View: 3557|Reply: 44
|
MAS nak turun taraf macam Air Asia?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dipercayai sedang melakukan kajian terperinci untuk tidak menggunakan perkhidmatan jambatan aero dalam operasinya pada masa depan.
sumber: utusan OL
komen: apa sudah jadi... tak jatuh taraf ka? |
|
|
|
|
|
|
|
[Edisi jimat] MAS kaji tidak guna jambatan aero
Post Last Edit by epal10 at 27-2-2012 09:01
MAS kaji tidak guna jambatan aero
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dipercayai sedang melakukan kajian terperinci untuk tidak menggunakan perkhidmatan jambatan aero dalam operasinya pada masa depan.
Sumber berkata, penggunaan jambatan aero itu turut diteliti dalam pelan pemulihan MAS yang baharu itu bertujuan untuk meminimumkan kos, meskipun harga yang perlu dibayar bagi setiap kali penggunaan kemudahan itu hanya RM85.
''Mereka (MAS) sedang jalankan kajian, tetapi tidak pasti sama ada ia membabitkan penerbangan domestik atau antarabangsa atau kedua-duanya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurut beliau, penjimatan kos kini begitu kritikal bagi MAS untuk memastikan pelan pemulihan yang sedang dilakukan dapat dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan.
Berikutan itu, katanya, MAS sedaya upaya untuk melaksanakan langkah terbaik yang boleh mengurangkan kos operasinya termasuk penggunaan perkhidmatan jambatan aero.
''Mungkin bagi kita apalah sangat dengan RM85 tetapi bagi syarikat yang terjejas, ia adalah suatu kos yang perlu ditanggung,'' tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai kajian itu, sumber tersebut berkata, biarpun MAS adalah syarikat penerbangan premium, tidak salah jika ia tidak mahu menggunakan perkhidmatan jambatan aero.
''Syarikat penerbangan premium di Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah ada yang tidak menggunakan perkhidmatan tersebut,'' ujar beliau.
Sementara itu, seorang lagi sumber rapat dengan MAS ketika diminta mengulas mengenai kesahihan dakwaan tersebut berkata: ''Anda perlu bertanya soalan itu kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof''.
MAS, bagaimanapun gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.---Utusan
Idea sape pulak ni taknak guna aerobridge? idea tony fernandes ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau harga diturunkan ok gak |
|
|
|
|
|
|
|
make sure harga turun la.. tp brp sgt la average harga utk aerobridge tu yg sorang kena bayar kan.. sian utk warga tua yg tercungap-cungap naik tangga, budak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
RM85 mahalnya....patutla AA xnak guna...
klu RM5 ok gak la... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap aku, aku pernah dibrief oleh seorg pegawai MAB, charge utk pakai aerobridge ialah RM2000 sekali pakai, tanpa mengira berapa ramai penumpang dalam satu2 flight tu. |
|
|
|
|
|
|
|
apalah sangat rm85 compare tambang yang sorang penumpang bayar sampai beratus hingga puluh ribu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by epal10 at 27-2-2012 13:03
penumpang byr cukai airport, patut boleh sekalikan bayarannya dgn kemudahan aerobridge ni. susah gak bg yg nk dukung baby, org tua dan OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap aku, aku pernah dibrief oleh seorg pegawai MAB, charge utk pakai aerobridge ialah RM2000 s ...
Muntz Post at 27-2-2012 12:38
mahalnya...sbb apa mahal sgt ekk...
xleh innovate kasik murah ker...
panggil la Zul yg pndai merekacipta kasi cipta aerobridge murah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo naik AA... penumpang penumpang terpaksa berkawad daripada boarding/arrival hall nak ke pesawat ... siap ikut laluan yang telah ditetapkan... sesapa yang nak ikut short cut, harus ler kena lahar oleh pekerja pekerja AA |
|
|
|
|
|
|
|
kualiti pun turun ka? |
|
|
|
|
|
|
|
sama je naik Mas dan air asia!! nak best naik Etihad atau Qatar airways |
|
|
|
|
|
|
|
takkan full service airline pon nak suruh turun ke tarmac jalan masuk terminal? |
|
|
|
|
|
|
|
Model bisnis premium service cam MAS .......... dah tak boleh jalan da dalam zaman ni. la ni semua orang nak yang murah. Dan ini adalah majoriti. Pareto 80:20. Majoriti 80% of the population ialah the "not so rich" tetapi MAS sibuk nak serve the 20% yang banyak songel ............... well, profit speaks for the business. |
|
|
|
|
|
|
|
this is crazy ...
mbhcsf Post at 27-2-2012 23:11
yer la. One of the reason kalau domestic flight I ambik MAS banding airasia is pasal tak nak naik tangga tu. Now kalau dah naik tangga jugak, tak payah la. menyusahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian warga tua,OKU semua
Motip tamau pakai aerobridge bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ke sewa aerobridge? i mean kalau park kat situ bayar ikut jam ke apa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|