CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<

   Close [Copy link]
 Author| Post time 2-3-2012 06:27 PM | Show all posts
oklah..along dah nak balik..
selamat berpantun & berhujung minggu semua...

assalamualaikum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 06:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_anisss84 at 2-3-2012 18:49

Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu

Arahan:

1. Sila sediakan pantun 4 kerat untuk di jual kepada rakan sekelas anda ( sekurang2nya 10 orang rakan)

2. Maksima pantun untuk di jual kepada rakan anda ialah 2 buah sahaja.

3. Tema : BEBAS

4. Tarikh akhir untuk menjual pantun ialah: Ahad, 4hb Mac 2012 Jam 11.59 malam

5. Tarikh akhir untuk membeli/menjawab pantun ialah: Isnin, 5hb Mac 2012 Jam 12.00 tengahari

6. Setiap pantun mestilah di jawab/dibeli dengan menggunakan pantun 4 kerat juga.

7. Markah untuk jualan & belian pantun, bergantung sepenuhnya kepada cegu-cegu yang bertugas.


Kepada Juju @ Ungu merah

Jahit setangan pinggirnya dikelim
Baik dikelim kembang kelapa
Rindu dendam kemana nak dikirim
Nak dikirim kepada siapa


Kepada Inin @ Ain

Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Sekarang puteri berangkat pulang
Bila pula berjumpa lagi?


Kepada Along @ Wawa@ TB

Biar senang puyuh berlari
Pinang ditanam rapat-rapat
Mengapa mesti dibawa lari
Bukankan baik mengikut adat?


Angah @ Dada @ ADalia

Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja,
Wahai Angah...saya nak tanya
Apakah ubat hati yang lara?


Kepada Carly

Relekslah carly kitakan kawan
Berpantun kita terus meriahkan
Takkanlah sampai nak hilang kawan
Kerana kekasih sahabat diketepikan?


Along @ Wawa @ TB

Minum air kerana dahaga
minum bersama makcik Mona
Cinta ilahi membawa ke syurga
cinta manusia mebawa ke mana?


Angah @ dada @ Adalia

Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bijinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.


Riri @ Ciksurie

Molek gunung nama Ararat
Bongkah sedia sifir keramat
Ditelek ditenung dalam firasat
Benarkah dunia hampir kiamat?


bulanpurple @ nana

Anak dara menjemur kota

Memakai Kebaya menjemur ikan

Buila sendiri akan derita

Bolehkah saya tolong hiburkan?


rara @ rafflesia

Seri Mersing lagu lama

lagu dikarang biduan dahulu

hatiku runsing gundah gulana

kenapakah anisss jadi begitu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 06:50 PM | Show all posts
akhirnya siap gak pantun..................
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 06:50 PM | Show all posts
sila pm cikgu hang untuk format markah...........
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 06:51 PM | Show all posts
oklah..along dah nak balik..
selamat berpantun & berhujung minggu semua...

assalamualaikum
tudung_bawal Post at 2-3-2012 18:27



    waalaikumussalam

jaga diri ..

bye....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 08:17 PM | Show all posts
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu
14. cleef
Semasa berlari jatuh bergolek,
Segera bangun selamatkan diri,
Rupa cantik perangai molek,
Kenapa diri masih sendiri?
tudung_bawal Post at 2-3-2012 16:53


Jatuh tergolek depan pak aji
Control ayu terkantoi jua
Bukah kita sudah berjanji
Setia menanti saat bersua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2012 09:57 PM | Show all posts
Reply  ciksurie


   bagi memenuhi permintaan riri & moy
tudung_bawal Post at 2-3-2012 12:04



he3x
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:07 PM | Show all posts
Pantun 9 & 10 - open pantun, sesiapa pun bleh jawab

9) sinki rumah ada pagi tadi tersumbat

air pulak x de, jadi ada x mandi pagi
carly wanita x solat jumaat
apakah tajuk khutbah di masjid hari ni?

10) pergi sekolah tapi TB kena buli
kena buli pulak dengan anak cikgu ali
siapa sudi nak belanja carly
sebab carly lapar x makan tengahari lagi

carly_lah Post at 2-3-2012 12:23

jadi isteri kenalah taat
barulah cinta sentiasa bersemi
saya juga pun x solat jumaat
apa kata carly tanya je somi

potong kayu guna gergaji
memotong pula sambil berdiri
saya pula belum bergaji
camtu carly belanjalah diri sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 10:13 PM | Show all posts
4. Pantun untuk moyas

Anak dara di dalam kota
Memakai kebaya menjemur ikan
Bila terjaga dalam derita
Jejaka manakah yang dapat hiburkan?


fatehana Post at 2-3-2012 14:42



bila nyoping rambang biji mata
kaum lelaki pula mengurut dada
jgn dilayan perasaan derita
dakap aja la mana yang ada{:4_241:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:23 PM | Show all posts
4.moyas


Loket tersimpan di dalam peti,

Peti dihasilkan dari lidi,
Berpantun seloka menghibur hati
Mengapa resah semakin menjadi?

tudung_bawal Post at 2-3-2012 16:53

bila berbicara kenalah hati-hati
bimbang binasa pula yang menanti
resahmu senang sahaja diubati
carilah pungguk buat penghibur hati{:4_241:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:25 PM | Show all posts
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu

Cegu Hang
Ada gaya dan juga rupa,
Tapi sayang tidak berharta,
Melayu kini semakin lupa,
Kenapa terjadi, apakah punca?

tudung_bawal Post at 2-3-2012 04:53 PM



ubi kayu cicah kelapa
makan bawah pohon jati
bagaimanalah melayu tidak lupa,
bila nafsu merajai hati..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:26 PM | Show all posts
8.mertua
Asyik bekerja sehingga rebah,
Ralit melihat orang berkelahi,
Gaji naik elaun bertambah,
Kenapa kerut masih di dahi?


