CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Sabah dijangka terima pelaburan RM77.5 bilion

[Copy link]
Post time 17-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sabah dijangka menerima 31 Projek Permulaan (EPP) dengan unjuran pelaburan mencecah RM77.5 bilion menjelang 2020, sekali gus   menjana peningkatan RM35.5 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 peluang pekerjaan, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, kajian Makmal Koridor dan Bandar Utama Bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu mendapati ia bakal memberi impak positif, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sabah kepada purata 9 peratus setahun dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.\n\n\n\n  “Kerajaan komited menzahirkan matlamat ditetapkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia,” katanya berucap melancarkan Hari Terbuka SDC – Program Koridor dan Bandar Utama di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.\n\n\n\n\n\n     Di  SIPITANG, Najib berkata, janji pembangkang menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus untuk Sabah mustahil  dilaksana kerana peningkatan royalti kepada satu negeri dengan sendirinya menjejaskan peruntukan lain.Menyifatkannya gimik pilihan raya, Najib berkata, royalti minyak tidak boleh diagih berasingan, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks menyeluruh dengan mengambil kira pendapatan negara dan peratusan diagih kepada Sabah serta negeri lain bagi program pembangunan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list