CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5816|Reply: 23

Angelina Jolie, Brad Pitt Akhirnya Bertunang

[Copy link]
Post time 14-4-2012 06:59 PM | Show all posts |Read mode


[size=8.33333px]Pasangan Brad Pitt (kiri) dan Angelina Jolie akhirnya mengikat tali pertunangan. Ia disahkan oleh pengurus aktor itu, Cynthia Pett-Dante pada Jumaat (waktu tempatan).

NEW YORK: Ianya rasmi: Brangelina telah bertunang. Brad Pitt dan Angelina Jolie tidak menetapkan tarikh perkahwinan mereka lagi, tetapi pertunangan mereka "adalah satu janji untuk masa depan," kata pengurus Pitt, Cynthia Pett-Dante, dalam satu kiriman emel, Jumaat.

Pitt, 48, dan Jolie, 36, mempunyai enam orang anak bersama-sama.

"Anak-anak mereka amat gembira," kata Pett-Dante lagi.

Tukang emas, Robert Procop telah bersama-sama dengan Pitt untuk mereka bentuk cincin.

Pitt "mahu setiap aspek menjadi sempurna, jadi Robert dapat mencari berlian kualiti yang terbaik dan potong kepada saiz yang tepat dan sesuai dengan bentuk tangan Angelina," tukang emas itu berkata dalam satu kenyataan.

"Brad sentiasa dan banyak terlibat, mengawasi setiap aspek dan evolusi reka bentuk kreatif ... berlian sampingan khas dipotong untuk mengelilingi jarinya. Setiap berlian adalah permata dengan kualiti tertinggi."

Ia mengambil masa setahun untuk direkabentuk.

Selebriti terkemuka dunia ini telah berpasangan sejak mereka memulakan hubungan pada tahun 2005 ketika bekerjasama dalam filem "Mr & Mrs Smith."

Pasangan romantis Pitt dan Jolie serta-merta menjadi pasangan yang paling glamor dan paling banyak dirakamkan gambar di Hollywood.

Fakta bahawa Pitt masih bersama Jennifer Anniston apabila dia bertemu Jolie hanya ditambah oleh akhbar tabloid; Pitt dan Aniston bercerai pada tahun 2005 selepas lima tahun berkahwin.

Sebagai pasangan yang digelar "Brangelina" ditambah pula dengan keluarga mereka yang terdiri daripada anak angkat dan anak sendiri, persoalan yang sentiasa berlegar ialah - bila atau sama ada kedua-duanya akan berkahwin.

Untuk beberapa waktu, kelihatan seolah-olah mereka tidak mungkin berkahwin.

Mereka sering bercakap tentang bagaimana mereka selesa tanpa ikatan rasmi.

Jolie telah berkahwin dengan Billy Bob Thornton, tetapi mereka bercerai pada tahun 2003.

Dia juga berkahwin dengan pelakon British Jonny Lee Miller sebelum bercerai pada tahun 1999.

Jolie memenangi Anugerah Oscar untuk lakonannya dalam filem "Girl Interrupted" pada 1999 ".

Pitt baru-baru ini telah dicalonkan dalam Academy Award untuk wataknya dalam "Moneyball" tahun lepas.


anak dah berderet baru nak bertunang ? [size=13.8889px]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2012 08:43 PM | Show all posts
mat saleh.. biasalah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 11:45 AM | Show all posts
kawen terus la..nak tunang2 lagi..anak dah berderet2 kat blakang
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 12:41 PM | Show all posts
erm....bertunang ke? perlu ke? muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 02:38 PM | Show all posts
Ntah apa2 org puteh nh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 03:15 PM | Show all posts
Lor.. ingtkn dh khwin lma dh.. rupanya bru brtunang... adeh! dunia, dunia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2012 03:30 PM | Show all posts
better late than never
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 08:48 PM | Show all posts
Memang pelik arr....anak berderetan...baru nak tunang...huhuhu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2012 10:11 PM | Show all posts
Macam nilah cara hidup kafirin...dah buat anak ramai2...baru nikah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 10:20 PM | Show all posts
terkejut ku baca.. isk3.. ank da besar, parents bru nk btunang
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:14 AM | Show all posts
suka tengok couple ni... nk bt cmne, dh namanya mat saleh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:34 AM | Show all posts
congrats to both of them sama cantik sama lawa gooo branjelina
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:48 AM | Show all posts
yeay.. akhirnya.. smoga kekal ke jinjang pelamin kekdahnya  
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:53 AM | Show all posts
Diorg takut perkahwinan tu satu 'taboo' kot..yerla, sebelum ni diorg kawin pastu dok cerai2 jek..thats why la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 12:54 PM | Show all posts
sib baek bkn org islam..
alaaa xyh ler brtunang, kawen jer trus..
anak dh 6 org dh pon..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 07:45 PM | Show all posts
congrat!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2012 08:50 PM | Show all posts
theyols ni kawen ke.. tak kawen ke... sama ajo
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 12:58 AM | Show all posts
just pass by ~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 12:52 AM | Show all posts
Ala baru bertunang... bile nak kawinnyer.. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 04:25 PM | Show all posts
terkejut ku baca.. isk3.. ank da besar, parents bru nk btunang
aienul Post at 15-4-2012 22:20

nanti bila tengok gambar2 kawen takdelah anak2 tanya "where am i when mummy and daddy got married?"  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061279 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list