CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 24-4-2012 11:48 AM | Show all posts
takut nye................

Bila nak sambg lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 11:52 AM | Show all posts
   suraya & shafiq kut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 24-4-2012 15:34

Part 2 - Episode 24

Tok! Tok! Terdengar ketukan di pintu pejabat kecilnya. Lea menoleh.

“Lea, ada orang nak jumpa” Kak Midah memberitahu.

“Siapa?”

“Shafiq”

“Shafiq?” Lea mengerutkan kening.

“Okay. Saya keluar sekarang” Kak Midah berlalu.

Lea memandang mukanya sekilas di cermin.

Huh, tak senonohnya muka. Dia mengambil sehelai tisu lembab lalu di lapkan ke mukanya. Kemudian, dia menyapukan bedak di muka dan mencalitkan lip gloss ke bibir.

Bolehlah ni...

“Hi Fiq” Lea menyapa.

“Hi Lea” Shafiq tersenyum, memandang Lea agak lama.

“Lea, are you okay?”

“Kenapa?”

“Macam ada problem je you ni” Lea tersenyum lagi tapi hambar.

“Okay. Eh, I ada appointment dengan you ke hari ni?”

“Tak ada. I saja datang nak ajak you pergi lunch” Shafiq berkata.

“I kenyang”

“Jomlah. Penat I datang ni” Lea berkira-kira.

“Okaylah. Jom”

****************************************************************

“Suraya mana?” Lea bertanya. Dia hanya memesan segelas Ice Blended Chocolate. Hendak makan, tidak berselera pula rasanya.

“Kerja” Sepatah Shafiq menjawab.

“You tak kerja ke?”

“Kerja. Saja datang sini nak ajak you lunch” Shafiq menjawab. Lea hanya memandang.

“Sanggup you datang sini semata-mata nak ajak I lunch?” Shafiq hanya tersenyum.

“Lea"

“Ya?”

“Tengok muka you pun dah tahu yang you ada problem” Lea hanya tersenyum hambar.


Memang ada masalah.Masalah hati…


“Ceritalah, mana tau I boleh tolong"

“Pasal perempuan gila hari tu” Lea tersenyum sendiri mendengar ayatnya. Celuparnya mulut aku...

Shafiq turut ketawa mendengar kata-kata Lea.

“You ni, kalau dah marah, macam-macam keluar dari mulut you kan. Dari dulu sampai sekarang..” Lea hanya tersenyum.

“Apa yang you ingat pasal I?” Tiba-tiba Lea bertanya soalan itu.

“Almost everything”

“Such as?”

“You suka warna hitam, chocolates and you hate teddy bear” Lea senyum.

“Lagi?”

“You keras kepala. Degil. Kuat melawan. Cepat naik angin tapi cepat juga cool down. Kalau you kata you nak something, you akan usaha juga sampai dapat” Sambung Shafiq. Lea hanya mengangkat bahunya dan tersenyum lagi.

“And that’s the reason why I fall in love with you”

Lea terdiam kali ini, tidak berkata apa-apa. Ice Blended Chocolatenya di teguk selaju mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:18 PM | Show all posts
ha sudah...........next he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:44 PM | Show all posts
Shafiq nk ngorat Lea balik ker.....
Jgn la Lea tergoda....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 04:20 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 25

Faiz termenung di dalam bilik. Mejanya di biarkan bersepah. Tak ada mood untuk bekerja. Kali ini, dia betul-betul di serang gelisah. Rasa menyesal pun ada. Sejak Lea menerjah masuk ke pejabatnya tempoh hari, gadis itu langsung tak mahu bercakap dengannya. Puas dia menelefon, Lea tidak menjawab. Puas dia menghantar sms, tiada balasan. Segala penjelasannya bagai mencurah air ke daun keladi.

Tok! Tok!

“Encik Faiz, nak nescafe tarik?” Nadia bertanya di muka pintu. Faiz hanya menggelengkan kepala. Rasa sedikit terganggu.

“Anything else, Nadia?” Faiz bertanya, apabila Nadia masih tercegat di depan pintu. Nadia hanya menggeleng, terus meninggalkan bilik majikannya.

