CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

Urusan JPJ dalam talian April

[Copy link]
Post time 21-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai boleh perbaharui cukai jalan, lesen memandu secara onlineALOR SETAR: Program Transformasi Jabatan (JTP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dimulakan sejak pertengahan 2010 dijangka diaplikasikan di seluruh negara pada April depan yang akan membolehkan perkhidmatan jabatan itu dilakukan secara dalam talian (online).\n\n\n\n Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata program melalui pembangunan semula sistem pengkomputeran jabatan itu sudah 49 peratus siap dan berada dalam fasa pembangunan sistem.\n\n\n\n\n Katanya, ujian penerimaan pengguna oleh JPJ sedang berjalan bagi aktiviti utama pengurusan penguat kuasa dan kutipan hasil.Beliau berkata, pembangunan semula sistem itu membabitkan empat modul perkhidmatan teras JPJ iaitu pengurusan pendaftaran kenderaan dan kejuruteraan automotif, pengurusan pelesenan pemandu, pengurusan penguatkuasaan serta pengurusan kutipan hasil.“Melalui JTP, JPJ akan memperkenalkan inisiatif baru yang akan memberi impak positif kepada sistem penyampaian perkhidmatan, seterusnya memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan JPJ.  “Buat permulaan, pelancaran penggunaan sistem dalam talian bagi urusan pembaharuan cukai jalan dan pengurusan pelesenan pemandu dijangka mula diaplikasi April depan, manakala pembangunan bagi semua aktiviti dan perkhidmatan lain JPJ dijangka selesai pada Julai,” katanya selepas merasmikan pejabat baru JPJ Kedah, di Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.\n\n\nPejabat JPJ Kedah yang dibangunkan di tapak seluas sembilan hektar itu membabitkan kos RM59 juta, menyediakan 54 kaunter urusan selain dilengkapi 36 unit kompleks kediaman bagi kemudahan pegawai dan kakitangan jabatan.Cho Ha berkata, antara inisiatif akan diperkenalkan menerusi JTP ialah urus niaga tanpa sempadan yang akan memudahkan proses pembaharuan cukai jalan dan menaik taraf pengurusan pelesenan pemandu.Katanya, ketika ini, untuk mendaftar dan melesenkan sebuah kenderaan, bakal pemilik atau wakilnya perlu hadir ke pejabat JPJ dengan mengemukakan dokumen pendaftaran. Nombor pendaftaran kenderaan juga tertakluk kepada negeri di mana kenderaan itu didaftarkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.388779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list