CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47143|Reply: 129

Kena tangkap basah...

[Copy link]
Post time 29-2-2012 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Apa la nak jadi dengan dunia la ni...

Sape penah kena tangkap basah? Angkat tangan...! Heh heh, banjir kilat kat banjaran Himalaya pun mati korang tak akan angkat tangan. Lox nak citer pengalaman tangkap basah...bukan citer Lox kena tangkap, tapi citer Lox tangkap orang. Masuk tahun ni dah 8 tahun Lox buat kerja amal part time ni dan sudah 220 pasang Lox tangkap, lebih separuh telah di dakwa dan didenda dan tak kurang juga yang berantakan isi rumahtangga...bila dah terbuka pekung di dada....paling best, ada yang hantar kad jemputan kawin seminggu selepas kena tangkap...hmm, macam-macam!

Ada yang muda ada yang dah tua, laki orang, bini orang, anak dara, janda, pelajar IPTA, budak bawah umur...Mat Bangla kantoi dengan wanita negara jiran pun ada, dan yang terbaru, Lox dengan AJK masjid tangkap Cikgu Sains dengan Cikgu Bahasa Inggeris berkhalwat dalam rumah. Cikgu Sains lelaki dan dah berkawin pun, manakala Cikgu Bahasa Inggeris pula perempuan baru balik Osotorolia.

Sebagai ahli pengkaji tabie manusia, Lox dapati setiap pasangan yang kena tangkap mempunyai versi alasan tersendiri. Contohnya, Cikgu Bahasa Inggeris di atas beri alasan dia terpaksa ajar Cikgu Sains bercakap bahasa Inggeris. Kes yang terdahulu pula, seorang anggota keselamatan lelaki bagi alasan terima laporan kecurian dan datang menyiasat di rumah pasangan wanita yang dicekup bersamanya, anehnya dia siasat sampai kena buang baju dan seluar dalam.

Timbul rasa sedih juga apabila terpaksa ganggu pasangan yang tengah syok berasmara. Bayangkan apa yang sedang berlaku, baru jer nak masuk gear satu, dah kena serbu. Dalam kebanyakan kes tangkapan, pasangan lelaki lebih "cool" manakala pasangan wanita ada yang jadi histeria kerana takut bercampur malu, tetapi ada juga yang langsung tak tau malu...dia boleh buat "muka sardin" sampai ke balai untuk proses tangkapan semula.

Ada satu fakta yang menarik yang Lox ingin kongsi di sini. Hampir keseluruhan kes tangkapan menunjukkan lokasi tangkapan berlaku di rumah lelaki, cuma dua kes berlaku di rumah sewa perempuan. 2/3 kes berlaku pada waktu siang dan selebihnya malam. Purata masa pasangan membuka pintu selepas diminta berbuat demikian = 30 minit sehingga 1 jam.

Dan yang paling menarik, kebanyakannya wanita yang akan buka pintu dulu, manakala kebanyakan lelaki menyorok di dalam almari. Soalan Lox, adakah ini bermaksud wanita takut pada tempat gelap?


Sekian. Lox ucapkan selamat berasmara kepada akak-akak manje di ATW, semoga bertambah zuriat dan dimurahkan rezeki!{:4_181:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 03:57 PM | Show all posts
Gigih ko yer...Ada buat 3GP tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 2# adorable10

Ade try tapi semua tak clear...tangan mengeletar, lutut bergegar...kamera pulak tak de shock resistant..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:09 PM | Show all posts
penah tak tangkap couple yg mmg dh kawen tp lupa bawak surat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:17 PM | Show all posts
ade kes kat opis aku pegawai kene tgkap basah....
bile pejabat agama ketuk pintu lama nk bukak pintu..
yg lelaki g bukak pintu die kate duk sorg j...seklai kene geledah jmpa lak yg pompuan kat dlm kotak tv LCD dlm keadaan mengaibkn...

smapi skrg aku kompius camne pompuan 2 ley masuk dlm kotak LCD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 4# kurmasafia

Adaaaa..2-3 kes. Tapi dalam Al Quran tak sebut kena kelaurkan surat nikah lepas ijab kabul, cuma perlu wali dan saksi yang sah. So, dalam kes kena tangkap, tapi mengaku dah kawin, kita akan bagi dua atau tiga soalan cepu mas selepas diasingkan pasangan yang ditangkap. Antara soalan yang ditanya..

(a) Bila tarikh korang akad nikah / kenduri kawin
(b) Di negeri / tempat mana korang kawin
(c) Berapa jumlah maskawin
(d) Di mana korang berbulan madu
(e) Sape nama mak ayah mertua

Kalau soalan tu susah nak jawab, Lox akan tanya...

