CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25361|Reply: 59

Johor Darul Ta'zim II '' Johor United / Johor FA '' (Liga Premier 2015)

[Copy link]
Post time 18-2-2012 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by HangPC2 at 15-1-2015 06:28 PM

Pembubaran Yang Merugikan



Friday, February 17, 2012


1. Hal Johor. Biar elok orang Johor yang ulas dan setel-kan. Orang negeri lain, atau orang tempat lain mungkin tak faham apa dan kenapa ini semua terjadi. Kalau tak faham antara membahagikan keupayaan dan peluang untuk semua. Mari kita fahamkan kat sini.

2. Kalau kau tanya aku. Mula-mula sekali aku terkejut tiba-tiba ada mesyuarat luar biasa dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA). Rupa-rupanya pasal lantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden Johor FA. Bagi aku, itu okay lah.

3. Memandangkan komitmen dan usaha yang TMJ tunjuk sejak-menjak ini yang kerap turun padang tengok perlawanan-perlawan melibatkan Johor FA. Tanpa rasa segan (ye lah, anak Sultan kot), duduk dekat bench substitute, pakai tracksuit, muka serius menunjukkan minat pada perkembangan memajukan bola sepak Johor. Kita salut lah. Anak sultan Pahang yang jadi Presiden Pahang FA pun tak duduk sebelah Dollah Salleh. Anak Sultan Johor berani buat macam ni. Dekat dengan rakyat jelata yang minat bola sepak. Itu bagus. Memang layak lah TMJ jadi Presiden Johor FA.

4. Aku kagum sebenarnya dengan komitmen yang ditunjukkan TMJ. Bagi aku bukan mudah, TMJ adalah anak sultan, apa orang cakap? Mencemar duli. Memandangkan yang selalu kita nampak Presiden bola sepak negeri atau kelab lain paling tidak mesti duduk kat kerusi empuk di grandstand dengan kot atau t-shirt 1Malaysia, paling tidak pun pakai baju batik. Poyo betul pakai baju batik pergi tengok bola. Heh.

5. Tambah pula dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh TMJ seperti membawa masuk Fandi Ahmad, dan paling terbaru, lagenda Argentina, Gabriel Batistuta untuk membantu meningkatkan pasukan Johor FA. Ternyata, memang sah dan tepat kerusi presiden Johor FA itu diberi kepada TMJ. Lagipun, mestilah TMJ boleh cari sumber sumber kewangan melalui usaha dan pengaruhnya kan? Elok lah sangat.

6. Nak harap Presiden Johor FA lepas? Aku rasa kamu faham memang nampak tak banyak perkembangan yang ada. Kalau ikut secara tradisi, Menteri Besar yang kena jadi Presiden bola sepak negeri. Ikut tradisi lah. Tapi, mengenangkan Menteri Besar Johor yang lebih kuat berzapin dan berghazal, tak minat bola sepak, tak support bola sepak negeri secara serius. Lupakanlah tradisi itu. Sekarang ini lebih banyak dataran bersimen dari padang bola di Johor tahu? Menteri Besar Johor punya pasal.

7. Hal lantikan TMJ sebagai Presiden Johor FA dah boleh dikira setel. Cuma sekarang yang menjadi isu mengenai komen TMJ  yang berbunyi ;

" Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding "

Ini saja yang jadi masalah. Aku mula-mula tak pasti sama ada ia kenyataan berbentuk ' kemestian ' , ' arahan ' , ' pandangan ' , ' ketetapan ' , ataupun ' cadangan '. Tetapi bila merujuk ayat ' Saya tidak faham ' dan kenyataan media di Harian Metro pula menyebut 'TMJ menyarankan hanya satu pasukan beraksi di Liga M', highlightkan perkataan ' menyarankan ' . Jelas menunjukkan sebenarnya TMJ kurang arif tentang apa yang di-inginkan sebenarnya oleh peminat, pemain dan pelabur kancah bola sepak di Malaysia.