Tok! Tok!

"Apa lagi? Oppss... sorry Kak Nim"

Aznim mengangkat kening, lalu berjalan masuk ke dalam bilik, berdiri di depannya dengan satu fail di tangan. Faiz tidak berkata apa-apa, hanya membuat muka tanda soal.

“We have to re do the quotation and schedule for Spanco Berhad” Aznim berkata. Faiz hanya mengeluh, menyentakkan sedikit kepalanya kepada Aznim, mengisyaratkan supaya Aznim duduk di depannya.

“What’s wrong?”

“Spanco Berhad nak quotation untuk 50 orang ke Guangzhou, bukan Beijing”

“Saya bagi Beijing ke Guangzhou?”

“Beijing” Faiz mengurut tengkuknya. Benda senang macam ni pun boleh silap.

“Letaklah dulu fail tu. Bila Encik Hadi nak quotation?”

“A.S.A.P” Faiz mengangguk. Fail yang baru di letakkan di atas mejanya di buka, tetapi dengan pantas Aznim menutupnya semula. Faiz mengangkat kening.

“Pergilah pujuk dia” Aznim berkata. Faiz memandang Aznim, menantikan kata-kata seterusnya.

“I don’t know which one is your girlfriend, but I think, must be the one that ran away that day...right?” Faiz tersengih.

“Bunyi macam saya ni buaya daratlah pulak” Aznim tersenyum.

“Kak Nim tak tahu apa masalah Faiz, tapi kalau betul Faiz sukakan dia, pergilah pujuk” Daripada perbualan antara majikan dengan pekerja, situasi tiba-tiba berubah menjadi perbualan antara seorang kakak dengan adik.

“Saya dah cuba Kak Nim. Tapi bila saya call, tak nak angkat, sms tak nak balas. Dia ingat saya ada affair dengan….the one that not run away ” Aznim ketawa.

“Kenapa tak pergi jumpa dia?” Faiz mengaru-garu dagu.

Harapkan muka je handsome, tapi slow! Mana awek tak lari? Aznim menggelengkan kepala.

“Let me prepare the quotation for Spanco Berhad, I’ll put on your table later for approval. But you, you better pergi pujuk the one that ran away sekarang, before she run away forever” Faiz tersengih lagi.

“Pergilah cepat”

“Nak pergilah ni” Faiz bangun.

"Kak Nim... macam mana nak pujuk?" Hampir keluar dari pintu bilik, Faiz berpaling lalu bertanyakan soalan membuatkan Aznim memutarkan matanya ke atas.

"Okay okay. Tak payah jawab" Faiz keluar sambil melihat jam.

Kat butik lagi kot....

******************************************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2012 04:39 PM | Show all posts
cmnelah FAIZ nak pujuk LEA wat kali nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 07:09 PM | Show all posts
pahtu teserempak plak lea dengan syafiq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 08:33 PM | Show all posts
sapa la yang gile psiko tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 10:12 AM | Show all posts
Reply 168# sarizu

No no no.. aksi terserempak tu kita buat kat episode lain...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 10:18 AM | Show all posts
ok, next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 10:23 AM | Show all posts
sat no... cheq nak edit sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 10:37 AM | Show all posts
Reply 172# Nicki_Meow

Meowww..... auntie pun tgh tunggu nie... purrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 11:12 AM | Show all posts
sila hapdet lagik meowww ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 12:00 PM | Show all posts
Semua panggilan telefon dan sms Faiz tidak di jawab. Hati Lea menjadi beku untuk mendengar segala penjelasan. Dia masih terbayang-bayang senyuman sinis Emalin kepadanya ketika di pejabat Faiz tempoh hari.

Sudah Lea sudah! Move on please...

Lea menarik nafas sambil melihat jam di tangan. Baru pukul tiga setengah.

“Kak Midah, saya nak balik awal hari ni. Kak Midah tolong kunci kedai ya?”

“Okay” Kak Midah menjawab.

“Lea” Baru beberapa tapak Lea melangkah keluar, terdengar namanya di panggil. Faiz sedang memandangnya dengan muka yang agak serius. Lea hanya mengangkat bahu lalu berpusing dan meninggalkan Faiz di situ.

