CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6719|Reply: 32

Menyusukan Bayi Selepas Ceaserian

[Copy link]
Post time 13-9-2012 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Jemput baca entri terbaru saya di dalam www.blossommommy.blogspot.com

Menyusukan Bayi Selepas Ceaserian

Salam untuk pembaca blog saya yang budiman, tajuk blog saya mengingatkan saya tentang pengalaman saya sendiri yang menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan anak saya secara ceaserian, saya mempunyai 3 pengalaman secara ceaserian di 3 hospital yang berlainan. Kenangan yang paling manis ialah semasa bersalinkan anak saya yang ke 3 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tahun 2010 di mana kempen penyusuan bayi giat dijalankan. Sebaik sahaja puteri saya keluar dari perut saya, nurse telah mengajar bayi saya untuk menyusu semasa rahim saya sedang dijahit. Dengan kuasa Allah, Alhamdulliah bayi saya pandai untuk menyusu , momen yang paling berharga untuk saya sebagai seorang ibu. Sebaik sahaja saya di dalam wad saya sudah boleh menyusukan bayi secara berbaring dan mengiring sedikit di sini bantuan diperlukan disebabkan kaki saya masih tidak boleh bergerak kerana ubat bius masih berbaki. Jururawat banyak membantu saya untuk menjayakan penyusuan kepada bayi saya.

Berikut panduan yang boleh saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama menjayakan penyusuan susu ibu selepas ceaserian.

1. Sebelum bersalin anda disarankan untuk mencari ilmu penyusuan susu ibu, ianya kelihatan mudah namun hakikatnya banyak cabaran yang perlu digalas untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Anda perlu belajar asas dan teknik penyusuan yang betul. Terdapat banyak kelas persediaan penyusuan susu ibu, jika anda menjalani pemeriksaan di PPUM, mereka ada menyediakan kelas untuk bakal ibu.

2. Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika ini payudara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit. Minta jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda, pastikan anda dan bayi diselimuti kerana suhu di dalam bilik pembedahan sangat sejuk.

3. Pastikan bayi sentiasa bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluan bayi. Biasanya bayi menyusu lebih kurang 8 - 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separuh biasanya bayi akan lebih mengantuk. Bantu dia untuk bangun menyusu terus daripada payudara dan ransang payudara dengan menggunakan tangan atau pam.

4. Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda dalam keadaan mengiring dengan bantal diletakkan dibelakang badan anda. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan badan supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payudara tanpa perlu menukar arah. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami atau jururawat.

5. Selepas pembedahan anda biasanya akan terbaring di katil kerana masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda perlu untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital gunakan penghadang disisi katil sebagai sokongan, jika di PPUM mereka sediakan tali untuk anda bangun, saya masih lagi terasa ngilu bila menaip entri ini hehehe tapi jangan risau kesakitan itu tidak lama.

6. Anda boleh memakai bengkung khusus untuk ibu yang  ceaserian bagi menyokong perut anda

7. Inilah waktunya untuk anda berkenalan dengan bayi anda, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda.Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu.


Jangan putus asa untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda walaupun anda ceaserian, ianya bukan penghalang untuk anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi anda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 12:59 PM | Show all posts
Good info

saya pon c-zer.alhamdulillah, selepas 12 jam anak baru dpt BF.saya takde mslh utk menyusukan dia.cuma dlm keadaan sgt berhati2.sbb masih terasa ngilu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 01:46 PM | Show all posts
nunul posted on 20-9-2012 12:59 PM
Good info

saya pon c-zer.alhamdulillah, selepas 12 jam anak baru dpt BF.saya takde mslh  ...

Tahniah nunul krn mempunyai semangat yg kuat utk menyusukan baby
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:13 AM | Show all posts
Salam.. Info yg sgttt bagus..tq..sye pun czer anak 1st.. Sye bf baby slps 12 jam jg sbb sye dibius sepenuhnya, agak lambat nak sedar balik.. Mmg sakit nak bergerak awl2 tu tp gagahkan jg utk baby.. Alhamdulillah lps seminggu dah blh bergerak dgn baik dan still bf baby sampai skrg baby dah 3 bln..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 10:21 AM | Show all posts
yanaa posted on 3-10-2012 10:13 AM
Salam.. Info yg sgttt bagus..tq..sye pun czer anak 1st.. Sye bf baby slps 12 jam jg sbb sye dibius s ...

Tahniah yanaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 08:46 PM | Show all posts
saya pun menyusu mcm biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2012 08:25 AM | Show all posts
wnazzee posted on 3-10-2012 08:46 PM
saya pun menyusu mcm biasa

Tahniah wnazzee
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 07:36 PM | Show all posts
Thanks for the info!