8. Kita tak perlu gelabah sangat dalam hal ini. Tak perlu nak geram, marah sangat memandangkan ia hanya sebuah ' saranan berbentuk pandangan ' , bukannya ' arahan yang mesti di ikut ' . Atau lebih mudah, perkara ini masih boleh dibawa berbincang. TMJ tak faham, jadi biarlah kita semua memahamkan TMJ dengan fakta yang mudah. Iaitu fakta  ;


' Kenapa rakyat Johor dan peminat bola sepak Johor mahu lebih banyak pasukan bola sepak di Johor ? '


9. Faktanya mudah. Rakyat jelata Johor bilangannya makin bertambah. Rakyat Johor yang minat pada bola sepak semakin bertambah. Rakyat Johor yang boleh bermain bola sepak juga bertambah. Rakyat Johor yang seharusnya layak bermain bola sepak secara amatur, semi-pro mahupun pro juga telah bertambah. Jadi, relevenkan perlu hanya ada satu sahaja pasukan? Mestilah tidak releven. Satu pasukan untuk memenuhi permintaan yang bertambah ? Kerja gila namanya. Rugi rugi rugi.

10. Rugi sangat jika ada satu pasukan (atau dua pasukan termasuk pasukan liga simpanan) yang menyertai kacah bola sepak kebangsaan sebenarnya. Tidakkah terfikir nanti kesannya akan ramai pemain bola sepak yang berbakat, tetapi tidak layak bermain kerana sudah cukup kuota satu pasukan, akan bermain untuk negeri lain atau kelab di luar Johor ? Kasihan. Sepatutnya boleh menabur bakti untuk negeri sendiri, tetapi kerana saranan yang tak berapa nak tepat ini. Yang kita dapat ialah kerugian di masa depan.


11. Lagipun, aku berpegang pada prinsip asas bola sepak yang pihak FIFA pernah kempenkan dalam kongres-kongres lepas. Football For All. Bola sepak untuk semua. Semua orang berhak bermain bola sepak, meminati bola sepak, menubuhkan kelab bola sepak, melabur dalam bola sepak, dan bercakap mengenai bola sepak. Jadi, saranan TMJ ini sudah tentu melawan prinsip asas bola sepak yang dikempenkan FIFA bukan?

12. Jikalah TMJ mendengar apa yang rakyat mahukan, aku cuma nak cakap, kalau boleh rakyat mahu lagi banyak kelab bola sepak, lagi bagus. Lagi banyak peluang pekerjaan. Sebab bola sepak juga menjadi cabang pekerjaan pada era kini. Rugilah jika satu pasukan saja dan membubarkan 3 kelab lain iaitu Johor FC, MP Muar dan MBJB. Peluang pekerjaan akan berkurangan, pengangguran berlaku. Kemanakah nanti pemain-pemain dan  pengurusan bola sepak sedia ada sekarang hendak mengerjakan apa yang mereka minat? Kalau dapat ke kelab lain, kalau tak? Jadi Halim Napi nombor dua. Tambahan itu, pelaburan bola sepak akan mengecil dan tak meluas. Dari banyak syarikat di Johor yang berminat dan boleh hendak menaja, tak pasal-pasal kerana nak satu pasukan sahaja, pelaburan berkurang. Perlaburan berkurang, duit tarak masuk lah. Duit tarak masuk, lambat laun melingkup. Takkanlah tak suka dengan duit?

13. Bola sepak untuk semua. Bukan sebab kejayaan sahaja. Kejayaan belakang kira, yang penting apa yang kita boleh beri kepada masyarakat atau rakyat dalam mengembangkan kancah bola sepak negeri kita. Bila dah berusaha untuk merancakkan, barulah kejayaan akan datang. Itu saja karma-nya. Setel.


p/s : Tolonglah kembalikan balik J-Kid dan rancakkan Liga Bola Sepak Negeri Johor. Itu yang patut dibuat dahulu.



Sources : http://sokerleaks.blogspot.com/




Last edited by HangPC2 on 1-12-2013 10:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2012 12:45 PM | Show all posts
Cerekarama : Revolusi Bola Sepak Johor



" Saya tidak faham mengapa kita perlu membataskan keupayaan kita. Sebagai sebuah pertubuhan sukan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atau Johor FA perlu menjalankan tanggungjawab penuh untuk memajukan bola sepak di seluruh negeri Johor, bukan sekadar fokus terhadap satu pasukan sahaja.

