View: 134|Reply: 0
|
Kesejahteraan diagih sama rata
[Copy link]
|
|
Semua peringkat rakyat nikmati pertumbuhan ekonomi negara: Najib\rSABAK BERNAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, kesan positif pertumbuhan ekonomi negara turut dirasai golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah melalui pelbagai program pembangunan serta bantuan secara langsung kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.\r\n\n\n\n\r Perdana Menteri berkata, kehendak golongan itu tidak dilupakan berdasarkan gagasan 1Malaysia yang bersifat inklusif.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, Najib secara berseloroh berkata, kehendaknya saja belum dipenuhi rakyat tetapi berdasarkan sambutan luar biasa masyarakat pada majlis dihadirinya, beliau yakin hasratnya melihat Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tercapai.\r“Banyak masalah saya sudah selesaikan. Bersama Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) hari ini (semalam). Nelayan dapat (bantuan sara diri), penduduk dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Semua sudah dapat tetapi kehendak saya belum dapat lagi.\r“Insya-Allah dengan sokongan ditunjukkan ini, kita akan capai kemenangan besar (PRU-13),” katanya pada Tinjauan Susulan PM Ke Selangor Bersama Petani dan Nelayan di Bagan Nakhoda Omar, di sini, semalam.\rPada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan sara hidup kepada nelayan dan sagu hati kepada petani sebelum singgah sebentar bagi meninjau Balai Polis Sungai Besar.\r\n\n\n\rNajib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN dan UMNO Selangor dalam lawatan kerja sehari di Selangor untuk meninjau beberapa daerah di negeri itu bagi mendengar sendiri keluhan dan pandangan rakyat negeri ini.\rBeliau berkata, berdasarkan semangat dilihat pada majlis itu, beliau yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan Sungai Ayer Tawar yang pernah menjadi kubu kuat BN sebelum hampir tumbang ketika pilihan raya 2008 akan kembali menjadi teras kekuatan BN.\r“Raja Ideris (Raja Ahmad, ADUN Sungai Ayer Tawar) memaklumkan lawatan hari ini catat sejarah kerana belum pernah mana-mana PM sampai ke kawasan ini. Saya bersyukur dapat sampai di Sungai Ayer Tawar dan Sabak serta teruja melihat bukan saja sambutan meriah tetapi suasana penuh rasa muhibah dan harmoni antara semua kaum,” katanya.\rPerdana Menteri kemudian menyertai jamuan makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan serta melakukan upacara pecah tanah tambahan 18 bilik darjah bernilai RM1.5 juta di sekolah itu.\rBerucap pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi pembangunan sekolah itu berikutan prestasi cemerlangnya dan manfaat kepada masyarakat Cina setempat.\rSementara itu di PELABUHAN KLANG, Perdana Menteri mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor tidak membantah mana-mana calon yang diletakkan parti walaupun individu yang mereka ingini tidak dicalonkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.\rDatuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, pemilihan calon pilihan raya perlu diserahkan kepada pemimpin parti dan jentera pilihan raya perlu menyokong calon terbabit.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|