CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: InspekterZ

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)

[Copy link]
 Author| Post time 2-5-2012 10:45 PM | Show all posts
Wanita Yang berjalan diatas air.

Diceritakan bahawa suatu ketika Hasan Bin Atiq Al Qastalani bersama jamaahnya mengharungi lautan dgn menaiki sebuah perahu. Mereka mengembara dari satu pulau ke pulau yang lain untuk melihat-lihat kebesaran Allah sambil berdakwah.

Di sebuah pulau yang disinggahi,mereka bertemu seorang perempuan berkulit hitam yang tidak betul solatnya. Doa-doa dan bacaan-bacaan yang diucapkannya ketika berdiri bukan bacaan untuk solat seperti Fatihah dan sebagainya tetapi bercakap semahunya sendiri kemudian rukuk dan sujud. Hasan dan jamaahnya menunggu perempuan tersebut hingga dia mengakhiri solatnya.

''wahai perempuan! Solatmu tidak betul dan yang engkau baca itu bukan bacaan solat.'' kata Hasan.

''aku memang tidak tahu bacaan solat, ajarilah saya,'' kata perempuan itu.

Hasan dan kawan-kawannya mengajarkannya doa Iftitah dan surah Al Fatihah, bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud dan tahyat.

Kemudian Syekh Hasan dan jamaahnya naik semula ke atas perahu dan belayar meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba perempuan itu mengejarnya dari belakang, dia berlari di atas air seperti berlari di daratan.

''wahai syekh, Tunggulah saya, ajarkanlah saya doa-doa solat. Aku telah terlupa bacaan yang diajarkan tuan sebentar tadi.'' kata perempuan itu sambil memekik.

Melihat itu, Syekh Hasan dan jamaahnya berkata, '' Baliklah engkau dan buatlah seperti yang telah engkau buat.''

Tamat.

Catatan,

Hasan Bin Atiq Al Qastalani adalah seorang ulama besar yang banyak beramal. Wali Allah yang soleh dan mustajab doa. Beliau wafat pada tahun 578 Hijrah. Sesetengah orang soleh berkata bahawa mereka melihat beberapa kali Abdal berada di sisi kubur Hasan Bin Atiq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2012 11:16 PM | Show all posts
Jin ikut Majlis Khatam Al Quran

Abu Said Hasan Bin Abi Jakfar Al Hafri seorang ulama yang banyak ibadahnya dan mengamalkan amalan mengkhatamkan Al Quran dalam setiap masa. Beliau sangat bersungguh-sungguh dalam ibadahnya sehingga para ahli ibadah dan golongan jin Islam pun mengaminkan doanya.

Abu Amran At Tamar menceritakan pengalaman ajaibnya berkenaan dengan Qari Hasan Al Hafri. Pada suatu pagi, jauh sebelum masuk waktu fajar, Abu Amran telah bergegas ke masjid Al Hafri untuk mengerjakan solat sunat dan berzikir.

Akan tetapi sesampainya di masjid, beliau mendapati pintu masjid masih terkunci. Beliau hanya mengintai dari luar dan mendapati Syekh Hasan sedang duduk seorang diri sambil berdoa kepada Allah.

Sebentar kemudian terdengar suara riuh di dalam masjid dengan tiba-tiba. Abu Amran mengintai lagi, ternyata ramai orang duduk di belakang Syekh Hasan sambil mengaminkan doanya.

Abu Amran duduk di luar pintu sambil mendengarkan mereka sehingga Syekh Hasan selesai berdoa, kemudian  Syekh Hasan bangun dan melaungkan azan subuh.

Lepas itu beliau membuka pintu masjid dan Abu Amran pon masuk. Alangkah hairannya Abu Amran apabila melihat tiada seorang pon di dalam masjid itu selain Syekh Hasan seorang. Sedangkan sebelumnya kelihatan ramai orang seperti memenuhi ruangan masjid.

Sebentar kemudian barulah jiran-jiran masjid berdatangan untuk solat Subuh. Abu Amran menunggu sehingga orang ramai selesai solat dan bersurai untuk meluahkan kehairanannya kepada Syekh Hasan.

'' wahai Abu Said, Demi Allah aku melihat sesuatu yang sangat ajaib malam tadi.'' kata Abu Amran.

''Apa yang engkau lihat wahai Abu Amran?'' tanya syekh Hasan.

'' Malam tadi aku melihat ramai orang sedang mengaminkan doa di belakangmu, akan tetapi apabila engkau membuka pintu masjid, aku tidak melihat orang yang ramai tadi selain engkau seorang. Pelik benar.'' kata Abu Amran.

'' Ooo.. mereka adalah para ahli ibadah dan golongan jin Islam. Mereka datang beramai-ramai untuk sama ikut khatam Al Quran bersamaku setiap malam Jumaat. Setelah selesai, mereka semua beredar.'' jawab Syekh Hasan Al Hafri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 06:54 AM | Show all posts
Aku Menangis Keranamu





Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sebenarnya, Tiap kali saya membaca kisah ini, tiap kali itulah saya menitiskan air mata, meskipun sudah membacanya entah yang ke berapa kali. Ya, cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab. Sungguh saya tak tertahan, rasa pecah hati, terharu sangat apabila membaca cerita ini.

