CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Sorok minyak masak mesti dihenti segera

[Copy link]
Post time 17-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah peniaga  menyorokkan minyak masak bagi mengurangkan bekalan di pasaran adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dihentikan segera.\rWalaupun kerajaan    menetapkan minyak masak sebagai barangan kawalan dan harganya sudah ditetapkan,  tindakan segelintir peniaga berdegil dengan melanggar undang-undang perlu dipandang serius pihak berkuasa.\r\n\n\n\n\r  Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata peniaga tidak harus mengaut keuntungan berlebihan sehingga  rakyat  sukar mendapatkan  minyak masak.\r\r\n\n\n\n\n  “Peniaga tidak perlu menunggu pasaran menaikkan harga minyak kerana kerajaan sudah tetapkan minyak sebagai barang kawalan dan jangan buat spekulasi  kononnya minyak masak di pasaran kurang,” katanya ketika dihubungi semalam.\rMemetik laporan akhbar semalam,  10,559 kilogram minyak masak bernilai lebih RM77,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya, Masai, Johor dan Ipoh, Perak. \rMaamor berkata, PPIM juga berterima kasih kepada penguat kuasa KPDNKK atas kejayaan menumpaskan sindiket itu dan berharap usaha seperti ini dapat dilakukan berterusan.\rSementara itu, Setiausaha Agong Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pihaknya turut menerima laporan berhubung perkara ini.\r\n\n\n\r“Mungkin tindakan peniaga menyorokkan minyak untuk dikomersialkan dan dijual di pasaran luar yang harganya lebih tinggi bagi mengaut keuntungan. \r“FOMCA yakin minyak masak    mencukupi dan tindakan menyorok bekalan nyata bertentangan dengan kehendak kerajaan,” katanya.\rPresiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya, berkata pihaknya memandang serius sikap peniaga ini dan akan membantu KPDNKK menjalankan pemantauan setiap masa ke semua lokasi.\rKatanya, pengguna yang mempunyai maklumat peniaga cuba menyorokkan minyak masak boleh berhubung kepada LPKPM untuk   selanjutnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list