CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11389|Reply: 56

Macam mana nak menolak pemberian keluarga mertua

[Copy link]
Post time 15-6-2012 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Saya tak tau kalau topik ni dah pernah dibuka ke atau belum, tapi kalau salah parking, tlg alihkan ye.
Macam ni, saya dan suami dah kahwin hampir 3 tahun, tapi kami duduk di rumah MIL saya sementara rumah kami beli nak siap. awal tahun ni baru dapat pindah ke rumah baru kami yg baru dibeli. Excited masuk rumah baru, memang la amat best. Saya dan suami mmg dah sepakat bincang daripada segi deko rumah. Kami nak beli apa-apa perabot dulu, kami akan bincang. Dah setuju sama2, baru la kami beli barang tu. citarasa kami sama, dan kami mmg tak suka byk perabot dalam rumah.

Masalahnya timbul, bila mak mertua saya masuk campur hal deko rumah. Mula-mula, dia kasi pendapat 'letak la meja kat sini', letak la bingkai gambar kat sini' , tapi suami saya bersuara, kata tak setuju. tu saya lega skit, pasal memang kami suami isteri dah sepakat tentang hal rumah. Tapi nya sekarang, modus operandi mak mertua saya dah lain. Kalau dulu dia kasi cadangan, tapi sekarang dia kasi barang. Dulu, dia ada TV lama tv kotak yang dah rosak sikit, dia suruh kami ambil pasal kami takde TV. suami tolak. tapi mak mertua siap letak tv tu kat luar rumah dia, supaya senang kami nak ambil katanya. Nasib rezeki kami, menang cabutan bertuah dapat la TV baru, so MIL da tak cakap lagi. TV tu nasib la tak amik, pasal beberapa minggu kemudian, TV tu rosak dan ayah mertua kata, org lori surat khabar pun takmo amik. hehe

Kemudian, ada set sofa lama dia, dah koyak juga la kat bahagian tangannya, tu pun dia suruh amik. Suami tolak *suami tolak pasal daripada awal2 saya dah pesan, saya nye naluri mengatakan mesti MIL nak kasi sofa tu kemudian. Kalau betul, tolong tolak* pasal nanti nak ubah lori hantar, dah pakai duit, lagipun dah rosak dan duduk pun tak sedap. MIL desak, dia boleh sponsor repair dan lori. tapi kami suami isteri mmg tak mahu pasal kalau cam tu, baik kami beli baru aje. Last-last, kami cukup duit, terus beli set sofa utk rumah sendiri. Dan tup2 juga, beberapa minggu kemudian, sofa yg rosak tu dah digantikan dengan sofa baru.

Jadi, kami berdua sepakat, beli perabot rumah yang asas, utk elakkan MIL kasi perabot2 rumah dia. So far, semuanya dah OK. Meja makan pun kami beli yang biasa2 sahaja, utk elakkan dia kasi meja makan dia. almari baju pun sanggup kami beli pasal MIL dah sibuk nak kasi almari baju zip anak bujang dia pakai masa belajar dulu. Msa nak buat kabinet dapur, MIL nak kasi sinki dia *sinki besi biasa tu aje, yg mmg standard kontraktor kasi utk rumah baru, kat kitorang. Nasib suami dah cakap, sinki orang kontraktor kabinet kasi baru. Tapi tu pun takmo ngalah, nak suruh kitorang simpan dia punya, kalau nak extend dapur, dah ada sinki baru. Nasib la ayah mertua campur, kata kalau budak2 tu nak buat extend dapur, dah tentu la org kabinet kasi sinki baru.. sayang bapak..

Baru-baru ni saya outstation seminggu, bila balik rumah, saya tengok ada plastik beg besar ada isi cadar katil dalam tu. Saya tanya suami, dia cakap tu MIL kasi. Saya tanya la kenapa tak tolak, suami cakap, kalau takde saya, dia tak berdaya nak tolak. Saya rasa daripada situ MIL pun dah tau soft spot suami, so MIL kasi barang2 lama yang dia dah taknak guna kat rumah dia kepada suami masa saya outstation. stor rumah kami dah penuh dengan rak kasut, langsir, kelambu, meja kopi, yang kami masukkan dalam stor tu pasal memang kami tak berkenan. Tapi suami tak dapat nak tolak, nak2 nya lagi MIL sampai sanggup masukkan perabot tu dalam kereta suami bila suami pergi solat ke, makan ke.