(f) Bank mana korang buat loan untuk kawin
(g) Siapa nama artis terkenal yang korang jemput masa kenduri kawin
(h) Mana punya katering korang jemput untuk sediakan makanan

Kalau kedua-duanya jawab serupa..maka kami akan lepaskan pasangan yang ditangkap. Tapi, untuk mengelakkan soalan bocor, biasanya pasukan Lox akan selitkan multiple answer question jugak sekali sekala..atau suruh derang buat esei pendek tak lebih dari 200 perkataan bertajuk "Ceritakan tentang peribadi pasangan anda"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply  kurmasafia

Adaaaa..2-3 kes. Tapi dalam Al Quran tak sebut kena kelaurkan surat nikah lepa ...
Loxlaxman Post at 29-2-2012 16:19



oh ya ka..pasni kalu nk g bercuti dgn laki aku, tak bawak surat pon tak pe kan..lgpon anak ada sekali...

er, masa tangkap tu ada tak budak2 sekali konon tu anak derang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:27 PM | Show all posts
wa...soalan bocor tu lox..pasni suma yg nk bermaksiat pakat2 nk bg jawapan apa kt jabatan agama...harusla derang  berpakat sblm masuk bilik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 04:30 PM | Show all posts
ade tak pasangan yg merayu2 mintak dilepaskan??
kalau pompuan tu bese lah kan...
lelaki....ade tak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:30 PM | Show all posts
mase tb kecik dulu, ada sorang akak yg kerja kat jabatan agama islam kt kg tb. dia selalu cite yg dia ikut serta dalam operasi pencegahan maksiat ni. dia btau dia kene menyamar sebagai couple dengan ofis mate untuk tangkap pasangan yang disyaki berkhalwat ni. mase tu kecik lagi, so dengar dan percaya bulat-bulat citer dia. tapi dia dah makin besar, barulah tahu rupa2nya dia kaki temberang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:31 PM | Show all posts
oh ya ka..pasni kalu nk g bercuti dgn laki aku, tak bawak surat pon tak pe kan..lgpon anak ada ...
kurmasafia Post at 29-2-2012 16:24


Adaaaa...Kes 71/220 - 08/2010 - 4.45pm

Tangkapan di buat di rumah lelaki bujang (28 tahun). Pasangan wanita (32 tahun) masih bersuami dan dalam proses penceraian. Ketika tangkapan dibuat, pasangan wanita berada bersama dua orang anak sedang tidur di dalam bilik tetamu. Mengaku pasangan suami isteri, tetapi selepas disoal siasat dan diberikan beberapa soalan cepumas, kedua-dua gagal memberikan keterangan yang meyakinkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 9# adifrs

Adaaaa....yang merayu mendayu-dayu mintak dilepaskan, ada yang huloq 2-3 ribu mintak settle. Ada yang lari telanjang bulat naik motor dalam gelap..

(a) Buat-buat pengsan pun ada.
(b) Buat laporan balas di balai polis pun ada - dakwa di serang dan dicederakan oleh Imam Masjid (alasan tak bole blah! )
(c) Telefon mak bapak - mak bapak pun datang dan ugut nak belasah Iamam Masjid sampai koma

Macam macam ada...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:36 PM | Show all posts
Adaaaa...Kes 71/220 - 08/2010 - 4.45pm

Tangkapan di buat di rumah lelaki bujang (28 tahun). P ...
Loxlaxman Post at 29-2-2012 16:31



   wah...mcm2 ek..mesti mcm2 gelagat dpt tgk...mcm2 style pakaian mereka...aib lg..huh...
kalu benar derang bersalah, ada tak apa2 bukti yg korang akan amik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:42 PM | Show all posts
Ada yang lari telanjang bulat naik motor dalam gelap..
Loxlaxman Post at 29-2-2012 04:35 PM



    mmg giler punye org...perasaan malu....dibuang ke tepi....

    mak bapak ugut nak belasah smpai koma tu...mesti budak bwah umo kan??

    dlm byk2 tangkapan tu kan...
    dak bawah umo ke atau pasangan isteri/suami orang yg ramai??
    pelik la...isteri/suami orang ni pun tergamak nak buat keje terkutuk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 13# kurmasafia

Antara bukti yang boleh digunakan di dalam mahkamah termasuklah laporan / keterangan saksi yang mencatatkan alamat tempat tangkapan dibuat, keadaan di dalam rumah samada cerah atau gelap, lokasi bilik pasangan - katik berselerak - pakaian dalam wanita (jika tangkapan di rumah lelaki) dan sebaliknya- pintu berkunci dari dalam - masa di ambil untuk buka pintu...dsbg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 04:46 PM | Show all posts
mmg giler punye org...perasaan malu....dibuang ke tepi....

    mak bapak ugut nak ...
adifrs Post at 29-2-2012 16:42


Setan bukan dia kira laki/bini orang.... dia belasah jer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-2-2012 04:56 PM | Show all posts
ade kes kat opis aku pegawai kene tgkap basah....
bile pejabat agama ketuk pintu lama nk bukak pint ...
najwa1310 Post at 29-2-2012 16:17


Dalam kotak LCD!!?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:59 PM | Show all posts
Dalam kotak LCD!!?
Loxlaxman Post at 29-2-2012 16:56



   yup..kotak TV LCD...aku pon smpai skrg kompius xilang..hahahahbulan 4 nie start bicara kes di...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 05:04 PM | Show all posts
Reply 18# najwa1310

Kalau ko kene ... ko nak nyorok kat mana? Dalam photostat machine ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:05 PM | Show all posts
Reply 4# kurmasafia

aku baru nk tanye soklan yg sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.109754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list