CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mizsela

Whitney Houston meninggal dunia..

  [Copy link]
Post time 13-2-2012 10:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by bluemenx at 13-2-2012 10:29
Masa Whitney dgn Mariah berduet utk lagu When You Believe kan, ramai dok melaga2kan 2 diva ni.. siap ...
applemy Post at 13-2-2012 09:43



cik yah byk tipu masa nyanyi.. aku ada kt belakang pentas masa concert cik yah 2004. cik yah 10 kaki je berdiri depan aku sebelum stat show lawa memang le lawa cam anak patung, sexy. pastu nyanyi byk miming, yg depan dgr ok je tapi kat monitor atas stage sumbang mambang pasal penonton depan dgr yg miming.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 10:27 AM | Show all posts
hi darling...jenguk jap...terkejut baca..patutla fly fm asyik pasang lagu dia..apapun RIP. ...
noor2 Post at 13-2-2012 10:25



    hi laling... windu nyerrrrrrrrr... muahhssss dulu.,...
niway... yelah, whitney dah takde... yang tinggal hanyalah lagu2 dia sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:28 AM | Show all posts
Whitney mati pada hari lahir ke-48


SELAIN bergelar penyanyi, Whitney pernah berlakon empat buah filem iaitu The Bodyguard, Waiting to Exhale, The Preacher's Wife dan Sparkle.

--------------------------------------------------------------------------------


SABTU lalu, sepatutnya bintang terkenal Hollywood, Whitney Houston menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Bagaimanapun 11 Februari 2012 menjadi tarikh kematiannya.

Penyanyi kulit hitam yang telah menakluk dunia dengan vokal luar biasa dan kehebatan untaian lagu cinta seperti hit sepanjang zaman, I Will Always Love You itu meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Ditemui mati di bilik Hotel Beverly Hilton di tingkat empat pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan), Whitney sebenarnya sedang menunggu untuk sama-sama meraikan Grammy Awards.

Malah pada malam sebelum dia ditemui mati. Whitney dilaporkan telah berparti sakan dalam parti Pra Grammy Awards.

Menurut pihak polis Beverly Hills, punca kematian mantan isteri Bobby Brown itu belum dikenal pasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Ironi, satu dunia tahu bahawa pemilik nama sebenar Whitney Elizabeth Houston itu menghadapi masalah ketagihan dadah yang kronik.

Memulakan karier nyanyian seawal usia 11 tahun dan menghabiskan usia remaja dengan bernyanyi di banyak kelab malam, Whitney mula meraih perhatian dunia saat debutnya yang menggunakan judul Whitney Houston dipasarkan pada tahun 1985.

Majalah Rolling Stone misalnya melabelkan Whitney sebagai ‘penyanyi dengan vokal yang mengagumkan tahun ini’ sebaik mendengar album debutnya itu.

Sejak itu dia tidak sukar mendaki tangga kemahsyuran, lebih-lebih lagi dengan berbekalkan lagu-lagu hebat yang dibikin khusus untuknya. Antara hitnya yang menjadi penawar hati lara dan penambah rasa cinta khalayak adalah Saving All My Love for You, Greatest Love of All, Where Do Broken Hearts Go dan Exhale (Shoop Shoop).

Popularitinya terus melonjak apabila menceburkan diri dalam dunia lakonan menerusi filem fenomena The Bodyguard pada tahun 1992.

Membawa watak sebagai Rachel Marron, dia berpasangan dengan Kevin Costner dan filem tersebut meledak bukan sahaja kerana popularitinya ketika itu, tetapi juga didorong dengan album runut bunyi yang memuatkan hit I Will Always Love You.

Bagaimanapun kemashyurannya tidak bertahan apabila Whitney sendiri merosakkan reputasinya. Disayang banyak pihak sejak dia menjejak kaki dalam dunia hiburan pada tahun 80-an dan awal 90-an, sikap Whitney mula berubah sekitar lewat 90-an.

Dia mula kerap lewat ke sesi temu bual, membatalkan kemunculan di televisyen pada saat-saat akhirnya, malah tidak hadir ke persembahan yang sepatutnya dihadirinya.