Dua kali aku menitiskan air mataku, adalah kerana di dalam kisah ini, ada dua tempat yang saya baca, pasti mengalirkan air mata. Justeru kawan, kalau sudah baca kisah ini, dan benar-benar menitiskan air mata, beritahulah saya. Beritahu juga bahagian yang mana membuatkan anda menangis. Yang pastinya, saya yakin ada dua tempat yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Bacalah kawan, dengan hatimu yang putih, paling bersih. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.

Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga.

Lalu Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat . Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah

Ya Allah! Betapa saya tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.

kita semua bagaimana?

Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali saya menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.

dan kini air mata ku menitis lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:19 AM | Show all posts
Reply 53# acescripters

Terima kasih untuk maklumat yang sangat berguna dan bermakna.Tersentuh hati saya dan rasa sebak tak semena-mena membacanya.
Apa pun perjalanan seorang manusia yang sedang mencari jalan menuju ilahi
tidak mudah. Tambahan bagi yang tiada guru mursyid.
Tapi Allah Maha Penyayang tak akan pernah membiarkan hambanya terumbang-ambing.


Terima kasih.
Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:22 AM | Show all posts
Reply 63# acescripters

salam, boleh tak nak post kat blog saya cerita nih?
boleh beri sumber yang lebih detail?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 07:24 AM | Show all posts
Reply 63# acescripters

salam, boleh tak nak post kat blog saya cerita nih?
boleh beri sumber yang lebih detail?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 07:36 AM | Show all posts
Reply 63# acescripters


  
Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

bahagian ini yang menyentuh hati saya. tapi tak tahulah orang lain bagaimana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:24 AM | Show all posts
Reply  edoraixora


    cerita selanjutnya itu, khas buat anda.
InspekterZ Post at 2-5-2012 21:52



terima kasih atas dedikasi cerita 'ORANG YG BERJALAN DI ATAS AIR' tu, terharu lak...

saya harap saya selandasan dgn darwis kedua...
memule dpt tau pasal penjelasan mengenai zikir munajat tersebut, saya agak khuatir sbb dinyatakan di situ:

Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.


tapi setelah mendapat penjelasan dari sorang porumer di sini, yg mnurut saya mmpunyai pengetahuan dlm ilmu ketauhidan, maka saya meneruskan zikir munajat seperti yg biasa saya amalkan. seperti cerita Acescripters, itu hanya perbezaan antara ilmu Tauhid & ilmu Feqah..dan seperti cerita saudara di atas, mmg agak sukar utk mengungkap zikir yg telah di ubah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 11:12 AM | Show all posts
Aku Menangis Keranamu





Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sebenarnya, ...
acescripters Post at 3-5-2012 06:54


sedikit perasaan pun saya tiada selain perasaan saya kagum dgn keindahan islam yg mementingkan keagamaan,kesetiaan,persaudaraan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 11:37 AM | Show all posts
Reply  acescripters

salam, boleh tak nak post kat blog saya cerita nih?
boleh beri sumber yang lebih detail?
magpie5672 Post at 3-5-2012 07:22 AM



    wa'alaikum mus salam ...
Pautan: http://scripters.ning.com/forum/topics/aku-menangis-kerana-mu
pautan lain: http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Buah%20Iman&id=424&kategori=6
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 70# acescripters

TERIMA KASIH.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 05:16 PM | Show all posts
Reply 44# InspekterZ


    O, baru faham. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 11:43 PM | Show all posts
Reply 63# acescripters


Allah.......

Itu saja ucapan saya ketika detik mencemaskan itu....

pertama sekali terasa syahdu dan terharu disaat rangkap ini,

saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”


Kedua merasa linangan airmata sudah kemuncaknya disaat ini,

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”


Kemudian, bercucuranlah airmata ketika mengulang2  bacaan ini,

“Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.


Dendangan ini selalu saya dendangkan buat anak saya ketika dia bayi. Saya dodoinya dengan selawat ini sehingga matanya terpejam dan saya sebutkan perlahan nama Allah, berulang2 kali hingga dia terbawa tidur.


Terima kasih saudara kerana menyumbang kisah yang amat bermakna ini. Nilai nyawa yang bakal diserahkan itu telah dibayar gantinya dengan kerendahan hati dan ketulusan jiwa. Kejujuran yang benar2 sudah maksima bagi seorang insan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 09:20 AM | Show all posts
kenapa x parking thread ni kat bod islam dan agama islam kat bahagian tasawuf?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:26 AM | Show all posts
Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan p ...
acescripters Post at 1-5-2012 22:48


Alhamdulillah..terbaik penjelasannya. Tetapi dibaca oleh org2 yang cetek ilmunya, dkhuatiri menjadi fitnah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 12:03 PM | Show all posts

Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi

Reply 74# harumawar


    disini saya ingin sekali mengajak rakan2 khususnya yang tertarik pada kisah mistik dan ghaib agar ia dijadikan bukti contoh cekal ahli sufi terdahulu dlm melalui ujian dan cabaran dlm berdakwah serta beramal. lagi pula disini ramai peminatnya dan pengunjung disini amat aktif. tak salahkan? saya mengharapkan skala yang lebih besar untuk tujuan dakwah.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 12:13 PM | Show all posts
Reply  harumawar


    disini saya ingin sekali mengajak rakan2 khususnya yang tertarik pada kis ...
InspekterZ Post at 4-5-2012 12:03



    tak salah pon..
setuju dengan pandangan anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 11:25 PM | Show all posts
Mari kita baca pula kisah ini. Ketelitian amat perlu untuk memahami kisah ini.
Berselawatlah ke atas Nabimu Muhammad SAW sebelum membaca kisah ini.


