CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dr.R

Abang Aku Kahwin Rahsia. [Update Page 8]

[Copy link]
Post time 12-10-2012 03:44 PM | Show all posts
hal poli ni bole cite kat owang laki sj..
tak bole cite kat owang pompuan..
nanti depa jadi tak waras



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 03:51 PM | Show all posts
plasterhati posted on 12-10-2012 03:05 PM
nak tambah sikit,

ms u jumpa kakak ipar sorok tu apa yg dia bgtau kt u? brp jarak usia abg u dgn ...

Aku cuba menjawab persoalan ni sebaik mungkin, sebelum tu harap tak terlepas posting aku nombor ye. Masa kejadian di kopitiam tu selepas abang aku kenalkan, isteri muda dia suruh anak dia salam aku dan kemudian dia salam aku dan duduk. Sepanjang sejam lebihperjumpaan tu isterinya diam saja sambil melayan anak kecil usia setahun tu, dan sesekali aku dengar dia memerah anak sulungnya sebab berlari kesana ke mari.

Abang aku pun tak banyak bercerita mengenai isterinya, lebih pada anaknya dan perniagaannya. Isu paling utama mengenai perkahwinannya pula? memang dia tak bangkit langsung kecuali di awal-awal tu dan selepas tu dia tukar cerita. Umur isteri muda tu aku tak pasti, tapi pada anggaran aku sekitar 28 tahun sekarang ni sebab kalau dia bergraduat umur 23-24 tahun pada 2007 dan sekarang ni 2012 maka umurnya sekitar 28-29 tahun. Dia berkulit putih dan aku rasa dia ni berbangsa Iban atau Bidayuh Sarawak, orangnya cantik bertudung. Mengenai sejarah silam diorang memang langsung tak tahu, tapi aku speku dia berkahwin sebelum kakak ipar aku meroyan sebab 2 minggu sebelum tu dia adakan majlis kat rumah dia seperti nak cakap sesuatu tapi tak kesampaian (rujuk cerita posting 1).

Mengenai persoalan 1-
1. rsnya TT kena paksa abang bgtau perkara sebenar walaupun pahit. bantu lah dua manusia ini (abang dan isteri tua) untuk berpijak di bumi yg nyata. abang u kena berpijak di bumi yg nyata bahawasanya dia dah ada dua isteri dan harus adil kepada keduanya. adil bkn dari segi material, tp juga masa dan perasaan. lain lah kalau yg no.2 tu jenis kayu jati - hati kering sanggup hidup mcm tu.
- Jujur aku tak berani nak masuk campur hal sebesar ini, dan aku tak berkebolehan untuk menjadi orang tengah.

Mengenai persoalan 2-
2. perihal harta pusaka - abg u dh uruskan ke? mn tau kot2 blm sempat bgtau dia berkahwin lg sorang dia dh gol dl, tak ke naya..kesian kakak ipar u br tau dia tiba2 ada madu lps jadi balu..itu pn kalau dia mmg br tau.. pengurusan harta pusaka sgt penting terutamanya bg yg beristeri lebih seorang, atau yg pernah bercerai dan ada anak bersama bekas isteri tsbt..jgn nnt anak2 dan isteri turun naik mahkamah kerana kecuaian si suami yg menyelesaikannya sblm dia meninggal.. TT pn ada bgtau yg dgn isteri rahsia tu abg u ada 2 org anak. anak tu tetap tak bersalah walaupun mak bapak yg ambil jln salah. kalau halal kenapa nak sorok, kalau tak salah kenapa takut..
anak yg dua orang tetap status anak sedara TT. bantu anak2 sedara TT utk masa hadapan, supaya nasib anak dr kedua2 isteri terbela..
- Mengenai harta pusaka dan sebagainya aku pun tau, yang aku tau rumah yang dia duduk sekarang ni atas nama kakak ipar aku. Dan aku percaya dia juga ada belikan rumah untuk isteri mudanya, tapi aku tak pasti mengenai tu. Mengenai perniagaan dia memang 100% atas nama abang aku saja, yang lain entah lah sebab aku tak pernah ambil tahu.

