CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gorgonz

PESTA BUKU 2012 PWTC [27 april - 6 mei 2012]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 14-4-2012 08:45 PM | Show all posts
kalau laaa dpt join... bestnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2012 10:30 PM | Show all posts
Reply 155# mijot
Mijot..
Minta maaf awal2..
X dpt nk join..
Setakat ari ni, mmg cfm kena kijer...
Kalo tetiba ader magik....
jadual bertukar, mungkin blh join
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 02:26 PM | Show all posts
Reply 162# midar

takpe midar, bukan besar-besaran pun...
perjumpaan biasa jer...
minggu kedua pesta buku aku turun lagi, jumpa kak norim lak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 08:27 PM | Show all posts
Reply 68# isabel

kaka bel, nak join tak perjumpaan masa pesta buku ni...
tarikh dah tukar kepada hari SABTU, 28/4/12...
nanti boleh jumpa penulis siti rosmizah kak bel tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 10:06 AM | Show all posts
siti rosmizah ader keluar novel br ke? suka bace karya dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 10:53 AM | Show all posts
mijot,

confirm ke 28/4/2012
bergathering kat Kenny Rogers, Mall
nak masuk dalam dairi ini...
cmf_azure Post at 10-4-2012 17:03


28/4 tu kalau tak silap ada bersih 3.0 kat dataran merdekakan.........tp harap2 tak jd la........kalau tak susah la nak g pesta buku....mesti sesak kat kl kalau jd BERSIH tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2012 12:27 PM | Show all posts
Reply 166# mecdi

tu la pasal...
mintak2 tak jadi...
menyusahkan org betul kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:58 PM | Show all posts
Reply 166# mecdi


   moga perhimpunan itu tak menjadi
   atau dia orang tukar ke hari lain...
   ... risau pula saya kena tahanan dalam rumah
       big boss tak bagi keluar hari tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 20-4-2012 10:37

diskaun yang dioffer (berdasarkan pengalaman tahun lepas in info terkini) :

jemari seni : 25%
karangkraf : 15-20% buku baru, sehingga 70% buku lama dan beli ikut pakej
kaki novel : ptongan rm4 setiap buku
karya seni : potongan rm3 setiap buku
karnadya : diskaun mengikut jumlah pembelian, diskaun biasa 20%
PTS : mengikut pembelian, diskaun biasa 15%
cesb : 10-20% buku baru, sehingga 70% buku lama
fajar pakeer : 20%
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:35 AM | Show all posts
Reply 169# mijot

thanks...info yg sgt berguna...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 20-4-2012 14:16

Ok, alaf21 dah keluarkan jadual aktiviti dan senarai penulis.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:23 PM | Show all posts
Reply 171# attokz


attokz x melawat kawasan ke
byk info tapi x ada tacang pun

system dah berubah ke? klu zaman dolu2 kasi info pasal novel baru or preview
byk dtp tacang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:04 PM | Show all posts
Reply 172# qimi08

GANJAran akan diberi pada waktu malam.

*siang-siang sibuk sikit Kak Qimi.
Insya Allah. Nanti akan diberikan.
Jangan bimbang ok.

Teruskan memberi informasi yang terbaik!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:46 PM | Show all posts
agaknya kalau tukar gath kepada hari ahad, 29/4 boleh tak...
ni terbaca kt CI, pada hari sabtu, 28/4 ada 2 demo (bersih dan hijau), manakala selasa, 1 mei ada demo sempena hari pekerja...diorg ni menyusahkan kita yang tak terlibat sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 08:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 08:02 PM | Show all posts


ada novel rose harissa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 08:03 PM | Show all posts


anjuran PTS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 08:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 08:25 AM | Show all posts
TIPS MENGUNJUNGI PESTA BUKU

Bismillah
Dengan  nama Allah Tuhan Maha Pemurah lagi Maha  Pengasih...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ke-31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur akan berlangsung 272 April dan akan berakhir pada 6 Mei 2012.

