View: 168|Reply: 0
|
Penganggur curi coli, seluar dalam didenda
[Copy link]
|
|
AYER KEROH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri lima helai coli dan seluar dalam di belakang sebuah rumah di Batu Berendam dekat sini, minggu lalu.\rMajistret Ida Rahayu Sharif memerintahkan tertuduh, See Wei Kit, 29, dari Taman Merdeka dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu tetapi See Wei kemudian menjelaskan denda berkenaan.\r\n\n\n\n\r Mengikut pertuduhan, See Wei didakwa melakukan kesalahan itu di belakang sebuah rumah di Jalan MJ 15, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, pada jam 3.11 pagi, 20 Februari lalu.\r\r\n\n\n\n\n Beliau didapati dengan niat curang mencuri masing-masing empat helai coli dan seluar dalam milik Tai Fook Ping, 33, bernilai kira-kira RM800 tanpa kerelaannya.\rTertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.\rPendakwaan dilakukan pegawai pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Harun.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|