CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18445|Reply: 233

Dato Lee Chong Wei kena sound.

[Copy link]
Post time 19-4-2012 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by epal10 at 19-4-2012 15:50

Zolkples kecewa Chong Wei tiadaOleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui beliau kecewa kerana jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei tidak hadir pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan malam kelmarin.

Zolkples berkata, ketiadaan Chong Wei yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2011 sedikit sebanyak telah mencacatkan majlis itu.
“Saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Chong Wei sehari sebelum majlis itu berlangsung.
“Namun, tanpa memberikan sebarang alasan, Chong Wei membalas SMS dengan mengatakan dia tidak dapat hadir dan akan mewakilkan abangnya (Lee Chong Hoon).

“Jadi, ini bukan suatu perkara yang baik. Alangkah cantiknya, jika Chong Wei yang dipilih sebagai pemenang dapat turut hadir sekali,” kata Zolkples kelmarin.

Menurut Zolkples, Chong Wei sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana ia turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah.
“Ini merupakan kali pertama Tuanku Abdul Halim hadir pada majlis Anugerah Sukan Negara selepas ditabalkan selaku Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada minggu lalu.

“Jadi, ini menandakan satu perkara yang tidak baik,” kata Zolkples.
Turut hadir pada majlis kelmarin ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.

Menurut Zolkples, MSN sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menanggung perbelanjaan pulang Pandelela Rinong dari Moscow, Rusia semata-mata bagi membolehkan penerjun cilik negara itu hadir menerima trofi sebagai Olahragawati Kebangsaan 2011.
Pada awalnya, Pandelela yang telah tamat beraksi pada Kejohanan Terjun Dunia FINA Siri 3 di Moscow, Sabtu lalu, dijadualkan terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menyertai siri akhir kejohanan tersebut bermula esok.

Namun, hasil perbincangan antara MSN dengan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), penerjun berusia 19 tahun itu telah diterbangkan ke tanah air bagi menghadiri majlis tersebut.

“Jika Pandelela yang dari Moscow boleh hadir pada majlis kali ini, mengapa Chong Wei yang sememangnya berada di Malaysia tidak boleh,” soal Zolkples.

Sementara itu, Chong Wei yang diminta mengulas mengenai ketidakhadirannya pada majlis kelmarin menjelaskan, dia mengalami demam.
“Masuk hari ini (semalam) saya sudah dua hari demam. Sebab itu, saya tidak dapat hadir,” jelas Chong Wei.



Selama ni Chong Wei pernah buat perangai ke tak pergi majlis2 anugerah ni??Ni sekali beliau tak pergi, ada yg nak sentap pulak. Kecik Hati Chong Wei. Beliau tak pergi pun sebab demam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 03:51 PM | Show all posts
ah chong dengan aku malam tu..ye  memang dia demam selesema...
bagi la ruang untuk dia berehat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 03:55 PM | Show all posts
Reply 2# ogata


    tulah pasal..yg dato Zolkples keluarkan kenyataan sinis tu buat apa..nampak sgt tak matang. Ni Chong Wei sudah kecik hati, kang terlepas emas olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:00 PM | Show all posts
aku dgr... lcw pernah jual game masa main badminton....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:01 PM | Show all posts
Dah lah orang nak kuar BAM tak kasik. Kemengangan die nak ambik 30%. Tak hadir kena sound... orang muda mada ada semangat nak join? Inilah cara orang BN merosakkan sukan negara... boleh bungkus bersama FAM
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:01 PM | Show all posts
Reply  ogata


    tulah pasal..yg dato Zolkples keluarkan kenyataan sinis tu buat apa..nampak s ...
epal10 Post at 19-4-2012 15:55



    kutip dulu sebelum kena SOUND
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 04:03 PM | Show all posts
Reply  ogata


    tulah pasal..yg dato Zolkples keluarkan kenyataan sinis tu buat apa..nampak s ...
epal10 Post at 19-4-2012 15:55



    bukan ni dato' yang sama tak sebulu ngan misbun tu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 04:05 PM | Show all posts

Kalau orang yang mungkin berpendapatan RM2 hingga 3 juta setahun, ganjaran RM20,000 ini mungkin tiada nilainya. - Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 04:05 PM | Show all posts
aku dgr... lcw pernah jual game masa main badminton....
JERONG_GERGASI Post at 19-4-2012 16:00



game yang mana tue?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:10 PM | Show all posts
income congwey bisnes jual komputer/laptop lagi masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:11 PM | Show all posts
org2 hat ataih2 sukan mesia ni suma bu.toh la ....sket2 nak marah..sket2 nak derhaka.......lempaq gendut2 ni suma dalam parit
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:12 PM | Show all posts
income congwey bisnes jual komputer/laptop lagi masyuk
courtney_xo Post at 19-4-2012 16:10



    kalau dia demam apa salah nya dia tak hadir! Lagipun, dorang inform chong wei yang dia menang tak? Boleh dia buat2 terkojut gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:14 PM | Show all posts
org2 hat ataih2 sukan mesia ni suma bu.toh la ....sket2 nak marah..sket2 nak derhaka.......lempaq ge ...
kucingTomey Post at 19-4-2012 16:11


agong tak murka pong, mamat nama macam what the fvck nie plak yg lebeyh2. zolpkemples zolkeflus camna nk sebut nama dia haa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:16 PM | Show all posts
Reply 13# ChildrenOfBodom


    zolkempis zolkempus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:19 PM | Show all posts
LCW cakap dalam hati dia:

Saban tahun, asik aku jer yang dapat anugerah nie... tapi hadiah sama jer ... kali ni, aku tak mo pi ar... sebab next year, sure aku akan menang lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 14# kucingTomey


    zolkempis kembong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 04:26 PM | Show all posts
hahaha zolkeplet kembong
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:31 PM | Show all posts
wa punya suka ati loo... sikit punya hal pon mau bikin kecoh ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:35 PM | Show all posts
..tetiba memasing bukan main gigih nak tunjuk bodek  mumbela raja-raja....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:40 PM | Show all posts
kalo demam ok la....sila bg MC lcw..

sbb abg dia yg amik tu sama muka dgn dia..maaf kan je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list