Pernah juga saya bergurau depan FIL, kata "nanti kalau adik (adik dia tahun depan nak kawin) dah kawin dan nak pindah, barang-barang mama kasi  kat kitorang, boleh la kasi kat adik, daripada terperuk dalam stor kitorang tak pakai apa. Saya nak dia tahu, barang-barang tu memang semua kami tak guna pasal tak kena dengan ttaste kami suami isteri.

Kadang2 ayah mertua pun ada tegur MIL, "dah budak tu taknak, jangan la paksa" tapi MIL dengar kali tu aje, minggu depan, desak kami amik lagi.  Memang dilihat daripada niat tu, niatnya bagus. Cuma kami suami isteri tak berkenan dengan  pemberiannya. Bukan tak hargai, tapi dah rumah kita, kita pun ada citarasa kita sendiri. Kalau hari2 balik tgk langsir cam citarasa MIL, dah tentu kita pun rasa tak seronok. Bukan kami suami isteri tak mampu, tapi kami ada citarasa sendiri.

Saya perhatikan, lepas dia kasi barang-barang tu kat kami, contoh cam rak kasut tu. Bila kami datang ke rumah dia, dia dah beli rak kasut baru. So sekarang kami suami isteri rasa rumah kami ni dah MIL jadikan tempat pembuangan sampah. Pernah juga saya cakap kat MIL, mama kalau ada apa-apa barang yg mak dah taknak macam langsir ke, cadar katil ke pinggan mangkuk yang mama dah taknak, saya ada rumah anak-anak yatim yang memerlukan. Derma kat diorang ni, lebih memerlukan. tapi MIL mencebik aje. Harap MIL boleh faham la gelora hati kami suami isteri.

Soalan saya, macma mana la nak elakkan MIL kasi 'sampah' yang dia dah taknak kepada kami? Dah cakap terang-terang tolak, tapi dia amat licik. Saya kena outstation paling kurang sebulan sekali. Dah terfikir, taknak kasi suami balik rumah FIL kalau saya outstation tapi dah atuk nenek rindu kat cucu, tetap kena balik la. Tup2 nanti ada la aje barang buangan yang sampai ke rumah. MIL suka campur tgn dalam bab menghias rumah. Sampai rumah jiran kami pun dia campur tangan. Siap kritik warna pilihan cat dinding jiran kami depan-depan jiran tu. belakang MIL, saya minta maaf kat jiran tu, takut dia terasa... malu oo

Kadang2 cuba juga nak sedapkan hati, fikir mungkin MIL kasi barang2 tu semua utk meringankan beban kewangan kami nak beli perabot, tapi kami tak terbeban pun. kami tak beli perabot bukan pasal tak de duit tapi pasal tak berkenan. Kami nak jumpa yang berkenan baru beli, bukan takat ada. Suami dah banyak kali cakap ni kat MIL, dia angguk2 tapi lepas tu,  ada aje la plastik berisi barang rumah dia pass kat kami. barang2 yang dia kasi pulak tu, mmg dah nyawa2 ikan, memang dia nak buang, tapi dia nak buang kat rumah kami.

Kadang2 tak sabar nak tunggu adik dia kawin dan pindah, so barang2 tu boleh kasi kat adik suami. tapi bla fikir, kesian plak kat budak tu. kita pun tak suka, ni nak paksa budak tu suka..

Saya ada cakap kat suami, kita hantar la kat rumah anak yatim ke, pusat recycle ke, tapi suami kata takut mak dia kecik hati. masalahnya stor rumah dah tak cukup nak tampung sampah2 yang dihantar.. alahai..

Macam mana nak elakkan daripada menerima barang2 yg tak diperlukan ni ye?harap yg ada pengalaman, tlg la kongsi.


p.s takde plak dia nak kasi aku set tupperware dia banyak2 tu.. aku amat memerlukan tupperware kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 03:47 PM | Show all posts
Kamu amik. Kalau tak nak donate
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:48 PM | Show all posts
Jangan le smpai mak dia tau.. Dendiam donate sudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:53 PM | Show all posts
bagi je kat sapa2 bila mak mentua tanya kata benda tu dah rosak ke, dah lusuh ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:57 PM | Show all posts
Sila ambil dengan senyuman yg ikhlas dan ucapkan terima kasih lepas tu boleh la sumbat ke dalam tong oren. Tau x tong oren tu apa? Tong oren ialah tong di mana kamu boleh meletakkan  barang2 yg kamu tak guna/tak maukannya lagi dan berikan kepada orang yg lebih memerlukan.

Aku selalu melawat tong oren tersebut. Selalu baju2 yg aku dah tak mau atau kasut atau kain atau apa sajalah semua aku sumbat dalam tu. Kalau barang yg besar2 boleh kol theyolls untuk datang rumah dan ambil.

