikongsikan jadi biarkan sajalah thread ni hanyut. InsyaAllah kalau ada cerita terkini aku akan update nanti, aku masih dengan keputusan lama untuk tidak masuk campur dan berharap biarlah dia selesaikannya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:33 PM | Show all posts
avvy TT ade katak dalam kopi.. tadi minum kopi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:39 PM | Show all posts
pnjgnye citer...aku penat la mmbaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 01:01 PM | Show all posts

UPDATE!

As'salam, selepas lebih setahun setengah aku cuba rahsiakan kisah ni akhirnya terbongkar jua masa cuti sekolah baru-baru ni. Macam mana boleh tau, lain kali lah aku cerita tapi nampaknya mak aku sangat kecewa dan tak boleh menerima berita semacam ni. Mak yang terlebih emosi dan gagal mengawal perasaan amarahnya akhirnya jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital sebab tekanan darah dan stroke, sekarang ni sebelah badan lumpuh dan buatkan semua ahli keluarga sekarang marahkan abang dan juga aku (apa yang aku takuti selama ni).

Kakak ipar aku masih belum tau lagi pasal benda ni, tapi sudah cukup masanya untuk dia tau. Nanti lah aku update cerita terkini sebab sekarang ni pun aku masih buntu lagi dan dicuekan oleh adik-beradik yang lain, tapi sebab isteri aku (dah bernikah syawal tahun lepas) bekerja di hospital tu jadinya selalu update berita terkini. Seminggu dua ni kalau ada perkembangan terkini aku akan update lagi, tapi buat seminggu ni nampaknya apa yang aku takutkan betul-betul berlaku. Nasib baiklah bapa dan dua orang kakak aku masih rasional dan dapat menerima berita ni tanpa sabitkan aku, apa boleh aku kata sekarang ni aku dalam keadaan tertekan dengan situasi yang berlaku.

Last edited by dr.R on 10-4-2014 01:48 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067837 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list