CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Tiga maut kereta rempuh treler

[Copy link]
Post time 28-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita bersama ibu  dalam perjalanan hantar anak saudara pulang ke rumahKUANTAN: Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia setahun terbunuh selepas kereta PERODUA Viva yang mereka naiki merempuh belakang treler di Kilometer 208.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berdekatan Gambang di sini, malam kelmarin.\rDalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, pemandu kereta, Susilawati Saparuddin, 21, bersama ibunya, Azizah Latif, 49, dalam perjalanan untuk menghantar anak saudaranya, Arfan Ar Rayyan Azman ke rumah keluarganya di Kampung Jabor, dekat sini.\r\n\n\n\n\r  Pegawai Penguat Kuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata Susilawati dan Azizah yang masing-masing berstatus penduduk tetap (PR) serta Arfan meninggal dunia di tempat kejadian. \r\r\n\n\n\n\n  Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Susilawati dipercayai tidak sempat mengelak treler yang bergerak perlahan di laluan kiri lalu merempuh belakangnya.\rAkibat rempuhan berkenaan, semua mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pasukan penyelamat yang mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan alat pemotong hidraulik, katanya.\rSemua jenazah mangsa sudah dituntut oleh ahli keluarga sebaik saja bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kira-kira jam 8 pagi, semalam, katanya di sini, semalam.\rBeliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, keadaan jalan gelap kerana tiada lampu manakala laluan lurus serta kering berikutan keadaan cuaca baik.\r\n\n\n\rKatanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\rSementara itu, pemandu lori terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Hari, berusia 30-an berkata, dia bersama kelindannya dalam perjalanan ke Kuantan selepas menghantar bekalan pasir di Maran.\rKatanya, dia mendengar bunyi dentuman kuat di belakang lori dan terkejut sebaik melihat kereta Perodua Viva terperosok di bawahnya.\rKami cuba membantu mangsa sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian, katanya yang membuat laporan di Balai Trafik Kuantan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.737092 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list