CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18098|Reply: 12

Butik hauk terkenal mana ni? Baju raya tak sampai hawau!

[Copy link]
Post time 14-3-2025 10:26 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang demi seorang pelanggan tampil meluahkan kekecewaan terhadap sebuah butik fesyen jenama popular yang didakwa gagal menghantar tempahan baju raya mereka, walaupun bayaran telah dibuat sejak sebelum puasa lagi.

Rata-rata pelanggan menyifatkan diri mereka ditipu malah turut bimbang sekiranya tidak sempat menerima baju sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Seorang pelanggan yang mahu dikenali sebagai Zura, 28, berkata, dia telah membuat pesanan (pre oder) sejak sebelum puasa iaitu 2 Februari namun sehingga kini masih belum menerima sebarang nombor siri khas (tracking number).

“Katanya tempoh pre oder seminggu. Kemudian seller (penjual) akan kemas kini tracking number. Tapi dh dua minggu puasa masih sepi. Dah cuma mesej seller, tak ada sebarang maklum balas,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Lebih menyakitkan hati, Zura berkata, pihak pengurusan butik langsung tidak memberi sebarang maklum balas malah didakwa dengan berani bertindak memadam setiap aduan pelanggan di ruangan komen akaun media sosial jenama pakaian tersebut.

“Mesej di ruangan komen juga telah dipadam oleh pihak seller. Baju saya beli harga RM350, bukan murah. Kalau ditipu? Apa nasib kami?,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan dari Singapura dikenali sebagai Suzy, 30, turut meluahkan rasa bimbang apabila banyak komen negatif ditinggalkan pelanggan terhadap jenama pakaian tersebut.

Menurut Suzy, dia baru sahaja membuat pesanan sepasang baju raya dari jenama tersebut pada harga RM621 termasuk kos penghantaran ke luar negara.

“Saya baru sahaja beli minggu ini, Tapi lepas saya order (buat pesanan), baru saya nampak komen-komen yang tak berapa elok. Itu yang saya jadi risau. Dalam sehari makin banyak orang komen cakap benda yang sama. Lepas itu komen kena padam.

“Ada yang kata mereka sudah dapat baju tetapi saiznya tidak seperti ukuran yang dipaparkan di laman web. Pelanggan tetap yang biasa membeli di sini juga mengadu saiz kali ini tidak sama seperti sebelumnya,” katanya.

Selain itu, katanya ramai pelanggan mengadu mesej mereka tidak dibalas apabila cuba menghubungi pihak kedai.

Malah, selepas kedai mengeluarkan kenyataan rasmi meminta pelanggan menghantar pertanyaan melalui e-mel, ramai tetap mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di laman Instagram jenama pakaian tersebut mendapati, banyak luahan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan pihak pengurusan jenama tersebut dan ada mendakwa nombor siri khas untuk menjejak pesanan mereka secara tiba-tiba tiada dalam rekod.

Ada yang meninggalkan komen lebih daripada tiga kali dengan harapan pihak pengurusan menyedari aduan mereka itu. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 10:28 PM | Show all posts
tahun2 sblm ni pernah baca 1 butik tu kualiti yg hauk dan ramai pelanggan rasa tertipu, tak tau la kali ni kalau butik sama juga buat hal brg tempahan x sampai ke customer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Recommend aku jenama baju raya patut kau beli! Semua aku reky2 cam xbest
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:44 PM | Show all posts
Iols x beraya jadi tak beli baju raya. Pagi raya di rantauan akan membuta kot bayar waktu tidur yang byk terlepas dek bekerja malam2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 14-3-2025 10:28 PM
Recommend aku jenama baju raya patut kau beli! Semua aku reky2 cam xbest

Sis,cuba tengok kat putih.com
Kain dia best,sejuk,jatuh cantik je bila pakai.kain xberkedut je walau masuk mesin basuh.
Btw,ini baju melayu la tapi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 15-3-2025 03:36 AM

ank achik nk recee jenama yg mana dutanya psgan terhgt romeojuliet di pasaran

achik xbagi beli!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 14-3-2025 10:28 PM
Recommend aku jenama baju raya patut kau beli! Semua aku reky2 cam xbest

Kalau nak cuci mata ikut jenama susah sikit sbb kebykan warna , material dari jenis sama… i lagi suka cuci mata kat seller yg pilih, pastu promote , ada macam2 brand kalau tengok acc dia..

Ni seller yg anak i suka… & also trusted seller ..

Tiktok: @wawaarf_
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So brand apa yang buat hal ni?
Leyemer rehmem.ke?
Atau belenbwnteng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli Muaz jah. Lagi cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 14-3-2025 10:28 PM
Recommend aku jenama baju raya patut kau beli! Semua aku reky2 cam xbest

baju melayu Jovian
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-3-2025 05:57 AM
So brand apa yang buat hal ni?
Leyemer rehmem.ke?
Atau belenbwnteng?

Tu la. Sampai ke sudah tak tahu siapa punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak nak letak hint nama brand dia toksah la post ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo dah dapat!!!!!!

https://qiszar.com/


Boleh check kat ig @qiszar


Tak pernah dengar jenama ni means tak baper femes yg selalu dengar jannahnoe, petitmoi, Nurita Harith, leyanarahman, intan aziz, Asikin Ahmad , qalaqisya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.119234 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list