Nadia baru pas bersalin thru czer pada 3/10/2012. Lepas 24jam baru dapat BF baby. Sebab baring je pas czer kan. Doc xbg byk gerak Tu pun hari ke2 doc saw me dah leh duduk she very surprised. Hihihi. Dia cakap takleh gerak sgt. Huhu. But alhamdulillah, baby dah pandai hisap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2012 08:05 PM | Show all posts
nadia204 posted on 6-10-2012 07:36 PM
Thanks for the info!

Nadia baru pas bersalin thru czer pada 3/10/2012. Lepas 24jam baru dapat BF  ...

Tahniah Nadia krn berusaha utk bfeed baby wpun slps cser actually bagus kita byk bergerak supaya blood circulation kita bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:10 AM | Show all posts
anggunrias posted on 7-10-2012 08:05 PM
Tahniah Nadia krn berusaha utk bfeed baby wpun slps cser actually bagus kita byk bergerak supaya b ...

tq anggun! hari ke2 pas czer terus berjalan p nursery nak tgk baby. doc tkejut tgk sy leh bejalan! hehe. nk tgk baby kekdahnya. nk bf dia. huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 11:26 AM | Show all posts
nadia204 posted on 18-10-2012 11:10 AM
tq anggun! hari ke2 pas czer terus berjalan p nursery nak tgk baby. doc tkejut tgk sy leh bejalan! ...

Actually hr ke 2 mmg dh blh berjalan tapi lemah lembut je , so mcm mana skrg slps beberapa hari bersalin dah start buat EBM tak? Baby puas menyusu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:37 AM | Show all posts
anggunrias posted on 18-10-2012 11:26 AM
Actually hr ke 2 mmg dh blh berjalan tapi lemah lembut je , so mcm mana skrg slps beberapa hari  ...

mule2 susu xkua byk. masa kt hosp hari ke3 dpt dlm 2oz je bila pam. dah hari ke 5 cmtu dpt dlm 7-9oz alhmadulillah. baby die mcm xpuas bf. xtau nape. so tiap kali pas bf, sy akan tmbah ebm thru susu botol. ltk amount dlm 60ml-90ml, mmg hbs dia mnum. kalau die myusu, mcm xpuas je. huhu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 11:54 AM | Show all posts
nadia204 posted on 18-10-2012 11:37 AM
mule2 susu xkua byk. masa kt hosp hari ke3 dpt dlm 2oz je bila pam. dah hari ke 5 cmtu dpt dlm 7-9 ...

Maybe Nadia blh minum ESP utk pekatkan susu, biasanya kalu mommy minum ESP susu akan jd pekat n insyaAllah baby akan puas menyusu,
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 10:39 PM | Show all posts
Salam..

Info yang berguna.. anak 1st sy dulu pon czer..alhamdulillah yg kedua nih normal.. sy berminat nak amik esp tuh..hasilnya superb sb kawan2 ramai yg minum esp..tp agak takut lepas terbaca artikel tentang soya boleh menggaanggu perkembangan jantina anak..btw sy tengah bfeedkan baby boy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 09:38 AM | Show all posts
sheloaf posted on 18-10-2012 10:39 PM
Salam..

Info yang berguna.. anak 1st sy dulu pon czer..alhamdulillah yg kedua nih normal.. sy ber ...

Salam sheloaf,

Check PM ya dear. tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 11:54 AM | Show all posts
alhamdulilah pengalaman yg lepas..best sgt.. mase tuh masih lagi dalam OT.. lepas je baby dibersihkan nurse trus dtg and bagi baby tuh kat afira utk breastfeed... mase tuh doctor tgh jahit luka kat perut...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2013 01:11 PM | Show all posts
afira posted on 8-3-2013 11:54 AM
alhamdulilah pengalaman yg lepas..best sgt.. mase tuh masih lagi dalam OT.. lepas je baby dibersihka ...

Tahniah afira, seronok kan pengalaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 02:47 PM | Show all posts
anggunrias posted on 8-3-2013 01:11 PM
Tahniah afira, seronok kan pengalaman tu

sangat2!!! best gile.. lagi plak bila nurse tuh cakap.. wahh susu puan dh banyak... baby pn dah pandai isap susu.. mase tuh rase happy,lega excited gile sampai trus tanye nurse dah bleh kuar OT ke? nurse jawab..eh blum lagi puan doctor tgh jahit perut hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 03:48 PM | Show all posts
afira posted on 8-3-2013 02:47 PM
sangat2!!! best gile.. lagi plak bila nurse tuh cakap.. wahh susu puan dh banyak... baby pn dah pa ...

hehe excited punya pasal ya, terlupa perut belum tutup lg
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:26 PM | Show all posts
anggunrias posted on 8-3-2013 03:48 PM
hehe excited punya pasal ya, terlupa perut belum tutup lg

kannnnnnnnnnnnn.... hahaha pengalaman yang tak dapat dilupakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.509646 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list