Hari ini telah genap 18 hari istri saya tidak pulang ke pangkuan saya..
Nak dijadikan cerita semenjak kedatangan mak ayah saya ke rumah saya, istri saya terus melarikan diri setelah masuk hari ke 3 mereka menumpang bersama kami. Ini kerana mak saya sakit dan saya sebagai anak sulung saya rasa bertanggungjawab untuk memikul amanah ini tetapi istri saya tidak berapa suka dengan kedatangan mak ayah saya..
Dia telah berkali2 memberi amaran akan meninggalkan saya jika saya tidak hantar mereka pulang ke kampung.. Tetapi saya kesiankan mak saya dan saya pun sayangkan istri saya.. Dah puas saya memberi nasihat kepadanya tetapi dia masih juga tidak mahu mengalah.
Kini saya ibarat berpoligami, sekejap balik ke rumah mertua sekejap balik jenguk mak ayah saya dirumah saya. Saya rasa letih dan tertekan dengan keadaan ini.
Bila saya bertanya istri saya adakah dia sayangkan saya? Dia menjawab dia sangat sayangkan saya. Saya pun amat sayangkan dia. Mak ayah saya pun saya sayang kerana anak lelaki akan terus taat kepada mak ayahnya. Kerana syurga lelaki atau suami itu ditapak kaki ibu. Sementara wanita itu ketika bujangnya syurganya di tapak kaki ibu tetapi apabila bergelar istri syurganya adalah pada suaminya..
Adakah saya seorang yang dayus? Apakah yang patut saya lakukan? Buat sesiapa yang berpengalaman atau pakar dalam perkara ini boleh x bagi kaunseling atau pendapat kepada saya?
apa yang buat wife awak tak suka bila ibubapa awak ada di rumah awak? saya seorang isteri dan juga menjaga mertua yang sakit. sesungguhnya bukan mudah dan memberi seribu tekanan.tanyakna isteri awak apa yang buat dia tak suka...dengarlah aduan dia walaupun tanpa apa2 tindakan.cukuplah sekadar untuk meredakan perasaanya...itulah terapi kami suami isteri lakukan dalam keadaan ini.Alhamdulillah.....makin hari ujian in iterasa semakin lapang dan tidak langsung menjadi bebann....
nampak sgt cetek pegangan agama isteri awak tu eh... kalau dia tgl kan awak sbb tk nk jaga mak pak awak, dia yg berdosa... satu hari dia akan dpt balasan yg setimpalnya... org yg ada agama, akan takut nk derhaka pada suami mahupun ibu bapa suami sbb darjat ibu bapa suami sama mcm ibu bapa sendiri...
Isteri awak masih ada ibu bapa atau sedara mara yg bole disegani? Bawak berbincang dgn keluarga isteri utk minta mereka beri nasihat kat isteri awak tu.... atau bawa kes ni ke counselling, mahkamah atau minta ustaz utk menasihati isteri awak....
Kalau Isteri masih berdegil jugak... either lepaskan dia atau awak kawin lagi satu....isteri boleh diganting, ibu bapa pula bawa ke mati malahan penentuan syurga dan neraka mu... kali ni cari lah isteri yg ada pegangan agama dan seorang yg baik2.... yg bukan pentingkan diri sendiri....
Teruskan niat murni awak utk menjaga ibu bapa awak sbb tanggunjawab awak... yg WAJIB.... Awak bukan dayus tapi isteri yg nusyuz.... Tapi awak kena tegas... sebagai suami, jadilah Khalifah yg disanjung tinggi oleh isteri... a leader not a follower.... faham eh maksud saya......
Trima ksih.. Sye akan cuba brbincang lagi dengan istri secara baik. Sememangnya hati saya masih sayangkan dia.. Sudah genap 3 tahun kami harungi segalanya bersama. Sebelum tu kami menumpang rumah mertua saya iaitu rumah mak ayah istri saya sendiri selama 2 tahun. Malahan selama kami tinggal sebumbung dengan rumah mak mertua saya tidak timbul langsung masalah.. Setiapkali kemana sahaja kami pergi istri saya slalu ajak keluarganya berjalan bersama. Saya ikut je.. Sebaliknya saya pula hanya berkesempatan berjumpa dengan mak ayah saya sekali sekala dihujung minggu hinggakan nak bawa mak ayah saya kemana2 pun susah sebab fmily istri saya ni booking dulu nak ajak pusing2 bandar. Kini sye memikul tanggungjawab yang besar untuk menjga ibu sye yang sakit. Bagilah masa saya untuk berbakti kepada orang tua. Wahai wanita dengarlah keluhan kami seorang suami. Walaupun kami sebagai ketua rumah kami tidak menghalang kamu (isteri) kemana2 atau keluar bersama dengan keluarga kamu. Sebaliknya janganlah kamu menghalang kami berbakti kepada orang tua kami kerana itu tanggungjawab yang dtetapkan oleh Allah kepada kami. Manakala kamu pula sebagai istri hendaklah patuh kepada suami. Wallahhuallam
Pandai2 la didik isteri tu supaya hormatkan keluarga suami....takkan isteri awak tu tak tua satu hari nanti....dah tua esok, dpt menantu mcm dia, barulah dia rasa apa yg mertua dia rasa...
