CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22400|Reply: 201

Shuib mengaku Bubble Bee bermasaalah, rundingan dengan KWSP telah dibuat

[Copy link]
Post time 15-11-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-11-2023 05:00 PM

PETALING JAYA – Dituduh hidup bermewah-mewah namun culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pelawak Shuib menafikan dakwaan tersebut.

Kata pemilik nama lengkap Shahmira Muhammad, dia menjalani kehidupan seperti sebelum ini yang hanya menumpukan kepada kerja dan anak-anak selain bermain golf.

“Kalau betul rapat dengan saya, tahu saya cuma pergi kerja dan aktiviti luar bersukan adalah bermain golf.

“Saya jalani hidup macam biasa. Ada masa memang ada pergi bercuti bersama keluarga.

“Itu penting. Tidak mungkin saya tidak boleh keluar. Dah kenapa kan?,” katanya dalam sebuah temu bual program hiburan.

Dalam masa sama, penyampai radio Suria FM itu berasakan, segelintir pihak sengaja menambah minyak dalam api pada kala dirinya terpalit dengan isu perniagaan minumannya.

“Tidak faham bila kata berhibur dan bermewah. Itu yang saya pelik kerana tengok kehidupan saya memang tiada pun.

“Benda memang sudah ada salah, jadi orang pun mula mahu tokok tambah cerita.

“Saya tahu diri saya. Kita pun pernah buat salah, jadi saya tidak mahu perkara saya berulang lagi,” jelasnya lagi.

Tuduhan liar tersebut mula tercetus apabila syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan susulan tular surat terbuka seorang individu tidak dikenali dalam aplikasi TikTok.

Tidak lama selepas itu,  Shuib tampil mengakui bahawa Bubble Bee mempunyai masalah untuk membayar KWSP pekerjanya tetapi menafikan dakwaan tidak membayar langsung.

Tegasnya, pihak Bubble Bee telah membuat rundingan dengan KSWP untuk membuat bayaran caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan dalam syarikatnya sebelum ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:22 AM | Show all posts
ambik kau....tu la masa ada arwah siap riak menunjuk bagi duit berkepok2...konon merendah diri. Sama je dgn perangai bekas isteri..suka meriak.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkerak sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:24 AM | Show all posts
just pay the damn money bro...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:29 AM | Show all posts
untung rm150 juta yg dicanang2, ke mana pergi duit tuh sampai tak boleh bayar KWSP pekerja??
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:02 PM | Show all posts
ye lah, tak mewah, flight langkawi pun naik biznes  class.. anak mkn tiram,

now is the time lah, bayar lah dividen dan caj lewat denda skli yah...

perkeso pulak apa khabar ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak sembang boleh tak. Bayar je lah.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeee haiiiii berkerakkkkkk benor...

Pinocchio banyak cakap banyak bohong hidung makin panjang ...

Kurang2 kan lahhhh bercakap menunjukkkkk nanti makin berkerakkkk makin berlobang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by opie5662 at 15-11-2023 12:22 PM

Bini tetek baru beli beg hermes uols... Walaupon bkn birkin.. Ttp hermes..lebih 20k rege. Tu kalau bayar kwsp pon lg bagus..

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:24 PM | Show all posts
midori888 replied at 15-11-2023 11:24 AM
just pay the damn money bro...

hantar pearl je maki die


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:26 PM | Show all posts

kan...sesuai sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:36 PM | Show all posts
Byk sykt x byr kpd EPF.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:37 PM | Show all posts
sebenarnya dah tertunggak berapa bulan chuols kwsp pekerja tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:45 PM | Show all posts
tak lama la tu biz bakal melingkup..


baik ko tutup je kedai air diabetes tu drpd tak bayar epf pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko dpt bawak keta mewah, main golf, makan sedap2..tapi pekerja ko tercungap nk hidup..tak mewah ke... memang nk melingkup kot ataupun nk tayang kt bini baru duit berkepuk ataupun mmg duit ko kat rumah berkepuk tetapi ko tak jaga kebajikan staf...tak profesional sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar citer rini Shoeb MC tak masuk konti suria. Katanya sebab masuk spital. Adakah sessi penyucian meraih simpati supayanetizen stop mencerca beliau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 01:40 PM | Show all posts
apech replied at 15-11-2023 11:22 AM
ambik kau....tu la masa ada arwah siap riak menunjuk bagi duit berkepok2...konon merendah diri. Sama ...

sapa bekas isteri dia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tak percaya langsung apa2 yg dia ni ckp
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk alasan betullah.... Bayar!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_sindarella replied at 15-11-2023 01:31 PM
Dengar citer rini Shoeb MC tak masuk konti suria. Katanya sebab masuk spital. Adakah sessi penyucian ...

Edisi menyembunyikan diri ke?
Tp tak pelik uols...ada je tokey gini...kalo bab gj staff sangkut2...tp bab family tokey ttp mau holiday ovc jgk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.084277 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list