CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9286|Reply: 6

NISSAN SYLPHY DAN LIVINA X-GEAR SERBA BAHARU TALAAN IMPUL

[Copy link]
Post time 11-6-2012 03:00 PM | Show all posts |Read mode

SEPANG (10 Jun 2012) - Sempena acara Autobacs Super GT Series 2012  (Pusingan 3) yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 10 Jun 2012, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan dua varian sporty Nissan Talaan Impul yang menarik. Impul merupakan syarikat talaan Nissan yang terkenal berasal dari Jepun.


Dua varian itu ialah Nissan Livina X-Gear Talaan IMPUL dan Nissan Sylphy Talaan IMPUL yang  menampilkan aksesori-aksesori eksklusif serta dihasilkan khas untuk model-model Nissan popular tersebut.


“Kami amat teruja untuk menawarkan varian-varian Nissan Livina X-Gear dan Nissan Sylphy yang lebih sporty ini kepada peminat. Ia telah ditala dan dibangunkan khas oleh rakan perniagaan ETCM, iaitu IMPUL dari Jepun. Varian-varian ini khusus untuk mereka yang ingin memandu kenderaan lebih sporty dan eksklusif,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.


Tambah Dato’ Dr Ang Lagi, sejak Impul diperkenalkan di Malaysia empat tahun lalu, varian-varian yang ditala oleh IMPUL cukup popular dan telah menyumbang kira-kira 10% daripada jualan setiap model. Beliau turut memberi jaminan bahawa aksesori-aksesori tersebut adalah berkualiti tinggi dan dipasang secara profesional oleh kakitangan berpengalaman.




NISSAN LIVINA X-GEAR TALAAN IMPUL


Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 – Peredam ekzos yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL ditempa pada hujung paip ekzos. Selain daripada meningkatkan penampilan kenderaan, peredam ini turut menawarkan maklum balas enjin lebih baik dan bunyi lebih sporty.


Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 – Dengan kemasan berwarna hitam berkilat, rim bersaiz 17 inci ini memberikan sentuhan sporty dan mewah kepada kenderaan. Proses tuang Super Cast yang digunakan oleh IMPUL membuatkan rim 20% hingga 30% lebih ringan berbanding proses tuang konvensional. Ini meningkatkan prestasi kereta tanpa menjejaskan kualiti, kekukuhan dan lebih penting lagi, keselamatan.


Sistem Suspensi IMPUL Sports – Terdiri daripada penyerap hentak dan pegas gegelung, sistem suspensi sports ini telah ditala khas oleh para jurutera IMPUL demi memberikan pengendalian lebih sporty. Ketinggian  pemanduan telah dikurangkan dengan cara meningkatkan sokongan daya sisi apabila mengambil selekoh. Ia juga mampu menambah ciri-ciri membelok secara semula jadi yang ada pada Nissan Livina X-Gear. Keselesaan pemanduan dikekalkan bagi memastikan perjalanan jauh yang lebih menyeronokkan.


Aerokit Lengkap Wing Spoiler Belakang IMPUL Wing spoiler yang menjadi tanda IMPUL memastikan laluan angin dioptimumkan ketika melalui bebayang bentuk (silhouette) maskulin kenderaan.




NISSAN SYLPHY TALAAN IMPUL


Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 – Peredam ekzos yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL ditempa pada hujung paip ekzos meningkatkan penampilan bahagian belakang  Nissan Sylphy.


Rim Aloi IMPUL Aura SX-10 –Rim bersaiz 17 inci yang memiliki kemasan berwarna hitam berkilat pada permukaannya menambah imej mewah kepada Nissan Sylphy. Menggunakan proses tuang Super Cast IMPUL yang baru, rim itu 30% lebih ringan berbanding penggunaan proses tuang konvensional. Pengurangan berat bermakna prestasi dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat kepada aspek penjimatan bahan api.


Sistem Suspensi IMPUL Sports – Para jurutera IMPUL melakukan ujian dan pembangunan ekstensif untuk menghasilkan satu setting penyerap hentak serta pegas gegelung yang lebih baik. Ia akan memberikan pemanduan yang selesa, selamat dan lincah.




Aerokit Lengkap IMPUL – Perbezaan utama berbanding model terdahulu ialah aerokit rekaan yang serba baru. Aerokit ini memberikan Nissan Sylphy penampilan yang baik menerusi gril hadapan, spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta wing spoiler pada bahagian but yang merupakan simbol kepada IMPUL.


Semua alat ganti IMPUL hadir bersama jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat) ke atas kecacatan dari kilang sekiranya ia dibeli dan dipasang oleh ETCM pada Nissan Livina X-Gear atau Nissan Sylphy baharu.


Memahami bahawa terdapat pemilik dua model sedia ada ini turut mahukan aksesori-aksesori Talaan IMPUL bagi mengukuh kereta mereka, ETCM juga menawarkan aksesori tersebut secara berasingan di bilik-bilik pameran terpilih. Maklumat mengenai stok dan pemasangan boleh diperolehi dengan menghubungi divisi IMPUL (Tel: 03-4047 8786 | E-mel: [email protected]). Laman web syarikat iaitu www.impul.com.my juga ada menyediakan maklumat tambahan.


Credit: funtasticko design

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 09:17 PM | Show all posts
uncle's car
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:18 PM | Show all posts
baik tunggu sylphy model baru la ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 04:18 PM | Show all posts
Waste time...l
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:41 PM | Show all posts
kereta akak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:57 PM | Show all posts
yg x-gear tu cun jgk... hehe.. pernah tgk kat showroom....

kalo musim hujan2 ni selamba je redah sbb dia tinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2014 12:51 AM | Show all posts
hehehehehhehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042935 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list