Maka oleh itu, mulai musim hadapan pasukan negeri Johor FA akan dibubarkan dan tidak lagi bertanding dalam liga bola sepak tempatan. Sebaliknya Johor FA akan menumpukan usaha untuk mewujudkan satu liga bola sepak dalam negeri Johor yang akan ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak sekitar Johor. Johor FA akan membantu dalam menubuhkan kelab-kelab bola sepak ini di setiap bandar-bandar utama negeri Johor.

Untuk pasukan kelab sedia ada seperti Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC mereka bolehlah kekal dan terus bersaing dalam liga kebangsaan. Tetapi kita akan ubah nama-nama kelab ini supaya ianya lebih berupaya untuk menarik minat penyokong tempatan.

Oleh kerana Johor FC bermain di Pasir Gudang, maka eloklah ianya dinamakan Pasir Gudang FC dan kekal bermain di Stadium JCorp. Penduduk Pasir Gudang yang berjumlah sekitar 100,000 orang harapnya dapatlah memberikan sokongan padu kepada Pasir Gudang FC. Pengurusan kelab ini biarlah kekal dibawah pengurusan pihak swasta seperti sedia ada tetapi mestilah turut melibatkan kepentingan masyarakat di Pasir Gudang.

MP Muar FC pula mungkin boleh dinamakan sebagai Muar Maharani, bersempena nama lainnya iaitu Bandar Maharani. Mereka akan terus kekal bermain di Stadium Sultan Ibrahim di Muar dan terus menjadi kebanggaan buat sekitar 150,000 penduduk Muar. Pengurusan kelab kekal di bawah Majlis Perbandaran Muar dengan peluang dibuka kepada komuniti Muar untuk terlibat sama.

MBJB FC pula akan diubah kepada Johor Bahru United dan muncul sebagai kelab mewakili seluruh bandaraya Johor Bahru yang kini sudah melebihi 1.4 juta penduduk. Mereka akan kekal bermain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, stadium keramat di negeri Johor dan bolehlah dianggap sebagai pewaris pasukan negeri Johor FA yang dibubarkan. Pengurusan kelab diletak bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan penglibatan aktif dari masyarakat setempat.

Ketiga-tiga kelab ini yang sudah pun membuktikan keupayaan mereka akan menjadi kelab bola sepak teras negeri Johor, mewakili Johor dalam saingan liga kebangsaan demi mengharumkan nama negeri. Mereka akan diurus secara profesional, mendapatkan tajaan dari pihak swasta dan berfungsi sebagai kelab yang membangunkan bakat bola sepak di bandar masing-masing. Pihak Johor FA akan memantau ketiga-tiga kelab ini demi memastikan ianya diurus baik dan ditadbir dengan telus.

Seterusnya diharap bandar-bandar lain di negeri Johor akan merasa tercabar dengan kejayaan Pasir Gudang FC, Muar Maharani dan Johor Bahru United hingga mencetus semangat menubuhkan kelab bola sepak mereka. Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Pontian Kechil, Mersing, Kulai, Tangkak, Rengit, Yong Peng dan Labis semuanya akan mempunyai kelab bola sepak mereka sendiri dan bakal bersaing dalam Liga Negeri Johor yang diwujudkan kelak. Juara Liga Negeri Johor akan dihantar oleh Johor FA untuk bersaing pula dalam liga peringkat kebangsaan, bermula dari Liga FAM ke Liga Premier dan harapnya terus berjaya hingga ke Liga Super.

Dengan banyaknya kelab bola sepak di negeri Johor, akan wujud lebih banyak peluang untuk anak negeri Johor bermain dan mengasah bakat mereka dalam bola sepak secara konsisten. Johor FA akan memantau aktiviti semua kelab bola sepak ini supaya tidak lari dari landasan sebenar selain terus menguruskan Liga Negeri Johor. Kelab-kelab ini pastilah mendapat sokongan padu dari penyokong di bandar masing-masing, kerana kelab ini merupakan wakil bandar mereka dan para penyokong mampu memberi fokus kepada kelab kerana tiadanya lagi pasukan negeri untuk disokong.