Mengenai persoalan 3-
3. TT konpem ke yg abg u hanya ada dua isteri, bukannya tiga ataupun empat?
- Tak pasti sebab aku tak pernah ambil tau, isteri ke-2 ni pun dah lebih 6 tahun kahwin baru tau dan itu pun sebab dia yang bocorkan. Kalau tidak sampai ke sudah aku tak kan tau, dan tak kan adalah thread ni wujud sebab aku pun naik stress.

Mengenai persoalan 4-
4. saya tau wpun TT tak nak pening2 pikir tp sbb dh terbabit, secara otomatik akan berfikir. biar abg u selesaikan mslh yg dia cari sendiri. tp silalah push abg u utk berhadapan dgn masalah..bukannya lari dr masalah. kalau takut nnt jadi perang dunia ke-3, solat hajat byk supaya tak terjadi perang dunia ke-3.minta bg ketenangan kpd yg memberitahu dan yg menerima berita. baca ayat2 pelembut hati dan penenang hati, tiuplah kt family ms nk bgtau berita..ada byk ayt2 utk tujuan ni. kita pn tak nak nnt ada yg kena heart attack, ada yg pengsan maupun berlaku kekecohan ms tu.. igt lah, abg u sedang dlm dlm situasi time-ticking bomb. xtau bl akan meletup.. pd ms tu nnt bawalah seorang mediator atau pengantara yg rapat dgn family dan dihormati oleh family supaya ada yg jadi penenang keadaan nnt. sy doakan semoga keluarga TT sentiasa aman hendaknya..
- Ye betul tu, aku mulanya malas nak pening atau stess mengenai hal ni tapi kadang tu aku jadi keliru dan terfikir apa impak yang berlaku selepas ni dan apa kesannya kat aku?. Kebetulan pula aku dah tau mengenai perkara ni, aku pun berharap yang baik-baik saja tapi kadang kita harapkan tak semuanya terjadi dan aku perlu sediakan perisai terlebih dahulu untuk mengekang permasalahan yang timbul kelak. Terima kasih sebab berikan pandangan, aku sangat menghargainya dan berharap kita sama-sama di lindungi olehNya.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:52 PM | Show all posts
bagi aku, laki yg kawin 2 tanpa pengetahuan bini first, adalah sorang pelakon yg terbaik..bleh menang award pelakon terbaik kot.. hari2 kejanya menipu menipu menipu...tu nasib lagi bini kedua tau..tidak balik sini tipu, balik sana tipu...last2 tekantoi jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 03:57 PM | Show all posts
MeeSai posted on 12-10-2012 03:24 PM
dia nak bagi tahu kewujudan mereka..

Aku pun beranggapan macam tu juga, mungkin dia tau perkara ini tiada pengakhirannya dan takut ada perkara berbangkit dikemudian hari jadi aku dijadikan orang tengah. Tapi jujur aku tak selesa dengan keadaan sekarang ini, sepertinya aku pula yang terbeban dengan masalah orang lain. Aku seorang yang tak suka kan masalah seperti ni sebab aku lebih suka mengelak lari dari masalah atau konfrantasi, tapi sejauh mana pun kita lari rupanya masalah orang lain pula yang perlu di tanggung. Mungkin abang aku menganggap aku adalah pakcik kepada anak dia dan suatu hari nanti mungkin menjadi wali dan sebagainya, entah lah lagi aku pikir lagi  terbuka banyak keberangkalian yang aku fikirkan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:14 PM | Show all posts
Tt, u ckp selepas 6tahun br abang u buka cite.
Dan dia cite dgn u bkn adik beradik lain
Means dia percayakan u la tu..
Jd ada baiknya u nasihatkan dia utk terus terang.
Mana tau lama2 u nasihat, dia akan dengar jg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:15 PM | Show all posts
Aku sebenarnya lebih takutkan respone yang di berikan oleh kakak ipar aku sekiranya dia dapat tau, kenapa aku takut? korang boleh baca di posting nombor 9. Aku rasa dia ni memang betul-betul sayang dan sanggup mati sebab abang aku, dengan kisah lama dia meroyan dan tak dapat mengawal diri dan emosi membuatkan aku jadi takut. Aku asyik tegambar dan membayangkan perkara yang bukan-bukan je, minta di jauhkan tapi masalahnya sekarang ni permasalahan ni sudah menjurus ke arah tu. Ke aku yang terlebih fikir? ke korang pun fikir macam aku fikir juga?, perkara macam ni lah buatkan aku stress sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2012 04:23 PM | Show all posts
Noyen posted on 12-10-2012 04:14 PM
Tt, u ckp selepas 6tahun br abang u buka cite.
Dan dia cite dgn u bkn adik beradik lain
Means dia  ...

