View: 1112|Reply: 3
|
SIDANG DUN SELANGOR HARI INI - HASAN ALI SEBAGAI WAKIL BEBAS!!
[Copy link]
|
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Ali hari ini tampil kali pertama ke sidang DUN Selangor sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.
"Saya tiada masalah. Saya dipecat sebagai ahli PAS dengan bermaruah. Saya bukan rasuah, saya bukan liwat," katanya sinis ketika ditanya persediaannya untuk sidang DUN kali ini.
Bercakap kepada pemberita selepas pembukaan sidang DUN dirasmikan oleh Sultan Selangor, beliau yang merupakan ADUN Gombak Setia akan terus membangkitkan isu Islam, Melayu dan Raja sepanjang dewan yang akan bersidang dua minggu itu.
Katanya, dewan perlu membahaskan perkara berkenaan kerana hak istimewa Melayu kini diancam "kepupusan".
"Saya akan juangkan begitu," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga YB Dato' Dr Hassan Ali trus tabah menongkah arus. |
|
|
|
|
|
|
|
kautkan semangat tabahkan hati Dato' Hassan Ali |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukan rasuah, saya bukan liwat,"
Dulu masa DSAI kena buang bukan pasal nak melawan tokeh ke??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|