Oleh kerana Johor merupakan negeri pertama yang melakukan revolusi berani ini, tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun kelab-kelab bola sepak dari Johor bakal memenuhi Liga Premier dan Liga Super, semuanya bermain untuk bandar masing-masing dan merupakan wakil yang memartabatkan bola sepak negeri Johor.

Pada masa itu, rakyat negeri lain akan hanya ada satu pasukan negeri yang mereka sokong di stadium tetapi berharap alangkah baik jika mereka juga mempunyai banyak kelab bola sepak di negeri mereka agar ada peluang untuk mereka bermain bola sepak secara konsisten seperti yang dinikmati oleh rakyat negeri Johor. "


( Ucapan di atas ini ialah imaginasi liar penulis semata-mata. Tapi kalau real, power juga ye tak ? )




Sources : http://sokernet.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:25 AM | Show all posts
nah aku tepek balasan twit dr presiden fa yg baru ni

"Jangan melatah! Jangan kelirukan Rakyat! Nak 10 team pun saya tak kesah. Tapi jangan pakai nama Majlis Daerah Daerah saya dan terlibat dengan rasuah! Saya tahu apa yang saya nampak semasa Taklimat dengan PDRM. Adakah awak mengatakan PDRM Tipu? Nak main bola, main Bola. Tapi jangan Oleh kerana Kepentingan Diri Sendiri awak busuk kan nama Negeri Saya. Rakyat Johor boleh mengadap Saya bila bila Masa sahaja kalau nak tahu cerita sebenarnya. Rumah saya sentiasa terbuka kepada Rakyat Johor. Tk guna nak buat Propaganda dalam Net. Ask me question. Don't Bark like a Dog!" - via twitter TMJ

Anjing Menyalak tapi tak berani gigit. Jangan Lupa ni Negeri JOHOR. Tak suka boleh Berambus. RT@azmannaim44: @HRHJohor2 assalamualaikum Tuanku. ada pihak mulut biadab terhadap tuanku berkenaan isu bola. ini sudah lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 02:05 PM | Show all posts
itu masalahnya kalau Monarki pegang kuasa dalam Persatuan Sukan..... tak boleh kena tegur....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 05:19 PM | Show all posts
Niat Tunku tu mmg baik. Takde masalah pun.
Bila dh merge, bajet dgn sponsor (thanks to his influence) boleh dibahagikn dgn lbih baik.
He's stil young.mmg lah terusik sikit sanubari tu klu org lain understimate usaha beliau.
But i think Johor FC dh ok tu. Bg la skit masa.
Cuma yg Jengking tu lately mmg teruk. Dgn pahang dgn tentera pn kna titik.

Tgk je Stadium Larkin skrg. Mcm haram. Sayup, sepi. Last skli i went there was in 2005 when Myteam yg KJ dgn Shebby manage tu lwn skuad Jengking.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:21 PM | Show all posts
Aku memang tak setuju kalah nak bubar kelab2 kat johor ni.. Johor FA patut bubar.. sume team club.. baru laa ada gaya international..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2012 02:58 PM | Show all posts
Black day for Msian football sports..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:55 PM | Show all posts
CrownPrinceofJohor (@HRHJohor2) Posted Wednesday 22nd February 2012 from überSocial
I Respect people's opinion. But there are ways to voice out your opinions instead of being stupid, rude and negative. For all the negative things you have been saying about me. I have taken it very personally. Now.. I have made you My Priority. You Should have thought about the consequences before act the way you did. Too late for that. Shit just got Serious. Put up with it. RT @luciusmaximus: @HRHJohor2 I am voicing my opinion & u sir have ur own vision. We have to agree to disagree & anyway I've wished the best for Johor team


lucius maximus blogger sokernet bakal kene saman????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 03:54 PM | Show all posts
lucius maximus blogger sokernet bakal kene saman????
annehuda Post at 22-2-2012 17:55





itu susahnya kalau Golongan Politik dan Monarki Menerajui Organisasi Sukan ... tak boleh nak tegur....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 04:08 PM | Show all posts
Penggabungan Johor FA Dan Johor FC – Bukti Sultan Bola Masih Tidur Dan Bolasepak Malaysia Tunggang Langgang



sesawang Malaysian Super League telah pun mengemaskini jadual suku akhir Piala Malaysia. Tahniah kerana berjaya melakukannya dalam tempoh lebih 24 jam. Kat England sana yang bolasepaknya jadi kegilaan rakyat Malaysia, kemaskini dibuat sebaik saja tamat perlawanan. Bolasepak kita, wajah kita kot ?





