CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Ancaman besar buat Arsenal

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tempah akhiri musim tanpa trofi jika kecundang lawan Spurs esokLONDON: Salah satu perlawanan Liga Perdana yang paling sengit musim ini akan menjadi lebih penting berbanding biasa apabila Arsenal menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan ke-150 antara kedua-dua kelab utara London itu di Stadium Emirates, Ahad ini.\n\n\n\n   Kemenangan buat Spurs, yang menang 3-2 musim lalu selepas ketinggalan 2-0 pada separuh masa, akan meletakkan barisan Harry Redknapp 13 mata mengatasi musuh ketat itu dan menghidupkan sisa-sisa peluang untuk mencabar pendahulu Manchester City dan Manchester United dengan berbaki 12 perlawanan lagi.\n\n\n\n\n\n   City pasti akan mengukuhkan cengkaman ke atas pemburuan mahkota liga dengan mencatat 13 kemenangan berturut-turut liga di laman sendiri musim ini apabila menentang pasukan yang menduduki tangga ke-17, Blackburn Rovers esok, manakala United berkunjung ke Norwich City pada Ahad.City, dengan penyerang Argentina Carlos Tevez kembali semula selepas pulang ke kampungnya tanpa kebenaran, menduduki persada liga dengan 60 mata daripada 25 perlawanan, diikuti United (58), Spurs (53) dan Arsenal (43), bersama-sama pasukan bermasalah Chelsea yang akan melayan kunjungan barisan yang bergelut dalam zon penyingkiran Bolton Wanderers, esok.Sepanjang tempoh 20 tahun terakhir, Arsenal jelas menjadi kuasa dominan dengan kunjungan Spurs ke gelanggang mereka lebih banyak dibayangi dengan harapan semata-mata. Tetapi sekarang Spurs bermula selaku pasukan pilihan dan kemenangan akan membolehkan mereka mengatasi Arsenal dua kali dalam semusim pada saingan liga sejak 1992-93.Arsenal, dibelasah 4-0 dalam Liga Juara-Juara di AC Milan dan 2-0 dalam Piala FA di Sunderland dalam dua perlawanan terakhir, kini berdepan menamatkan saingan tanpa trofi kemenangan buat musim ketujuh berturut-turut.\n\n\nPenyerang Spurs, Jermain Defoe (gambar) berkata, dia yakin Spurs boleh mengulangi kemenangan 2-1 ke atas Arsenal di White Hart Lane.    “Ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi saya yakin, dengan cara kami bermain,” katanya. “Kami memiliki pasukan yang kuat sekarang dengan setiap pemain beraksi baik. Semua orang mempamerkan semangat juang dan berpasukan tinggi yang menjadi perkara penting jika anda mahu mencapai kejayaan.” – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list