PADA suatu masa, ketika Nabi Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!"

Orang ituberasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" tanya Rasulullah SAW.

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya," jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata,

"Tuan ini Nabi Muhammad?"

"Ya," jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah SAW.Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata,

"Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."


Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, dia berkata,

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar."

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata,

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya."

Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya."


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata,

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman:

"Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu , penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di surga nanti."


Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by InspekterZ at 4-5-2012 23:58

Fana Abu Yazid Al Bustami

Al fana ini sering berlaku pada diri Abu Yazid Al Bustami, seorang wali besar yang sangat masyhur namanya dari zaman ke zaman.

Nama sebenar Abu Yazid ialah Taifur bin Isa bin Adam bin Syarusyan. Gelaran Al
Bustami itu adalah bersempena tempat kelahirannya iaitu di Bustam, timur laut Parsi. Tariqat yang diasaskannya dinisbahkan kepada namanya sendiri iaitu tariqat Taifuriyyah. Setiap kali hendak berzikir, Abu Yazid akan membasuh mulutnya (sebahagian riwayat mengatakan dengan air mawar) terlebih dahulu. Ini dilakukannya selama tiga puluh tahun.


Di antara karamahnya ialah beliau pernah terbang di udara, berjalan di atas air, mengetahui terlebih dahulu siapakah yang hendak datang ke rumahnya dan juga niat orang itu, mendapat makanan walaupun tidak bekerja dan lain-lain lagi. Beliau pernah ditangkap dan dihukum pancung kerana orang mendengar dia menyebut dirinya sebagai Tuhan. Sebenarnya ketika itu dia sedang dalam keadaan fana tetapi orang biasa tidak memahaminya kerana kejahilan mereka. Hanya para sufi saja yang tahu tentang fana ini.


Sewaktu leher Abu Yazid hendak dipancung, tiba-tiba muncul beratus-ratus Abu Yazid. Tukang pancung pun memancung seberapa banyak lembaga Abu Yazid namun tidak ada satu pun yang mengena. Setelah dia berhenti memancung, barulah Abu Yazid yang sebenar berada di hadapannya. Dengan itu, Abu Yazid pun dibebaskan kerana memang tidak ada sesiapa pun yang dapat menghukumnya tanpa keizinan Kekasihnya Yang Satu.


Di dalam fananya Abu Yazid pernah berkata: “Maha Suci Aku, Maha Suci Aku, Maha Besar Aku.” Namun perkataan ‘Aku’ itu bukanlah untuk dirinya tetapi untuk Tuhan. Begitu juga apabila sesetengah para sufi melatah , “Mengapa kamu semua tidak mahu menyembah Aku?” Ketika berkata itu, Abu Yazid sebenarnya telah lenyap dalam kefanaan, yang tinggal hanyalah Allah.


Samalah halnya dengan tuan-tuan guru yang mengajar sekarang. Adakalanya mereka mengucapkan, “Kalau kamu engkar, Aku akan campak kamu ke dalam neraka-Ku.” Adakah tuan-tuan guru itu mengaku mereka Tuhan? Tidak. Sebenarnya mereka cuma mengajuk kembali perkataan-perkataan Allah walaupun mereka tidak fana. Apatah lagi orang yang fana!


Untuk memahami dengan sebenar-benar faham akan perihal ‘Al Fana’ ini tidak mahu tidak terpaksalah kita menerjunkan diri ke dalam dunia sufi, tasauf dan tariqat. Ini kerana pembicaraan tentangnya amat mendalam dan memerlukan guru yang mursyid lagi arifbillah.


Jika di dunia lagi kita tidak mendapat fana, bagaimana pula kita hendak mendapatkan fana di akhirat dengan memandang wajah-Nya? Namun begitu, segalanya tidak mustahil dengan izin Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:38 PM | Show all posts
Mari kita baca pula kisah ini. Ketelitian amat perlu untuk memahami kisah ini.
Berselawatlah ke at ...
InspekterZ Post at 4-5-2012 23:25


Terbaikk!! Jazakallahu khayran saudara..membuat hamba terasa seperti sekeping habuk yg tiada nilai disisi-Nya. Takutlah dengan siksaan Allah dan jauhkanlah diri dari larangan-Nya, tetapi jgn sesekali berputus asa terhadap Allah s.w.t dan sifat PengampunNya lebih besar dari sekalian dosa2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069990 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list