CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Pelaburan di Iskandar Malaysia raih pulangan

[Copy link]
Post time 27-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap potensi kemajuan serta masa depan Iskandar Malaysia, menyaksikan setiap RM1 yang dilaburkan kerajaan bagi pembangunan wilayah terbabit, meraih pulangan dalam bentuk pelaburan sehingga RM11.\rKetua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim, berkata kejayaan itu dirangsang keyakinan tinggi pelabur yang melihat Iskandar Malaysia sebagai wilayah pembangunan mempunyai potensi besar.\r\n\n\n\n\r   Katanya, dalam tempoh fasa pertama bermula pada 2006 sehingga Disember lalu, Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM84.78 bilion merangkumi 60 peratus pelaburan domestik dan 40 peratus asing. \r\r\n\n\n\n\n   “Setakat ini, 45 peratus daripada pelaburan itu sudah direalisasikan. Kita juga melepasi sasaran pelaburan 50 peratus kepada 50.3 peratus tahun lalu dan menjangkakan pertumbuhan lapan peratus setiap tahun apabila negara luar seperti Jepun dan Asia Barat menyatakan minat melabur di Wilayah Iskandar,” katanya di sini, semalam.\rIsmail berkata, tahun ini tujuh projek besar dalam kawasan Iskandar Malaysia yang dijangka siap termasuk Legoland Malaysia, Maktab Rendah Sains MARA, Malaysia Art School, Hospital Pakar Pasir Gudang serta Hab Petrokimia dan Industri Maritim Tanjung Bin.\rTahun depan, tujuh lagi projek yang dijangka siap termasuk Kolej Universiti Antarabangsa KPJ, Pinewood Studios Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sekolah Antarabangsa Excelsior dan beberapa projek lain.\r“Dengan nilai pelaburan besar ini, kita berharap 1.6 juta warga Iskandar Malaysia mendapat pemahaman mengenai peluang yang tersedia, supaya mereka tidak hanya menjadi pemerhati, sebaliknya turut menyumbang membangunkan wilayah ekonomi ini,” katanya.\r\n\n\n\rSelain projek bersifat ekonomi, beliau berkata, IRDA tidak mengabaikan pentingnya projek yang bersifat sosial yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat yang berada di dalam dan sekitar Wilayah Iskandar.\rSebagai contoh, pembangunan Legoland Malaysia di Nusajaya, memberi manfaat kepada warga Iskandar Malaysia apabila lebih 60 peratus daripada pelatih diambil bagi memulakan operasinya adalah rakyat tempatan. Begitu juga peluang kerja dengan Pinewood Studios Iskandar Malaysia.\r“Pembangunan yang dirasai termasuk dari segi infrastruktur seperti pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai tanpa tol menghubung Johor Bahru dan Nusajaya yang mampu menampung 90,000 hingga 120,000 kenderaan pada satu masa,” katanya.\rIsmail berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga dijadual melawat Johor pada 9 dan 10 Mac ini, antara lain akan turut melancarkan pameran sempena Hari Terbuka Bandaraya serta Koridor Iskandar Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.158612 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list