InsyaAllah raya haji nanti aku akan balik ke kampung, aku cuba berkias mengenai hal ni sebab aku pun tak pasti sama ada dengan menyuruh dia mendedahkan hal tu adakah tindakan tebaik sekarang ni?. Entah lah, lagi di fikirkan lagi berbelit permasalahan ni dan akhirnya menjerut aku sendiri. Kadang tu merahsiakan sesuatu perkara adalah lebih baik dari mendedahkannya, tapi lama-lama yang di simpan akan luput dan busuk dan akhirnya memakan diri sendiri juga.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:23 PM | Show all posts
bagitahu sahaja kakak ipar pertama TT.
kesian dia kena tipu hidup2. sampai bila nak hidup dalam penipuan?
kalau jadi apa2 dekat abang TT (seperti mati/lumpuh) TT turut dipersalahkan sebab jadi orang tengah yang diam sahaja.

ada kawan aku..bapak dia kahwin lain. anak2(termasuk kawan aku) dia hasil perkahwinan dengan bini first je tahu. bini 1st tak tau apa2. bapak dia dengan bini first duduk berjauhan.
bini ke dua ni bekerja dan banyak bagi hadiah dekat anak tiri. bila melancong, termasukla bila bawak melawat anak jauh2. ..ayah dia hanya bawak bini kedua. aku pun pelik kenapa anak2 dia sampai hati tak bagitahu emak diorang mengenai perkara sebenar. sangat2 kasihan. kalau aku jadi emak diorang, aku rasa sangat2 dikhianatti.
bini pertama suri rumah yang perfect. pandai masak, menjahit, mengemas, dan lembut, cantik (aku pernah nampak gambar).

~ni la orang kata tipu sunat... ignorance is bliss ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 04:25 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 03:57 PM
Aku pun beranggapan macam tu juga, mungkin dia tau perkara ini tiada pengakhirannya dan takut ada  ...
Tapi jujur aku tak selesa dengan keadaan sekarang ini, sepertinya aku pula yang terbeban dengan masalah orang lain. Aku seorang yang tak suka kan masalah seperti ni sebab aku lebih suka mengelak lari dari masalah atau konfrantasi, tapi sejauh mana pun kita lari rupanya masalah orang lain pula yang perlu di tanggung.
ya..
kadang-kadang geram juga rasanya..
kita punye lah usaha nak elakkan masalah..
kalau boleh, apa juga yang kita buat..kita sendiri sorang tanggung..
tapi..orang lain...senang-senang aje timbulkan masalah..lepas tu heret kita sama-sama dalam masalah diorang..

well...it's life...have to face it..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:34 PM | Show all posts
MissVixen posted on 12-10-2012 04:23 PM
bagitahu sahaja kakak ipar pertama TT.
kesian dia kena tipu hidup2.  sampai bila nak hidup dalam ...

Aku tak sanggup lah sebab bila benda macam ni keluar dari mulut aku, bila orang tanya aku jadi tak tahu dan tak tahu maka orang yang dengar pun bertambah amarahnya. Aku kalau boleh tak mahu telibat dalam hal report mereport ni, biarlah empunya badan sendiri yang maklumkan sebab nanti dia boleh jawab pertanyaan orang. Bayangkan tengah orang marah meluap-luap tanya aku kata tak tau, mau aku pula yang jadi mangsa nanti.