Aku ada sorg aunty yg suka sedekah brg2 yg dia dah tak mau lagi dekat aku. Kadang2 kebanyakkan brg2 dia bagi tu tak seronot, jd aku ambil dan sedekah kat tong oren..hohohoh...~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:57 PM | Show all posts
Reply 1# tipuware


   jual apa yg dia bagi tu.. n then beli tapawer baru.... CANTEK!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2012 03:58 PM | Show all posts
Jangan le smpai mak dia tau.. Dendiam donate sudah
nuryakmal Post at 15-6-2012 15:48



    betul tu! aku sokong!
kang kalau dia tanye, cakap la dh buang..sbb dh rosak tak boleh guna..
pakat la ngan encik hubby..tipu sunat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:08 PM | Show all posts
jual kat mudah.my. ramai kot yg nak beli. kalo barang masih elok la. kalao tak, buat tempat bakar sampah. kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 04:08 PM | Show all posts
Kite ni kena pandai.. Macam kes sy mama sy yg suka donate barang rumah dia kat saya. Kayu jati la ( sgt tak kena hookay dengan decor rumahku yang super urban ikea tu) sudu garpu periok alat dapur cadar Langsir .. Rasa macam kami ni golongan marhain jek, so my strategy is mana yang boleh amik yes kami amik. Mana yang tak kami amik dan kami donate atau bagi kat ipar duai atau sedara mara tanpa pengetahuan sheol. Kalau sheola tanya eh mana pegi periok arcopal mama tu, sorry la mama pecah
Modus operandinye: kalau dia tanya jek baru bersuara kalau tak senyap jek..
Kalau dalam undang undang termsnye: to create little evil in order to avoid greater evil. Kami amik jek sebab tak nak kena amukan pocong mama kite... Tapi kan setakat ni barang yang mama bagi tu berguna sangat u never know when to use it tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:10 PM | Show all posts
Eleh mama kite tu saje jek bagi kite barang 70's dia tu sebab dia nak beli lain.. Elehhhhh muahhh mamaku yang comel manje lagik computer illiterate
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:10 PM | Show all posts
Dabel post pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:11 PM | Show all posts
org tua nie mmg suker bjimat kan? nak buang syg...so, bg la dkt anak2...yg x best tu, bg standard brg2 lusuh n sampah tu...x yah la ambik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 04:16 PM | Show all posts
MIL saya jenis spot check pulak tu. Hari tu datang rumah, tgk langsir ruang tamu tu bukan langsir yg dia bagi, so dia tanya, mana langsir mama bagi. Suami jawab, tak pakai, ada dalam stor. then MIL ckap, nnt raya pakai, mak nak tengok--alahai mama.. warnanya tak match langsung dengan warna ruang tamu kami.. kadang2 dia tanya, pakai tak kelambu mama kasi, rak kasut tu kenapa tak pakai, etc2.. nasib la suami saya berani bagitau, tak pakai pasal tak kena dengan rumah kami. tapi MIL tak paham2. bagi lagi barang-barang. kami ada la gak pakai alas kaki dia kasi, sepanjang kat rumah kami, dia dok cakap pasal alas kaki tu. Kadang-kadang, rasa macam dia nak kitorang akui sumbangan dia.  kelakar pun ada gak. tak tau la kot pasal dah duduk lama dgn dia sebelum masuk rumah sendiri, buat dia rasa macam kitorang takleh jaga diri sendiri.

kelambu tu suami dah cakap, takleh donate pasal tu harta pusaka, daripada suami kecik lagi. Jadi suami suruh sabar, smp adik dia kawin dan ada anak, nnt kitorang terus aje pass kat adik dia hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 04:22 PM | Show all posts
Reply 10# nuryakmal


   bapak pernah cakap, "ni mama korang nak kasi korang rak kasut ni, confirm la bapak kena beli rak kasut baru ni buat galang ganti" tup2 mmg betul cakap bapak heheh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 04:23 PM | Show all posts
org tua nie mmg suker bjimat kan? nak buang syg...so, bg la dkt anak2...yg x best tu, bg standard br ...
redeila Post at 15-6-2012 16:11



   tu la masalahnya, diorang nak sayang buang, kiranya kalau pass kat kita, takde la rasa ralat. masalahnya, kita pulak rasa bersalah nak buang barang nazak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 04:26 PM | Show all posts
Reply  tipuware


   jual apa yg dia bagi tu.. n then beli tapawer baru.... CANTEK!!!!!!!!!!
pakwetizzaqyah Post at 15-6-2012 15:57