Pesta Buku adalah aktiviti  yang amat digemari ulat buku kerana jutaan buku akan dipamerkan dan dijual dengan harga menarik.Ia juga  memberi peluang kepada ramai penerbit dalam dan luar negara menjual buku-buku mereka.

Kita perlu bersyukur kepada Allah kerana berada dalam negara yang aman damai dan mudah mencari rezeki.Menjadi rakyat Malaysia adalah kebanggaan dan perlu disyukuri.

Antara tips adalah :

1.Buat semakan tajuk buku yang ingin dibeli melalui laman web penerbit dan buat catitan.Ini akan memudahkan kita mencari buku ketika ke pesta buku.Ini juga untuk menetapkan bajet kita.

2. Dapatkan peta  lokasi penerbit agar memudahkan kita mencari .Ia juga menjimatkan masa dan tidak sesat.

3.Buat tinjauan harga buku agar berjaya membeli banyak buku dengan tawaran diskaun menarik dari penerbit.

4.Awasi anak-anak kecil.Ramai ibu bapa leka membelek pelbagai bahan bacaan dan terlepas pandang .Ini menyebabkan anak hilang.Sebaiknya pakai reben pengikat tangan dengan anak.

5.Awasi dompet kerana jumlah orang ramai memudahkan pencuri mencuri dompet  tanpa disedari.Sebaiknya pakai seluar berpoket depan dan simpan dompet  dalam poket depan.

6.Bawa troli kecil jika mahu membeli buku yang banyak.Ini memudahkan untuk membawa buku yang dibeli.

7.Kesesakan dan jumlah orang ramai boleh menyebabkan dedihidrasi.Bawa air mineral secukupnya.

8.Beri pilihan kepada anak-anak untuk memilih buku yang disukai.Ini akan memberi peluang kepada anak-anak bijak memilih dan beri cadangan kepada mereka.

9.Luangkan masa secukupnya  untuk meninjau dan membelek buku-buku dan jangan terburu-buru.

10.Elakkan hari terakhir terutama kepada ibu bapa membawa anak-anak kerana kesesakan teruk pasti berlaku pada hari-hari terakhir.

11.Beli pelbagai kategori buku seperti novel,agama,ekonomi,politik,remaja,keibubapaan,resepi,kartun,cinta dan sebagainya.

12.Jangan lupa dapatkan tanda tangan penulis kerana inilah peluang ulat buku menemui penulis.

13.Jangan lupa bergambar dengan penulis dan tauke buku.

14.Jangan berebut-rebut dan menolak-nolak ketika mahu memilih buku atau membayar.

15.Tanyalah dengan petugas booth buku jika mahu cadangan buku terbaik dalam sesuatu bidang dan perkara.

16.Bila kepenatan perlu berehat dan jangan memaksa diri untuk terus menerus berjalan dari satu booth ke satu booth lain.

17.Ucapkan terima kasih kepada penulis jika bertemu mereka dan membeli buku mereka kerana mereka berjasa meluangkan masa menulis.

18.Pastikan mengunjungi pesta buku dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

19.Bawa wang secukupnya. Bawa juga kad kredit atau debit sebagai  ‘tambahan’ apabila kekurangan wang.

20.Manfaatkan aktiviti menarik yang diadakan di booth seperti aktiviti memasak,bersama penulis dan sebagainya.

21.Pastikan kereta atau motosikal yang diletakkan berhampiran dikunci dengan baik.Sediakan kunci kedua dan ketiga bagi menjamin keselamatan kenderaan kita.

22.Buat rombongan  bersama keluarga,teman-teman untuk menjimatkan kos parking,petrol dan sebagainya.

23.Jangan lupa aktiviti  -aktiviti menarik.

24.Aku tiada program tahun ni.Tahun ni jadi pelawat aka pengunjung.


Terima kasih kerana membaca...........(^_^)


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071524 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list