CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Cemas disyaki 'keldai dadah' tidak jejas semangat Arif

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOHD Arif Latif harus pasti sukar melupakan penyertaannya bersama skuad negara di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau yang akan disingkap tirainya, hari ini.Sudahlah naib juara remaja Asia 2007 itu terpaksa menaiki pesawat seorang diri pada penerbangan sebelah petang selepas rakan lain berlepas tengah hari gara-gara pasportnya dipegang kerani Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\n\n\n\n  Tetapi, lebih malang pemain berusia 23 tahun itu ditahan setengah jam dan beg diselongkar kerana disyaki sebagai ‘keldai dadah’ oleh pegawai polis setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau, malam kelmarin.\n\n\n\n\n\n  “Ini insiden pertama kali dihadapi saya sepanjang penyertaan bersama skuad negara ke luar negara, tetapi ia tidak menjejaskan semangat membantu skuad negara melepasi pusingan kelayakan ini.“Cemas juga terutama apabila ditahan, tetapi selepas saya menerangkan kedatangan saya dan mereka tidak menemui sebarang bahan larangan dalam beg saya yang diselongkar, mereka kemudian membebaskan saya,” katanya.Menjelaskan mengenai pasport dipegang kerani BAM, Mohd Arif yang tampil kali kedua bersama skuad Piala Thomas negara berkata, dia menghantar pasport kepada pejabat BAM bulan lalu untuk membuat visa bagi pertandingan di Eropah bulan depan.“Selalunya setiap kali pertandingan di luar negara, kerani BAM akan datang menghantar pasport di lapangan terbang. Saya terpaksa menunggu penerbangan sebelah petang untuk ke Macau selepas Pengurus Besar BAM (Kenny Goh) mengambil dan datang menyerahkan pasport saya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.278588 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list