|
Juara Piala Malaysia kecundang di laman sendiriFINALIS tahun lalu, Kelantan dipaksa bekerja keras oleh Sarawak sebelum menang 2-1 dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi, manakala juara Piala Malaysia dan juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan dikejutkan Johor FC 2-1 di laman sendiri.\n\n\n\n Nor Farhan Mohamad yang menggantikan Nwoha Onyekachi pada minit terakhir menjadi wira Kelantan apabila meledak gol kemenangan sebaik dimasukkan selepas Indra Putra Mahyuddin (m-35) memadamkan kelebihan Sarawak hasil jaringan Azizan Baba (m-21). \n\n\n\n\n Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah gagal memanfaatkan aksi gelanggang sendiri selepas tunduk kepada Johor FC, 2-1 dengan barisan K Devan lebih menyerlah untuk membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Arthur Henrique yang disamakan Jean Effa Owona (m-29) sebelum Henrique muncul pemusnah sekali lagi pada minit ke-79. Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan PKNS terpaksa bertarung hingga ke penentuan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Kedah mara ke pusingan kedua dan akan bertemu Perlis selepas menang 4-2 pada sepakan penentuan. Di Stadium Pasir Gudang, T-Team melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Johor 2-0 hasil jaringan Khairul Izwan Khalid (m-11) dan sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-87). Di Stadium Temerloh, Selangor turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas menundukkan Shahzan Muda 4-0 hasil jaringan Bosko Balaban (m-21), Safiq Rahim (penalti m-65, m-72) dan Amri Yahyah (m-81).\n\n\n Di Stadium UiTM, Shah Alam, pendatang baru Lions XII turut menghangatkan saingan Piala FA musim ini apabila mudah mengatasi UiTM 3-0, hasil jaringan Shaiful Esah, Madhu Mohana dan gol sendiri, Ahmad Shahir Ismail.Di Stadium Selayang, pertembungan dua pasukan Liga Perdana menyaksikan USM FC yang ketinggalan hanya satu mata di belakang Pos Malaysia dalam saingan liga, mara hasil kemenangan 2-1.Di Stadium Mini Petronas, Bangi, MBJB FC yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain selepas tiga layangan kad merah, terpaksa mengalah selepas dikejutkan 0-3 oleh kelab Liga FAM, KL SPA. Di Stadium Hang Jebat, Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini selepas mengetepikan pasukan berstatus kelab, MP Muar, 3-0. Di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan jemputan dari Kemboja, Preah Khan Reach memulakan aksi Piala FA dengan langkah kanan apabila mengatasi Pulau Pinang, 2-1. Di Stadium Utama Kangar, Perlis yang berdepan masalah dalam saingan Liga Perdana turut layak ke pusingan kedua apabila menewaskan SDM Navy, 3-0 manakala di Stadium Hang Tuah, NS Betaria membelasah tuan rumah, Melaka Telekom 4-0.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|