Post Last Edit by che_bunga at 21-5-2012 12:53
Salam.
Aku nk kongsi mslh dgn forumer semua & harap2 dpt nasihat yg berguna utk aku perbaiki diri Insyaallah..
Aku bru kawen setahun jagung tp aku rs perkahwinan aku mcm hambar. Sblm kawen aku dh beberapa kali dicurangi sampai la satu tahap di mana aku dh capai limit, hati aku hancur. Peristiwa ni terjadi ms nk dekat2 tarikh kawen. Ms ni aku mmg dh rs give-up, dh nekad sgt nk putuskn hbgn tp dgn sisa-sisa syg yg masih ada, aku terima jgk dia dgn harapan segalanya akan berubah lepas kawen. Dia pn janji akan berubah & mmg dia kotakan janji tp masalah lain pulak yg timbul.
Suami aku tak solat. Inilah perkara yg paling aku kesalkan & buat aku tambah kecewa.
Kdg2 rs jeles sgt bila tgk org lain boleh jemaah sama2, aminkn doa sdgkn kt rumah cuma aku sorg je yg solat. Suami aku hobi dia cycling. Dia sanggup bgn pagi2 buta utk cycling dgn kwn2 dia sdgkn utk solat subuh, never. Aku rs aku boleh cuba lupakan semua kecurangan dia ms lalu & cuba jd isteri yg baik tp disebabkan kelalaian dia terhadap tuntutan agama, benda ni buat aku lg tawar hati & kurang rs hormat pd dia.
Disebabkan tu, aku gagal jd isteri yg sempurna. Aku kurang jaga makan pakai dia & hubungan suami-isteri pn aku sekadar memberi tp tak pernah meminta. Pendek kata, I have no passion towards anything. Aku rs sedih sgt sbb aku sebenarnya bukanlah org yg begitu. Aku penyayang, pemurah & sanggup sacrifies utk org tersayang tp perasaan tu semua dh pergi jauh dari diri aku. Kekecewaan lalu akibat dikhianati ditambah pulak dgn perangai dia yg tak solat buat aku sgt kecewa & takda mood nak buat apa2..
Aku pernah tgk benda yg sama terjadi kt kwn baik aku, H. Masa tu aku belum kawen lagi so tak berapa faham la. Aku tgk dia mcm kurang jg keperluan suaminya sedangkan dr segi luaran diorang nmpk mcm ok je. At dat time, aku mcm tak berapa suka la dia buat mcm tu tp skrg baru la aku faham kenapa. Masalah kami sama & hanya org yg pernah lalui je akan faham. Bukanlah niat kami utk abaikan tgjwb sbg isteri tp kadang2 kami rasa tak berdaya……
Baru2 ni aku & suami selisih faham & sekarang masing2 silent protes. Kami cuma cakap benda yg penting je. Selain drpd tu kami byk diam & buat hal sendiri. Tapi aku tak rasa apapun, rasa mcm biasa je. Sekarang aku byk termenung & berfikir kalau la perkahwinan ni tak terjadi, mungkin dia akan lebih bahagia sbb utk kembali jadi diri aku yg dulu, rasanya lambat lagi. Tapi jauh di sudut hati, aku tetap mengharap ada sinar dalam hubungan kami. Aku nk jadi isteri yg baik tp kekecewaan dulu terlalu menghancurkan hati aku. Bantulah aku….. |