“Lea.. tunggu. Aku nak cakap dengan kau” Faiz berkata lagi. Tapi Lea masih terus melangkah.

“Aku dengan Emalin tak ada apa-apa hubungan pun” Kali ini Faiz separuh menjerit.

“Eh, kalau kau nak ada apa-apa dengan Emalin ke, tak nak ada apa-apa dengan Emalin ke.. aku peduli apa? Kau punya pasallah” Lea juga separuh menjerit. Geramnya di lepaskan kali ini.

“Lea.. dengar dulu. Janganlah naik angin tak tentu pasal”

“Tak tentu pasal? Aku punya sukalah nak naik angin ke tidak”

“Isk… Kau ni kan..kepala batu tau tak? Cuba dengar dulu aku nak cakap apa”

“Sudahlah. Aku taknak dengar apa-apa lagi” Lea terus berlalu pergi ke arah keretanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:04 PM | Show all posts
arrggghhhh...tak cukuppp!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2012 12:04 PM | Show all posts
“Lea” Faiz sudah berdiri di belakangnya. Lea buat tak peduli. Kunci kereta di keluarkan tapi dengan pantas Faiz menarik lengan Lea, memaksa Lea berhadapan dengannya.

“Apa ni? Aku nak baliklah” Lea menengking.

Not until you listen to me” Faiz berkata. Kunci kereta Lea di rampas. Kedua-dua tangannya sengaja di letakkan di pintu kereta, di kiri dan kanan Lea, menghalang gadis itu dari melarikan diri.

“Kau nak apa?” Gementar pula Lea melihat perlakuan Faiz yang seolah-olah ingin memeluknya.

“Ikut aku” Faiz berkata.

“Sudahlah Faiz… aku malaslah nak layan benda-benda bodoh macam ni”

“Ikut aku” Faiz mengulangi ayatnya dengan nada lebih keras. Matanya dan mata Lea saling merenung. Lea ingin melawan tapi dalam masa yang sama, hatinya berdebar kencang melihat muka Faiz yang cuma beberapa inci saja darinya.

“Nak pergi mana?” Lea bertanya, mengalah akhirnya. Juga agak segan dengan orang ramai yang mula memerhatikan drama swasta mereka.

Faiz menurunkan tangan, tapi kunci kereta Lea tidak diserahkan kembali.

“Kita naik kereta aku” Faiz pula berkata.

*****************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:11 PM | Show all posts
nak lagi leh x?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 12:51 PM | Show all posts
Lea merenung jauh melihat pemandangan di Bukit Permai. Dia pernah ke sini sekali, juga dengan Faiz satu masa dulu. Masing-masing hanya diam, tidak bersuara.

“Kenapa bawak aku datang sini?” Bosan dengan keadaan senyap, Lea bertanya. Faiz tidak menjawab. Matanya membuang pandang ke arah bangunan pencakar langit yang menghiasi Kuala Lumpur. Lea mengangkat bahu.

“Kalau bawa aku datang sini, lepas tu diam macam patung, baik tak payah” Angin Lea masih belum turun.

“Kau tunggu kejap” Faiz berkata sebelum pergi mengambil sesuatu di dalam kereta.

“Bunga?” Dengan perlahan Lea mengambil sejambak bunga tulip berwarna ungu yang di hulurkan Faiz.

“Err.. perempuan suka bunga kan?” Faiz kelihatan agak serba salah. Sebelah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar manakala sebelah lagi mengosok-gosok tengkuknya. Lea hanya terkebil-kebil memandang Faiz.

Mereka diam lagi. Seminit.. lima minit…

“Sekarang, kau tanya apa yang kau nak tahu pasal aku” Faiz berkata tiba-tiba. Matanya masih tidak memandang Lea. Lea hanya diam.

“Aku tak nak kau anggap aku berahsia apa-apa dengan kau” Sambung Faiz lagi. Lea masih diam.

“Tanyalah”

“Emalin tu siapa?”

“Anak kawan arwah mama. Kami kenal sejak kecil” Jawab Faiz

“Itu aku tau, kau pernah cakap” Faiz mengangkat kening.