Johor FA


Johor FA dalam hirarki bolasepak Malaysia boleh kita kelaskan sebagai pasukan kelas pertengahan. Mereka cuma ada 2 Piala Malaysia, 1 kejuaraan liga dan 1 Piala FA dalam trofi kabinet mereka. Zaman kegemilangan Johor ialah ketika di bawah pimpinan Michael Urukalo yang membawa kejuaraan berganda Piala Malaysia dan Divisyen 1 pada musim 1991. Johor ketika itu dibarisi pemain antaranya Hassan Miskam, Salehan Mohd Som, Liew Kim Tu, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban. Transformasi Johor bertitik-tolak dari keinginan untuk menyaingi kuasa jiran mereka Singapura (awal dekad 90-an kedua-duanya boleh dikatakan bersaing sengit dalam Causeway Derby). Kejayaan berganda tahun 1991 adalah kemuncak transformasi Johor ini.






Johor FC


Johor FC - penat-penat buat kelab lepas tu kena telan dengan ular sawa



Johor FC sebaliknya pula adalah sebuah pasukan berstatus kelab yang awal penubuhannya pada 1972 PKENJ FC. PKENJ merujuk kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Menjuarai Piala FAM (sebuah kejohanan antara kelab) tahun 1994 dan 1995 serta kemudiannya layak bermain di liga Premier 2 pada tahun 1997. Musim 2007 menyaksikan Johor FC melayakkan diri ke Liga Super dan kekal sehingga hari ini.

Apa perbezaan antara Johor FA dan Johor FC ? Yang paling ketara pastilah pada nama FA dan FC antara mereka. Johor FA seperti pasukan negeri yang lain adalah sebuah persatuan bolasepak negeri yang menghantar sebuah pasukan sebagai wakil negeri dalam kejohanan bolasepak Malaysia. Johor FC pula seperti namanya adalah sebuah kelab bolasepak, kini milik Johor Corporation sepenuhnya yang juga turut memiliki Stadium JCorp Pasir Gudang, gelanggang keramat Johor FC.

Makanya Johor mempunyai dua pasukan yang bermain mewakili negeri selatan tanah air ini dalam kancah bolasepak (sama seperti Terengganu dan Selangor juga). Sebuah pasukan dibawah kendalian Johor FA dan pastinya dengan mentaliti pengurusan ala kerajaan sementara sebuah lagi kelab yang diurus pihak swasta. Dan seperti kebiasaan, Johor FA tunggang-langgang, dihimpit masalah kewangan, kemelut politik dan sebagainya sedang Johor FC nampak lebih berjaya sebagai sebuah pasukan bolasepak.

Bila perkara sebegini berlaku apa hasilnya ? Johor FA menggunakan kuasa politik mereka untuk menekan FAM agar membolehkan hanya pasukan negeri bersaing dalam Piala Malaysia. Ya, ini selepas Johor FA tersingkir dari Liga Super dan tidak layak ke Piala Malaysia 2010 sedang Johor FC mendapat tempat ke-4 liga dan layak pula ke Piala Malaysia.

" Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan, ” kata Presiden Johor FA, Jais Sarday. Tambahnya lagi, “terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia. ”

Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula suara sumbang yang mencadangkan agar Johor FA digabungkan dengan Johor FC. Naib Presiden 1 Johor FA, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata “ biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bolasepak Johor ” . Watahel ? !

Kenapa perlu digabungkan ? Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.


Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.

Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk ? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung ? Kejadahnya ?