   kenapa la dia takmo kasi saya tupperware dia . dia tak kesian ke saya pakai Tipuware aje bawa makanan ke rumah dia.. kalau dia nak kasi TUpperware, saya terima sgt2.. mana tau bapak boleh belikan set tupperware baru. heheh.. tapi so far takdenye kot. siap tanya hari tu "eh bekas tupperware mama yang warna pink kat rumah korang kan?" baru nak merasa pakai tupperware
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 04:43 PM | Show all posts
Kite ni kena pandai.. Macam kes sy mama sy yg suka donate barang rumah dia kat saya. Kayu jati la (  ...
nuryakmal Post at 15-6-2012 16:08



Mod Kemal, mekasey bagi tacang gebu...

Haah, kadang2 brg yg kita nampak pada zahirnya xberguna tu lama2 nt kita rasa benda tu akan berguna juga di kala kita memerlukannya.

Contoh dulu aku ni gedik sanget suka beli kain2 murahan dekat kedai kain sebab nak buat baju la hapelah serba mak nenek, tp penyudah terperuk ja dalam lemari tu begitu saja. Tapi lama2 tu bila selongkar balik, eh buleh guna la kain2 lama yg murahan ni untuk di jahit jadikan bla bla bla bla la. Seb baik x buang hang wahai kain..

Begitu juga macam bekas2 aneh, aku selalu beli bekas2 aneh, bekas apa aku pon xtau, kadang2 pi kedai rm5 tu tgk ada bekas2 cantik macam tempat letak itu ini, tp lama2 terperuk mcm tu ja n rasa mcm nak sumbat kat tong oren tersebut tapi tak berdaya, lama2 tu rasa eh, benda aneh ni buleh buat untuk bla3 n dan jadikannya sebagai bla3 la~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 05:12 PM | Show all posts
Reply 1# tipuware


kalau aku jadi TT
samada aku jawab aku tak nak secara terus terang
atau aku ambik pastu aku buang je
kalau die tanya aku cakap je dah rosak
senang cita..
rumah aku suka hati aku
barang aku suka hati aku la nak buang ke nak simpan ke
sebab kalau MIL TT dah bagi kat TT
maknanya dah jadi hak milik TT
dan TT boleh buat apa saja tanpa minta kebenaran MIL TT
sekian pendapat saya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 05:57 PM | Show all posts
Oo terbalik pulak.. We all suka bg barang2 yg taknak kat MIL sy.. Sampai kadang2 sy cakap kat husband.. Takde tempat dh nak letak kat rumah MIL.. Tp takde la barang buruk pon bagi.. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by faraway1 at 16-6-2012 11:25
Saya tak tau kalau topik ni dah pernah dibuka ke atau belum, tapi kalau salah parking, tlg alihkan y ...
tipuware Post at 15-6-2012 01:18 AM


kenapa tak donate aje kasi orang untuk bebarang mil yang korang tak suka.
me banyak buat camni tuk bebarang mil me kasi tapi kami tak mau,
masa my mil beli washer dan dryer, dia kasi kami yang lama,
so hak kami yang lama tu me sedekahkan kat kawan.

lepas tu mil me beli mircowave, dia kasi kami yang lama jugak, hak kami yang lama
me sedekah kat kawan... cuma bezanya my mil jenis beli hanya beli
bebarang branded, so buruk lama pada dia, macam benda baru pada me


masa kami masuk rumah baru pun, mendiang mil banyak masuk campur dalam hal decor,
me jenis malas nak berkira, so dia suruh ubah ni, me ubah aje, dia balik me ubah balik
ikut suka me, bila dia datang rumah, me ubah balik macam dia nak,
banyak keja sikit pun takpalah sebab me malas nak buat drama minggu ini dengan mil

lepas tu dia kata kami ambil meja makan kepunyaan mil dekat rumah ex gf abang ipar me,
me cam apa meja makan lama, tapi dek susah nak kata tidak, so me kata oklah..
so ambillah meja makan tu, tapi buat best cita meja makan tu usia dalam 40 tahun lebih,
dorang beli dekat sepanyol so cantik dan satu hari me tenguk dalam majalah decor,
sebijik cam meja makan kami tu harga dia ribu ribu dollar
terus menjadi meja makan kesayangan me
so me jaga bebaik kot boleh dijual satu hari nanti, bila kami tua.

sekarang my mentua dah meninggal, apa me boleh kata
60 peratus barang dalam rumah kami buat kami selalu ingat kat dorang,
sebab dorang kasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079156 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list