Buat masa sekarang yg penting adalah jaga mak yg sakit tu. Ko tak berbuat kesalahan kerana isteri yg kuar rumah, bukan ko. Maka, dari segi hukum, ko lebih besar tgjwb pada mak ko. Cuba pujuk dan bercakap dgn isteri lagi. Tetapi jika isteri masih berdegil, ko kene tegas, biorkan dia dulu. Tumpu pd menjaga org tua yg sakit yg ntah berapa lama lagi ada masa utk bersama ko.
Satu je:-
Kalo aku di tempat ko. Prinsip aku hanya satu:- Isteri boleh cari, tetapi ibu/mak, yg mengandung, melahirkan, menjaga, mendidik dan membesarkan kita...tiada galang ganti.
Terimakasih buat semua rakan2 forumer... Kini sye hanya mampu mendiamkan diri.. Istri juga tidak pulang2 kerumah kami sebaliknya dia lebih selesa tinggal dirumah org tuanya... Sye hanya mampu berdoa supaya lembut hatinya untuk pulang kepangkuan suaminya. Alhamdulillah hati saya terasa tenang kerana adanya org tua saya ketika dilanda kesusahan... Janji sehidup semati, senang susah bersama. Tapi kini hanya tinggal kenangan...
x semua isteri cenggitu.. cuma skg ni wife awak tu jer yg kurang didikan nya... masa sebelum kawin ada x dia cakap dia x nak jaga family awak kalu PIL sakit? bg carly x patut ler dia tinggalkan rumah macam tue... berdosa tau!!!!
saye bukan loyar.. loyar buruk (tapi hensem) bolehlah..
kalo en pijang nak panjangkan citer, boleh je failkan tuntutan spaya isteri kembali taat (sbb dah tak balik rumah berminggu2).. alaa mcm kes anak beranak sultan kelantan ngan model indon dulu tu yakni istri beliyau.. tapi rasanya takdela kronik sgt kes ko ni.. masih lagi bleh dipujuki dan dicumbui istri tu hihihii..
ko pi jumpa bini ko tu, tanya la heart-to-heart.. mesti ada sumthin yg dia tak puas hati tu.. mebi makpak ko ada layan dia mcm maktiri bawang putih ke mana la tau..
jgn dia jumpa dan sangkut ngan jejaka lombok suda..
walau Mertua tu dulu ada buat silap kat isteri tu sekalipun, tk kan sampai isteri tu nk berdendam bagai sampai tk nk jaga Mertua atau menyusahkan suami.... haiiizzz.... Agama kalau kita letak di tempat yg 1st priority, perkara camni tk akan berlaku.... aku dan suami aku walau dihina, bukan anak dan menantu pilihan pun, tapi bila mak pak aku susah we will be the 1st to jump in to help.... tk ada pun rasa nk berdendam bagai!
Abang dan kakak ipar aku pulak anak dan menantu yg dipilih mak aku dan disanjung, dibela dan dipuji mak aku tu pun baru2 ni cakap tk nk jaga mak pak aku bila mereka dh tua... so cuba ko fikir, adakah kerana dendam kesuma yg buat mereka tu tk nk jaga mak pak aku? ALASAN semata!!!
ramai perempuan sanggup bersengkang mata jaga ibu sendiri yang sakit..tp tak ramai perempuan sanggup nk jaga mak mertua
iols rasa..first of all, uols try tegur dlu, kalau tak jalan, uols suh org tua isteri uols tegur...tak jalan jugak...uols pi lapor kat pejabat agama, suh kaunseling dlu..tak jadik gak..uols buat la mcm parinamat ckp, pi tuntut utk isteri kembali taat...
jgn ceraikan dlu...masalah ni baru je nk start..len la kalau bini dah setaun meninggalkan uols sekaligus meninggalkan tanggungjawab seorang isteri..
walau Mertua tu dulu ada buat silap kat isteri tu sekalipun, tk kan sampai isteri tu nk berdendam ba ...
tahilalatmanis Post at 5-6-2012 07:05 AM
betul tuh,
sy nih seorg isteri slalu sgt berdamping dgn keluarga somi,
sblm kawen pun dh tau somi anak mak
so lepas kawen mmg kene terima
tp mmg masing2 ikat perjanjian
klu sy layan family somi baik, en somi pun kene layan mcm ape yg sy buat
so should be x timbul ape2 masaalah
lgpun family somi mmg caring kat sy
sampaikan kakak ipar somi pun ckp yg sy nih ""menantu kesyangan""...
mak dan pak mentua pun ckp jugak yg sy nih mmg menantu kebanggaan..
hi cousin!! jumpa kat sni ye....hmmm byk2 bsabar....bagi sy yang sudah lama mengenali kamu....rasa nya tiada silap kamu atau ibu bapa kamu....apa yang kamu lakukan dah mmg sepatutnya dilakukan oleh seorang anak lelaki.....cuma mungkin wife masih muda...dan tak biasa menjaga orang tua yang sakit....cuba nasihat dia....dan bagitahu dia....camne jika dia berada ditempat kamu.....if mak dan ayah dia yang sakit.....dan kamu melakukan hal yang sama....camne agaknye??
mak ayah dia pon ade salahnyer, sepatutnyer nasihatkan wife awak supaya jgn lari dari tanggungjawab, syurga isteri dibawah kaki somi, syurga somi dibawah tapak kaki ibu.....kalo dah berkahwin, maknanya dia 'mengahwini' seluruh ahli keluarga awak, bukan melebihkan keluarganya....