Benda yang sebetulnya ialah mudah. Johor FA tersingkir dari Liga Super dan gagal layak ke Piala Malaysia. Penyelesaian? Bukan bergabung dengan Johor FC, tapi suruh brader Jais dengan Datuk Abdul Aziz letak jawatan. Dah tak reti buat kerja jangan memandai nak buat masalah lain.

Dan satu lagi perkara yang sepatutnya Sultan Bola dan FAM jadikan iktibar dari peristiwa ini, bolasepak negeri dan bolasepak kelab tidak boleh berjalan serentak. Benda ini dah berapa kali aku tegaskan sebelum ini. Selagi ada pasukan negeri selagi itu pasukan kelab susah nak hidup. Kalau kau duduk di Sentul kau nak sokong Kuala Lumpur atau KL PLUS FC ? Kalau duduk di Jengka, Pahang FA atau Felda United FC ?

Jalan yang ada hanya salah satu dari dua. Bubar pasukan negeri dan wujudkan pasukan kelab sahaja berdasarkan kedudukan geografi (kalau namanya Felda United FC main kat Cheras yang tak ada Felda apa jadahnya ? . Atau tumpukan pada pasukan negeri dan bubarkan pasukan kelab yang tak dapat hidup kerana dibayangi pasukan negeri (macam kes Johor FC, akhirnya nak kena telan dengan pasukan negeri). Benda macam ini pun susah sangat ke nak fikir ? Kata brain stroming session kat Wisma FAM, brain storming ke atau makan mihun dengan karipap ?

Bodoh tak boleh nak diajar !




Sources : http://sokernet.blogspot.com/





Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:12 AM | Show all posts
Pegawai Johor FA Ditahan, Didakwa Terlibat Atur Perlawanan Bola Sepak

Oleh LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA) ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan bola sepak di negeri itu.

Difahamkan, wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pada Ahad berikutan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Johor FA pada hari tersebut.

Beberapa sumber memberitahu, wanita itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa bookie tertentu, telah ditahan reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan polis.

Mereka berkata, polis turut menyiasat dakwaan mengenai wanita berkenaan yang berhubung rapat dengan seorang pegawai polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian.

“Polis, bersama-sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan mengatur perlawanan di mana mereka hanya 'merosakkan' perlawanan bola sepak.

“Ketua Polis Johor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Mohd Mohktar Sheriff sendiri mengetuai siasatan tersebut dan mahu semua mereka yang terlibat disiasat, termasuk sekiranya pegawai polis turut terlibat dalam mana-mana cara sekali pun bagi mengatur perlawanan di sini,” kata sumber itu.

Mohd Mokhtar ketika dihubungi pada Rabu mengesahkan seorang wanita telah ditahan untuk disoal siasat.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa, termasuk pegawainya sendiri sekiranya mereka didapati terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Tengku Mahkota Johor dilaporkan baru-baru ini bertitah bahawa terdapat aktiviti mengatur perlawanan berlaku di negeri itu dan antara yang mereka yang didakwa terlibat merupakan pegawai polis.

SPRM turut berkata, mereka sedang menyiasat kes tersebut dan akan menyiasat beberapa individu tidak lama lagi.


curik dr mstar online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 01:54 PM | Show all posts
Idam kapten Harimau Malaya



Oleh IFQDAR RAHMAN

[email protected]


JOHOR BAHRU - Skuad Johor berhasrat memikat kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim untuk menyarung jersi pasukan itu dalam Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan, Fandi Ahmad berkata, Safiq yang juga kapten pasukan kebangsaan merupakan antara pemain terbaik di negara ini dan pasukan Johor amat berbesar hati sekiranya pemuda berusia 25 tahun itu ingin menabur bakti di negeri itu.

Fandi turut menyifatkan Safiq seorang pemain yang bijak serta mempunyai kepimpinan yang baik sebagai seorang ketua.

" Kehadiran Safiq dalam sesuatu pasukan bakal memberi perbezaan memandangkan sumbangan pemain itu dalam pasukan yang disertainya sekarang amat bagus.

" Bagaimanapun, Safiq masih terikat dengan pasukan Selangor dan sedang sibuk membuat persiapan untuk peringkat separuh akhir Piala Malaysia, " katanya kepada Utusan Malaysia sebelum perlawanan persahabatan antara skuad Johor menentang pasukan kelab peminat Jengking dekat Dataran Bandaraya, semalam.