Mengenai kisah yang kau ceritakan tu aku memang tumpang simpati, sebab itu melibatkan pengkhianatan kepercayaan antara mak dengan anak. Mungkin budak-budak senang di rasuah dengan wang ringgit dan kemewahan, tidak pun anak-anak tak sanggup nak lihat emaknya terluka dan seterusnya kikis sampai habis emak tiri dia? macam-macam boleh jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:36 PM | Show all posts
panjangnya
:
:
:
:
:


sila wat skrip anta kat produser filem pastu aku nak tengok so aku leh jawab persoalan masalah ko

gurau jah

Bagi aku ko suruhlah abang ko selesaikan masalah nyer sendiri..
aku rasa abang ko tengah mencarik org yg bulih membacking rahsia dia tu kot
dah x larat tanggung beban rahsia sorg2 la tuh.
bagi aku pandair cari penyakit, pandai jugak lah dia mengurus
and aku rsa kak ipar hang mesti tau punya tapi wat tak tahu coz dia in denial
takut nak cerai berai and terima kenyataan so beh baik sengsara sendiri wat tak tahu
lagipon heolls mampu kawen and beranak ramai so why not
so biarlah dia urus family sorg2..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:37 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 04:15 PM
Aku sebenarnya lebih takutkan respone yang di berikan oleh kakak ipar aku sekiranya dia dapat tau, k ...
Aku sebenarnya lebih takutkan respone yang di berikan oleh kakak ipar aku sekiranya dia dapat tau, kenapa aku takut?Aku rasa dia ni memang betul-betul sayang dan sanggup mati sebab abang aku, dengan kisah lama dia meroyan dan tak dapat mengawal diri dan emosi membuatkan aku jadi takut.
ya..sebab tt pernah tengok sekali betapa dia meroyan..
pasu yang baca ni pun dapat bayangkan keadaan itu..memang menakutkan..

so, kebenaran ini memerlukan keberanian untuk dihebahkan..
abang tt yang patut hebahkan..bukan tt..
tapi, depends..
kalau tt rasa turut sama nak pikul tanggungjawab nak hebahkan...silakan..

dari satu sudut yang lain..
meroyan ke...nak menangis ke..
ini adalah dugaan yang kakak ipar tt kena hadap..
dan ini adalah kebenaran..
kebenaran adalah menyakitkan..


tapi masalahnya sekarang ni permasalahan ni sudah menjurus ke arah tu. Ke aku yang terlebih fikir? ke korang pun fikir macam aku fikir juga?, perkara macam ni lah buatkan aku stress sebenarnya
tak...
apa yang tt terfikir sekarang adalah KEMUNGKINAN...brainstorming..
memang munasabah...semua pun boleh berlaku..

dari cerita tt, tt adalah orang yang tidak suka menimbulkan masalah..
so, sudah tentu..tt adalah orang yang berfikir dari pelbagai sudut sebelum bertindak..

ambil sedikit masa..
kalau rasa perlu juga ambil port...just folo kata hati..buat aje yang terbaik..

tapi, ini bukan perkara kecik..
mesti akan explode..
takut tt ngan takut abang tt ada benarnya..

just get ready dengan kemungkinan yang datang..
ada yang terjangkau
dan ada yang tak terjangkau dengan fikiran kita..

sebab tak semua orang akan rasional pada peringkat awal untuk menerima perkara ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:43 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 04:15 PM
Aku sebenarnya lebih takutkan respone yang di berikan oleh kakak ipar aku sekiranya dia dapat tau, k ...

kakak ipar ko tu tak keje kan?
tugas dia jaga anak2 & umahtangga kan?
patutnya jadi housewife, makan minum anak2 & suami terjaga , patutnya selogiknya suami tak cari lain. LOGICALLY LAH..
tapi, yang sebaliknya berlaku..PEREMPUAN MANA TAK MEROYAN WEYYY...
KALAU AKU? AKU DAH PARANG PARANGKAN LAKI AKU TU TAUU..DAH LE TAK BAGI KEJE..LAGI NAK BAGI MADU.

aku menyampah betul orang lelaki suh bini behenti keje dok umah jaga anak2.. pastu dia tu, gi kawen lain.

agak2 kakak ipar baru ko tu KEJE KE TAK?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:44 PM | Show all posts
pasuoren posted on 12-10-2012 04:25 PM
ya..
kadang-kadang geram juga rasanya..
kita punye lah usaha nak elakkan masalah..

