View: 164|Reply: 0
|
Panel HPT gembira kebangkitan Koo-Tan
[Copy link]
|
|
KETIKA ramai peminat masih mahu tunggu dan lihat sebelum memuji kebangkitan prestasi dipamerkan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pantas menyifatkan pasangan emas itu kini di landasan tepat untuk kembali ke prestasi sebenar menjelang Sukan Olimpik, Julai depan.Keyakinan itu berdasarkan keupayaan mereka menamatkan badi kekalahan enam perlawanan berturut-turut kepada beregu nombor empat dunia dari Korea, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun 21-14, 21-16, kelmarin.\n\n\n\n Ahli Panel Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) BAM, Datuk James Selvaraj mengakui gandingan itu mempamerkan perubahan ketara dalam permainan hingga mengelirukan dan memerangkap lawan.\n\n\n\n\n “Bukan senang untuk seseorang pemain bangkit apalagi selepas tewas dalam semua enam perlawanan kepada lawan, tetapi mereka membuktikan kekuatan dan ketahanan mental tinggi dalam perlawanan itu.“Apa yang lebih penting, saya dapati permainan mereka berubah ketara apabila kedua-duanya lebih pantas dan bijak mengawal gelanggang berbanding sebelum ini,” katanya semalam.James berkata, pihaknya berharap gandingan emas itu tidak cepat berpuas hati, sebaliknya menjadikan kemenangan itu sebagai dorongan dan perangsang dalam meningkatkan lagi prestasi dan keyakinan diri.“Ini satu permulaan, tetapi kami akan terus memantau perkembangan mereka terutama di Seluruh England bulan depan. Kami harap mereka terus mengekalkan disiplin diri dan bekerja keras lagi dalam latihan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|