“Lea, honestly, aku dengan Emalin tak ada apa-apa. Memang kami selalu berjumpa tapi kawan aja. Aku tak ada perasaan pun pada Emalin. Aku tak tahu dah macam mana nak cakap lagi dengan kau tapi itulah yang sebenarnya”

“Kenapa Emalin ada dalam office kau hari tu?”

Faiz tersengih. Cemburulah tu…

“Dia memang selalu datang. Tapi hari tu aku macam bergaduh sikit dengan dia. Aku suruh dia jangan masuk campur urusan hidup aku. Aku tak suka. Dia tak ada hak nak ugut kawan-kawan aku” Lea tersenyum sedikit.

“Kenapa Emalin kata kau ni bakal husband dia?” Faiz ketawa tiba-tiba. Lea mencebik.

“Sebab, arwah mama aku dengan mama Emalin pernah nak jodohkan kami. Lama dah dulu, sejak mama hidup lagi. Aku tak nak. Tapi, Emalin…the other way round

“Emalin kata.. err… dia kata aku errr, dia kata tak ada perempuan lain layak untuk kau” Sengaja Lea menukarkan struktur ayat tersebut.

“Tak layak?”

“Yalah. Kau kan orang kaya, anak Datuk…”

“Ini bukan zaman P.Ramlee sayang oi. Kau ingat, filem antara dua darjat ke?” Faiz menggeleng kepala.

“Lagipun yang kaya tu abah aku, bukan aku. Aku ni mana ada apa-apa…”

Lea mengetap bibirnya, menyembunyikan senyumanya. Kalau tak ada apa-apa pun aku sayang juga…

“Ada apa-apa lagi yang kau nak tanya?” Faiz menyoal.

“Tak ada kot. Kalau ada, aku tanyalah” Lea membalas. Lalu masing-masing terdiam lagi.

“Kau dah tak marah kat aku lagi?” Faiz bertanya lagi. Lea geleng.

“Dah tak naik angin lagi?” Lea geleng lagi.

“Boleh tak kau jangan naik angin tak tentu pasal?” Cuba selidik dulu betul-betul”

“Iya, Encik Faiz Izzudin. Lepas ni, sebelum saya naik angin, saya selidik dulu ya. Lepas tu, baru saya naik angin” Faiz ketawa mendengar ayat Lea.

“Sukalah dengar kau sebut ‘saya’ ‘awak’ macam tu. Comel” Lea memutarkan biji matanya ke atas.

“Aku ada lagi satu soalan” Faiz mengangkat kening.

“Kenapa kau taknak terima Emalin?” Lea menembak soalan lagi.

“Sebab, aku dah kenal dia dari kecil lagi, jadi aku anggap dia macam adik. So, tak boleh kahwin”

“Sebab tu aja?” Faiz mengangguk.

“Betul ke sebab tu aja?” Kali ini, sengaja Lea memandang tepat ke mata Faiz. Faiz pula yang tak senang duduk melihat Lea merenungnya.

“Err.. ya. Betullah. Sebab...sebab aku dah anggap dia adik” Faiz menggelabah. Lea masih merenungnya.

“Okay” Lea membalas pendek. Pandangannya di lepaskan ke arah Kuala Lumpur yang terbentang luas di hadapannya, lalu diam tak berkata apa-apa.

Faiz meraup rambutnya ke atas beberapa kali. Beberapa kali juga dia menarik nafas, seolah-olah sedang berlari.

“Lea..” Lea menoleh ke arahnya. Tidak berkata apa-apa, hanya satu senyuman manis di berikan.

“Lea.. aku nak beritahu kau yang aku….”

“Kejap…emak aku call” Lea berkata apabila telefon bimbit di tangannya berdering. Bunga di tangan di hulurkan kembali kepada Faiz lalu dia pergi agak jauh sedikit untuk menjawab panggilan. Faiz hanya memandang sambil menarik nafas lagi.

“Faiz, jom balik. Mak aku suruh balik awal. Ada hal sikit” Kata Lea.

“Okay”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 01:02 PM | Show all posts
Reply 173# auntieagony

Miauuuuuuu.. (sambil mencakar manja )

dah sambung.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.088660 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list