Lepas tu kita pula yang stress memikirkannya, orang yang menanggung masalah tu elok saja macam tiada berlaku dan terus berlakon dalam dunianya. Aku tak tau macam mana lah hidup dalam kepura-puraan dan sentiasa menipu, kita yang melihatnya pula yang terbeban dan takut-takut untuk memikirkan apa akan terjadi selanjutnya nanti kalau lakonannya terkantoi. Adakah kita ni yang terlebih fikir? jadi perlukan kita abaikan saja masalah tu macam angin lalu? aku rasa aku bukan orang semacam tu yang menangani perkara seserius tu dengan remeh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:44 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 12-10-2012 04:36 PM
panjangnya
:
:
and aku rsa kak ipar hang mesti tau punya tapi wat tak tahu coz dia in denial

ya, pasu pun rasa..kakak ipar tt ni pun sebenarnya dah tahu dah perkara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:47 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 04:43 PM
kakak ipar ko tu tak keje kan?
tugas dia jaga anak2 & umahtangga kan?
patutnya jadi housewife,  ...

hana....
ko tengok la apa yang abam tt ni dah buat haaa...
kesian aku tengok tt.....
aku rasa, cam aku lak jadik tt....
orang lain buat masalah..
kepala lutut sendiri pulak yang macam nak pecah..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 04:48 PM | Show all posts
dr.R posted on 12-10-2012 04:34 PM
Aku tak sanggup lah sebab bila benda macam ni keluar dari mulut aku, bila orang tanya aku jadi tak ...

sampai bila la abang TT nak kasi tahu..bila sudah ada cucu?..bila dah kena tanam dalam tanah 7 kaki?
terus terang dengan abang TT tentang perasaan TT bila dia bagitahu perkara ni dan mintak dia bagitahu cerita sebenar. terangkan pro kalau bagitahu awal2. kalau aku jadi kakak ipar 1st TT, aku nak tahu. makin lama dirahsiakan, makin bernanah rasa kena khianat tu.

pasal membe aku..aku sokong bab dia kikis mak tiri dia. mak tiri dia takde zuriat pun dengan bapak dia.
tapi bab bapak dia hanya bawak isteri kedua melawat anak dia jauh2 dan kawan aku tak membantah aku tak faham betul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:54 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 04:43 PM
kakak ipar ko tu tak keje kan?
tugas dia jaga anak2 & umahtangga kan?
patutnya jadi housewife,  ...


meh aku sambung..

masa salam tok kadi kali kedua..kan main senyum..
bila dah banak pinak..dah mula rasa bersalah..
pastu..menyusahkan adik..
asal tak kumpulkan aje isteri pertama..ngan kuarga - contohnya taim raya..
pastu, bawak tros kenalkan isteri nomot 2 ngan anak-anak..

nak berparang ke..nak berguling-guling ke..
itu adalah realiti..hakikat..
dah memang isteri dan anak yang sah..

kalau dah rasa takut semanjang...
dok diam-diam...simpan aje jadik rehsia sampai tutup mata..

kalau nak bukak rehsia..
bukak betul-betul...buat betul-betul...setelkan betul-betul..

jangan berani kata tanak susahkan orang..
once senyap-senyap salam tok kadi kali kedua..
hakikatnya...abang tt dah menyusahkan semua orang..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 04:55 PM | Show all posts
Hana posted on 12-10-2012 04:43 PM
kakak ipar ko tu tak keje kan?
tugas dia jaga anak2 & umahtangga kan?
patutnya jadi housewife,  ...

Isteri muda tu memang berkerjaya, rasanya engineer juga sebab abang aku pun engineer sebelum dapat vss dulu. Tapi memang aku betul-betul kesian lah kat kakak ipar aku, aku rasa dia dah buat yang terbaik dan semenjak dia berkahwin tak pernah aku tengok dia tunjuk protes atau marah kat suami dia. Family aku pun suka, dia rajin datang rumah aku dan cuba menu baru. Macam raya puasa lepas, disebabkan mak aku dah tak sihat rasanya dia lah yang uruskan dapur untuk masak rendang, ketupat dan sebagainya. Aku rasa memang family aku terhutang budi sangat-sangatlah, sebab tu aku kata abang aku seakan menempah kubur sendiri sekarang ni sebab banyak keberangkalian boleh jadi kalau perkara ni terdedah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 05:00 PM | Show all posts
kenapa pempuan yg baik yg sanggup berkorban apa saja demi ketaatan dan keredhaan terhadap kehendak suami dan tuntutan Agama sering kali di ambil kesempatan??...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.090260 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list