Jawapan

Salah Makan Sakit Perut
Terlupa ianya lauk semalam
Bagaimana dahi ku tak berkerut
Botok buatan pasar malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:29 PM | Show all posts
Cegu nak jual pantun gak...

Kat anak makcik kantin

Pucuk kayu kusangka ulam
Kalau ulam mana kelatnya?
Terperuk rindu dikatakan demam
Kalau demam mana pucatnya?

Kacau sosej bersama tauhu
Campur fish ball bersama bawang
Kalau mesej tandanya rindu
Apakah miss call tandanya sayang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:36 PM | Show all posts
Cegu nak jual pantun gak...


Kat anak makcik kantin


Pucuk kayu kusangka ulam
Kalau ulam mana kelatnya?
Terperuk rindu dikatakan demam
Kalau demam mana pucatnya?


Kacau sosej bersama tauhu
Campur fish ball bersama bawang
Kalau mesej tandanya rindu
Apakah miss call tandanya sayang?


jawab on behalf of semah...anak makcik kantin



minggu ini menanti terjah
nasib tak baik tiadalah pula

mmglah tiada pucat diwajah
sebab terkena hanya demam bola


sayang sayang buka kepayang
wat ketupat dengan daun palas
takder maknanyer itu tanda sayang
kredit takder harus kena call balas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 12:31 AM | Show all posts
assalamualaikum~ mai jenguk kepala sat

wuwuuu soklang pantun
sempaat lah nana jawap sebelum meroyan seminggu x dpt merempit
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 05:55 AM | Show all posts
Cegu nak jual pantun gak...

Kat anak makcik kantin

Pucuk kayu kusangka ulam
Kalau ulam mana kelatnya?
Terperuk rindu dikatakan demam
Kalau demam mana pucatnya?

Kacau sosej bersama tauhu
Campur fish ball bersama bawang
Kalau mesej tandanya rindu
Apakah miss call tandanya sayang?


gerhana bulan semalaman
seolah-olah teruk ditikam
pucatnya terperuk duduk didalam
hanya jauhari mengenal manikam

harapkan ikan, jala pula tersangkut
ditengah laut mencari benang
miss call itu tandanya kedekut
kalau sayang teruslah meminang


Hang Post at 2-3-2012 22:29

anak makcik kantin demam kura-kura. dia minta tolong saya jawabkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 09:52 AM | Show all posts
13. lavender_aqua
Suara dialun semakin mendatar,
Waktu latihan selalu malas,
Berpucuk surat sudah dihantar,
Kenapa langsung tidak berbalas?
tudung_bawal Post at 2-3-2012 16:53


sakit sampai terpaksa dibedah,
dibedah oleh doktor dari Ampang,
surat itu beralamat di Kedah,
sedangkan Aqua jauh di Pahang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 106# tudung_bawal

9.fatehana
Ingin mencubit pipi yang gebu,
Sayangnya dia jauh berbatu,
Hati sudah patah seribu,
Apakah mungkin kembali bersatu
?
Jawapan Ana

Cekgu Hang membawa peti
Dibelinya tadi sewaktu ke Pekan
Andai sayang dan cinta masih dihati
Segala kepahitan akan dilupakan


kalau nak elaborate lagi mahu x berpinor otak pala nak memikirkannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 10:43 AM | Show all posts
Reply 153# Hang

Cegu nak jual pantun gak...
Kat anak makcik kantin


Pucuk kayu kusangka ulam
Kalau ulam mana kelatnya?
Terperuk rindu dikatakan demam
Kalau demam mana pucatnya
?  

Pohon Ru kuat sungguh dahannya
pabila malam rasa seram jua tercuit
memanglah demam itu tak de pucatnya
demamnya itu kerana tidak berduit


Kacau sosej bersama tauhu
Campur fish ball bersama bawang
Kalau mesej tandanya rindu
Apakah miss call tandanya sayang?


Kuah spaghetti pula dibuka dari tin Kimball
Ditambah pula dengan pelbagai rencahnya
Pabila si dia membuat miss call
itu tandanya si dia minta ditambah kreditnya



anak mak cik kantin x reti berpantun so dia suruh ana tolong beli pantun cekgu hang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 01:11 PM | Show all posts
Reply 99# fatehana


    3. Pantun untuk kak jazaa


       Daun sirih ulam cik iszabel
       makan sekapur lalu mati
       kenapa kaka selalu membebel
       adakah hati kaka sering disakiti  


      Pergi genting naik kereta kabel
      sambil makan minum ais
      Mana ada akak membebel
      Ni mesti Teha yang PMS.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.799022 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list