|
ALOR GAJAH: Seorang juruwang wanita parah selepas satu bungkusan kiriman dipercayai bom buatan sendiri, meletup ketika mangsa cuba mengalihkannya dari kawasan pagar rumah neneknya di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina, dekat sini, pagi semalam.\rDalam kejadian jam 8.45 pagi itu, Norasyikin Md Esa, 27, yang baru keluar rumah menuju ke tempat kerjanya di Masjid Tanah, cedera hampir seluruh badan selepas tercampak beberapa meter dari kawasan letupan.\r\n\n\n\n\r Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kecederaan berpunca daripada terkena serpihan letupan bungkusan berkenaan. \r\r\n\n\n\n\n Katanya, pemeriksaan mendapati bungkusan yang menyebabkan letupan berkenaan berbentuk seperti kotak bersaiz kecil yang lazimnya digunakan perkhidmatan penghantaran dan disyaki berisi bom buatan sendiri, selain gasolin serta beberapa bahan kimia lain.\r“Mengikut maklumat, bungkusan itu diletak di depan pintu pagar rumah. Ia kemudian dikatakan meletup ketika mangsa mengangkatnya untuk dialihkannya,” katanya.\rRaja Shahrom berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut dan sehingga petang semalam, keadaannya dilaporkan stabil. \rKatanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif dan punca sebenar kejadian, selain memanggil Unit Pengesan Bom dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri bagi mengenalpasti bahan digunakan menghasilkan bom berkenaan.\r\n\n\n\r“Kita dimaklumkan, pada bungkusan berkenaan ada tertulis nama abang mangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden ini. Kita akan bertemu keluarga mangsa bagi menyiasat sama ada kejadian ada kaitan dengan perniagaan abangnya.\r“Kes ini disiasat mengikut Akta Senjata Api dan Letupan,” katanya.\rSementara itu, adik mangsa, Ahmad Mustafa, 20, berkata beliau bergegas ke halaman rumah sebaik mendengar letupan dan melihat kakaknya terbaring. \r“Kakak sempat memaklumkan nama abang sulung, Saiful Ezwan ada pada bungkusan itu yang dipos seseorang,” katanya.\rAhmad berkata, sebelum itu, abangnya memberitahu Norasyikin mengenai bungkusan itu dan melarang beliau menyentuhnya kerana kononnya berbahaya.\rSeorang saksi, Abd Rahman Ahmad, 60, berkata, beliau yang berada di kedai tidak jauh dari rumah mangsa, terkejut mendengar letupan yang disangkanya daripada tong gas.\r“Keadaan bergegar dan selepas itu, saya melihat asap hitam dan api menjulang ke udara sehingga tiga meter berhampiran pohon rambutan di tepi pagar rumah mangsa.\r“Saya melihat mangsa tercampak dengan tubuhnya berasap dan beliau menjerit kesakitan beberapa kali sambil menggelupur dan menangis,” katanya. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|