Fandi berkata, selepas berakhir kempen Piala Malaysia, pihaknya bercadang mahu mengadakan perbincangan dengan pemain berkenaan.

Dalam pada itu, Fandi menjelaskan, skuad Jengking telah melakukan rombakan pemain secara besar-besaran dan hanya mengekalkan lapan pemain termasuk dua pemain import, Muriel Orlando dari Argentina dan Andrezinho dari Brazil bagi musim depan.

" Selain Safiq dan lapan pemain berkenaan, Skuad Johor turut berminat untuk membuat tawaran kepada dua pemain kebangsaan yang dilihat berdaya saing dan mampu memberikan sumbangan positif kepada pasukan.

" Secara keseluruhan, sebanyak 13 kontrak telah ditawarkan termasuk kepada beberapa pemain daripada pasukan Liga Perdana iaitu USM FC dan Sime Darby FC, " ujarnya.

Namun, Fandi enggan mendedahkan pemain yang dimaksudkannya, sebaliknya senarai itu akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.




- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 04:34 PM | Show all posts
Dua pasukan Johor tukar nama





Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]




NAMA Johor FC dalam saingan Liga Super kini tinggal sejarah kerana pasukan itu akan dikenali sebagai Johor dengan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang dibantu jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim mengendalikan skuad itu bagi kempen Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengesahkan perkara itu berkata, pengurusan Johor FC kini diambil alih PBNJ yang akan turut menguruskan pasukan Johor, yang kini dikenali sebagai Johor FA untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana 2013.


Beliau berkata, berikutan perubahan itu, Fandi dan Ismail akan mengendalikan skuad Johor yang dulunya dikenali Johor FC manakala Azmi Mohamad akan membimbing Johor FA yang turut diperkuat beberapa pemain Johor FC dengan rata-rata barisan pemain membabitkan anak jati negeri itu.

“ Ingin saya tekankan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahukan beberapa pemain berpengalaman yang mampu bimbing pemain muda Johor. “ Justeru, seperti yang dijanjikan Tunku Ismail, Johor FA yang beraksi pada saingan Liga Perdana akan turut mendapat barisan pemain mantap kerana sasaran utama adalah layak ke Liga Super 2014 dan saya yakin kehadiran beberapa bekas pemain Johor FC pasti menambahkan lagi kekuatan pasukan itu, ” katanya.


Pada saingan Liga Malaysia musim depan, Suhairi mengesahkan Stadium Pasir Gudang tidak dijadikan gelanggang utama sebaliknya Stadium Larkin yang mampu memuatkan lebih 20,000 penyokong menjadi venue pasukan itu bagi mengharungi aksi liga domestik itu.


“ Kedua-dua pasukan Johor dan Johor FA akan beraksi di gelanggang sama selepas pengurusan diletakkan di bawah PBNJ dan usaha ini adalah langkah terbaik mengembalikan martabat bola sepak Johor. ”




- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 11:36 AM | Show all posts
Sayang segala kerja keras JOHOR FC selama ini di pandang remeh .
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 03:40 PM | Show all posts
aku rasa ada bagus jugak, gabungkan satu pasukan, perkuat satu pasukan, bila dah nama johor naik, baru bleh tumpukan utk tubuh kelab2 bola johor lain pulak
-lama dah johor ni tenggelam, kelantan naik akhir2 ni, johor ni sejak akhir 90an dah tenggelam
-tp aku tak berapa dengar nama2 pemain asal johor yang hebat2, biasa banyak yg dengar adalah selangor dan terengganu yg ada ramai bakat2 hebat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 04:54 PM | Show all posts
Maka sunyi sepilah stadium lasir gudang lepas ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2012 02:25 PM | Show all posts
Güiza, muy cerca de jugar como cedido en el Johor de Malasia





Raúl Bustillos

01/11/2012 15:56






El jerezano Dani Güiza, un delantero muy ligado al Atlético Sanluqueño y a Sanlúcar porque su novia es de esta ciudad, partirá este sábado junto a su abogado-representante hacia Malasia para cerrar su compromiso y jugar como cedido, ya que pertenece al Getafe, en el Johor hasta el final de temporada.

