Salam kepada semua,
Penulisan ni saya buat dalam bahasa baku ( walaupun bercampur bahasa inggeris sedikit ) biar semua orang mudah faham. Lagi pun selalu tengok orang banyak mengadu je pasal penulisan yang tidak teratur.
Saya ni silent reader je kat sini dan kali ni betul-betul nak luahkan sebab mana la tau boleh dapat jalan terbaik ke dekat sini. Masalah saya ni macam berat sangat memikul rasanya sekarang ni.
Saya seorang programmer ( freelance ) dan bakal berkahwin pada bulan November tahun ini. Segala urusan dokumen-dokumen sudah lengkap. Cuma masalahnya duit pula tidak cukup. Pada asal perancangan duit memang cukup cuma bila campur tangan saudara-mara sebelah perempuan menyebabkan perbelanjaan menjadi naik secara mendadak.
Duit hantaran ialah sebanyak Rm 8 ribu. Pihak perempuan akan menggunakan duit hantaran tersebut untuk majlis perkahwinan. Pada mulanya nak buat kecil-kecilan je. Saya ingatkan Rm 8 ribu tu dah cukup rupa-rupanya belum cukup lagi. Jadi saya kena tambah lagi sebanyak 6 ribu lagi untuk melengkapkan majlis perkahwinan tersebut. Perancangan asal belanja perkahwinan dalam anggaran Rm 8 ribu sahaja. Selepas campur tangan saudara-mara perbelanjaan naik ke Rm 14 ribu. Saya sangat tertekan sekarang ni disebabkan keadaan ini.
Pada asalnya duit hantaran tidak cukup dimana saya hanya ada Rm 5 ribu sahaja. Kemudian bakal isteri tolong topupkan Rm 3 ribu. Ingatkan dah lega, rupa-rupanya belum lagi. Dah la awal bulan depan nak kena bagi semua duit tu. Saya cuma tidak cukup Rm 6 ribu sahaja.
Saya dah cuba mintak tolong ahli keluarga dan keputusannya mengecewakan dimana mereka tidak dapat membantu juga sebab mereka pun susah.Kawan-kawan pun sama susah. Kalau sebelah perempuan lagi lah. Di sini saya ada persoalan yang bermain di fikiransaya : - Saya ada dengar kita boleh buat pinjaman dengan pihak zakat. Apa yang pasti tiada faedah tapi kena bayar lah. Betul ke?
- Selain daripada pihak zakat, pihak mana lagi boleh bagi bantuan perkahwinan terhadap masalah seperti saya.
Saya dengan bakal isteri sudah bercinta 8 tahun dah.Masing-masing orang susah. Geram sungguh la saudara-mara yang mangkuk hayun ni.
Masalah lain lak dimana cincin pernikahan bernilai Rm 1200 hilang. Mak saya ada kasi pada kakak saya dan sekarang ni masing-masing kata cincin tu tak tau dekat siapa. Saya betul-betul sakit jiwa la. Sekarang dah tak tau nak buat macam mana. Kemungkinan berpisah adalah jalan yang terakhir. Saya umur 27 tahun manakala bakal isteri 25 tahun.
Apakah cadangan atau pendapat forumer-forumer di sini.
P/S : Saya dari Klang Selangor. Maaflah panjang sangat karangan saya ini.
Last edited by peningpala on 22-9-2012 05:38 PM
|