CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3081|Reply: 13

HARGA TEH TARIK AKAN NAIK, HABISLAH KITA

[Copy link]
Post time 30-9-2012 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan sudah pun  membuat keputusan untuk menurunkan subsidi kepada bahan gula sebanyak 20 sen. Kita semua tahu biasanya jika harga gula naik, dengan pantas sahaja peniaga dan pekedai akan menaikkan harga barangan jualan mereka.

Sudah pastinya ramai yang merungut terutamanya di Restoran Mamak yang sentiasa menjadi kunjungan ramai. Oleh itu, kenaikan yang dikenakan pada minuman dan makanan sudah pastinya mendatangkan keuntugan berlipat kali ganda kepada mereka.

Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memberi jaminan akan memastikan peniaga menjual gula pada harga ditetapkan adalah satu perkara tepat dan ia diumumkan cepat sebelum dilaksanakan.

Dengan penarikan balik subsidi sebanyak 20 sen, harga runcit gula akan menjadi RM2.50 sekilogram berbanding harga sebelum ini RM2.30.Menurut Menteri KPDNKK Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Jadi, pihak NGO berkaitan pengguna juga sudah semestinya akan memantau perkara ini. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan turut memastikan perkara ini tidak akan berleluasa.

Bukan harga gula sahaja, harga barangan lain juga akan turut dipantau kerana kakitangan awam turut diberikan bonus dua bulan gaji pada Bajet 2013 kali ini.  Oleh itu, pasti akan ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang pada kali ini.
Jika ada kelakuan peniaga yang cuba menindas pengguna anda boleh ajukan aduan terus kepada KPDNKK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk dibawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan.

Last edited by ibnukhusairi on 30-9-2012 02:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2012 04:26 PM | Show all posts
Pergi kedai mamak mintak air kosong kurang manis je lah........
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 02:14 PM | Show all posts
Sama jah rega kat kedai mamak kalau mintak Air kurang manis atau tarak manis langsung......

Lagi satu....janji KPDN utk kawal rega ni konpom tak akan menjadik....dari dulu lagi....nak kawal rega bagai...tp habuk pun tarak....senang cakap mmg tak jalan punya apa2 yg KPDN ni nak buat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 03:11 PM | Show all posts
Jazaa, saya suka yang tu. Pergi kedai Mamak mintak air kosong kurang manis ya.. Memang best!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 04:10 PM | Show all posts
bukan kata kedai mamak aje
kebanyakan kedai makan sure akan naikkan harga punye
padahal, gula baru naik 20sen sekilo
bukannye buat air tu pakai gula sampai sekilo punnnn!!!

besar impaknye kenaikan harga gula / minyak / tepung nihhhh walaupun seposen dua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 06:42 PM | Show all posts


Tuhan tak suruh membebankan, Ngeh Koo Ham ni siapa?? DAP?? Apa kata anda?? Isu Old Tow White Coffee yang tidak ada persijilan halal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2012 09:18 PM | Show all posts
tadi ker mamak. teh tarik da rm1.60 n tosey da rm1.30. lajus jer naikkan seposen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 12:18 PM | Show all posts
Boleh maklumkan di mana lokasi mamak tu, bole kami masukkan dalam blog. Terima kasih moyas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2012 08:29 AM | Show all posts
Berapa subsidi yg harus dkekalkn,
Issue nk kurangkan penhidap diabetis,penyakit hal guna tidak tepat
Kenaikan rege gula menyebabkan banyak kenaikan harga makanan lain,
Cth plg ketara adlh minuman & makanan. Yg merupakn juga perbelanjaan
rakyat. Kesannya umpama kurangkan 20sen one off pihak kerajaan menambahln
20000 sen seorg rakyat di bumi bertuah msia ini.

-just my 2cents only/
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 09:31 AM | Show all posts
kelmarin mkn kat 1 restoran kat bangi...
mula2 mintk makanan, dan bayar.. ok dahhh tgh mkn baru budak tu tanya, nk minum air apa..
so saya mintak sirap limau...
so masa nk bayar, cuma bayar utk air saja.. dan punya terkejut..
segelas sirap limau gelas saiz biasa yg plastik tu, regenye RM1.70..
fuuhhh nasib baikkkk jarang mkn luar... kalo x mau rabit beg duit
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 03:56 AM | Show all posts
barang sudsidi buwat niada ...contoh ...gas subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 02:05 PM | Show all posts
dah, sme pakat masak makan kat umah je pasnie.. xyah pening2 psl halal, bersih, sihat, mahal murah..hihiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:00 PM | Show all posts
medangmru posted on 1-10-2012 02:14 PM
Sama jah rega kat kedai mamak kalau mintak Air kurang manis atau tarak manis langsung......

Lagi  ...

Cik medangmeru...

Sekadar berkongsi pendapat...

Untuk makluman semua, KPDNKK sebenarnya adalah satu-satunya kementerian di Malaysia yang mempunyai nama yang panjang dan akta yang paling banyak dikuatkuasakan. Isu kenaikan harga ni sebenarnya sudah lama diperkatakan dan memang dipantau jika diikutkan dalam laporan berita. Selepas sahaja berita ini dikeluarkan, Akta Kawalan Harga 1946 telah dipinda kepada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2012 yang mana di dalam akta yang dipinda ini, barulah KPDNKK boleh mengambil tindakan ke atas pekedai yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.... Kalau sebelum ini, ianya hanya dipantau tetapi kini telah boleh diambil tindakan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 08:50 PM | Show all posts
kurangkan minum teh tarik.... sekali sekala tak mengapa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.096425 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list