El futbolista de la Ciudad del Caballo regresará a España el próximo jueves y en su estancia en tierras malayas, además de cerrar su contratación, conocerá el club y el lugar donde residirá, que en un principio será en Singapur.

De cerrarse el compromiso, Dani Güiza no pisaría suelo español hasta agosto. El jerezano fue el último pichichi español en Primera División.



Sources : http://andaluciainformacion.es




Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 03:06 PM | Show all posts
Dengarnya sampai hari ni.
Aku tak yakin PBNJ ade duit sebnyak ni utk beli guiza.
Terima kasih Tunku. Mudah2an stadium larkin akn kembali hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2012 02:32 AM | Show all posts
Johor FA dikenali sebagai Johor United musim depan




Wartawan Sinar Harian
3 November 2012



NAMA pasukan Johor FA akan ditukarkan kepada Johor United bagi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penukaran nama berkenaan bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap nama dua pasukan dari selatan tanah air itu.

“ Sekarang ini banyak yang keliru tentang nama Johor FC dan Johor FA. Ditambah pula dengan apa-apa lagi spekulasi.

“ Oleh itu, pasukan bola sepak yang bermain untuk Liga Super adalah Johor, manakala di Liga Perdana pula adalah Johor United dan bukannya Johor FA (nama lama).

“ Saya berharap tidak ada lagi kekeliruan berhubung perkara ini, ” katanya semalam.

Mengulas lanjut berhubung penukaran nama berkenaan, Tunku Ismail berkata, perkara itu tidak akan menjadi masalah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana ia merupakan sebahagian daripada keputusan di peringkat negeri.




- Sinar Harian -





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2012 02:36 AM | Show all posts
PBNJ tidak akan bayar RM1 juta




MOHD FIRDAUS YON
3 November 2012



PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak akan membayar RM1 juta bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) untuk bermain bersama pasukan Johor.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ tidak akan membayar RM1 juta untuk memastikan Mat Yo meninggalkan Kelantan, kerana ia tidak menepati peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, PBNJ sentiasa merujuk kepada FAM untuk melakukan sebarang tindakan berhubung kedua-dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super dan Johor United dalam  saingan Liga Perdana musim hadapan.

“ Mengikut peraturan FAM, mereka (Kafa) tidak boleh minta sehingga RM1 juta atau lebih untuk kami mendapatkan khidmat Mat Yo.

“ Saya kena hormati peraturan dan undang-undang ditetap FAM dan saya tidak akan melanggar syarat ditetapkan. Bagaimanapun, kita masih tunggu jawapandaripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak pemain pasukan Johor dan Johor United di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini, semalam.

Pada majlis terbabit, seramai 16 pemain menandatangani kontrak bersama Johor manakala 24 pemain bersama Johor United.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Kafa sedia melepaskan Mat Yo kepada Johor sekiranya PBNJ sanggup membayar nilai kontrak Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu yang dikatakan  berjumlah RM1 juta.

Tunku Ismail berkata, PBNJ tidak memaksa mana-mana pemain termasuk Mat Yo bermain bersama pasukan di negeri ini, sebaliknya secara terbuka memberi tawaran beraksi dengan Johor.

“ Jika dia tidak mahu bermain, kita tidak paksa. Kita mempunyai pilihan lain kerana dunia bola sepak ini sangat besar dan tidak hanya melibatkan seorang pemain kerana ia membabitkan 11 pemain di atas padang, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata, pemain import yang bersama pasukan Johor FA pada musim lalu, Andre Francisco Da Silva atau dikenali sebagai Andrezinho akan menyarung jersi pasukan Johor dalam  saingan Liga Super musim hadapan.

“ Kita naikkan Andre untuk bermain di Liga Super dan akan bergandingan dengan seorang lagi pemain import baru di iaitu Daniel Guiza. Kita juga nak mencari pemain untuk pasukan Johor United bagi saingan Liga Perdana, ”  katanya.




- Sinar Harian -





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.279411 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list