Pada ketika itu juga mula bertebaran tentang masalah peribadinya yang dikatakan telah terjerumus dengan najis dadah. Ia akhirnya terbukti apabila pihak imigresen di lapangan terbang di Hawaii menemui dadah jenis marijuana di dalam beg miliknya serta suami, Bobby Brown.

Sejak itu Whitney mula berdepan dengan zaman kegelapan. Kehidupan peribadinya menjadi tunggang terbalik, dia bercerai dengan Brown dan keluar masuk pusat pemulihan dadah juga adalah perkara biasa bagi wanita ini.

Malah percubaan untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dengan muncul bersama album baharu dan terakhir iaitu I Look To You juga tidak begitu menjadi walau lagu tersebut dianugerahi Muzik Video Terbaik oleh NAACP Image Awards.

Biar bergelut dengan pelbagai masalah dan dugaan sepanjang tahun 2000 hingga 2010, Whitney bagaimanapun masih dianggap penting oleh industri hiburan.

Satu-satunya anugerah terakhir yang diberikan kepada Whitney dan memang akan menjadi kenangan selepas pemergiannya yang diterima pada Januari 2011 adalah BET Honors Award for Entertainer sebagai tanda penghargaan terhadap karier luar biasanya sepanjang 25 tahun menjadi artis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:29 AM | Show all posts
hi laling... windu nyerrrrrrrrr... muahhssss dulu.,...
niway... yelah, whitney dah ...
~anya~ Post at 13-2-2012 10:27


.............
    umur 48 muda lagi kan...umur kita tah bila pulak...makin dekat ja rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:35 AM | Show all posts


WHITNEY HOUSTON LIVE IN BRUNEI 1996
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:38 AM | Show all posts
.............
    umur 48 muda lagi kan...umur kita tah bila pulak...makin deka ...
noor2 Post at 13-2-2012 10:29



    yelah.... kita juga tak tahu akan kesudahan kita kan...
tapi itulah.... sepatotnya at that age... dengan career dia yang pernah gemilang.... dia boleh menjadi salah sorang legenda.... ini disebabakan dadah.... all her previous effort seems to fade away.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2012 10:39 AM | Show all posts
Parti diteruskan walaupun Houston mati


PITBULL (kanan) dan Ne-Yo membuat persembahan pada parti yang dihoskan Clive Davis di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


LOS ANGELES - Parti sebelum Anugerah Grammy berlangsung yang dihoskan mentor penyanyi Whitney Houston, Clive Davis kelmarin diteruskan walaupun selebriti itu meninggal dunia kelmarin.

Namun, pada parti itu, majlis memperingati Houston diadakan dengan ucapan takziah dan menghargai sumbangan penyanyi berkenaan dalam industri muzik.

Parti itu dihadiri selebriti antaranya, Tonny Bennett, Dr. Dre, Mary J, Blige, Jennifer Hudson, Pitbull, Wiz Khalifa, Alicia Keys, Toni Braxton, Ne-Yo, Kim Kardashian, Adam Lambert, Britney Spears, Ray Davies dan Kelly Rowland serta bilionair, Richard Branson.

Bagaimanapun, Davis yang membaca sekeping nota pada parti itu menyatakan hatinya hancur luluh ekoran kehilangan seseorang yang memberi makna dalam kehidupannya.

"Dia (Houston) meminati muzik dan dia suka pada malam ini yang meraikan muzik.

"Whitney merupakan seorang wanita yang cantik dan dia mempunyai bakat yang tidak dapat dibandingkan," katanya.

Davis meminta tetamu senyap seketika gambar Houston semasaterpapar di skrin.

Kemudian dia berkata: "Kini, tuan- tuan dan puan- puan, mari kita mulakan muzik (berparti)."

Menurut penyanyi Tony Bennett dalam parti itu, sebelum ini penyanyi pop, Michael Jackson, Amy Winehouse telah meninggal dunia sebelum Houston.

Sementara itu, beberapa selebriti memberikan ucapan takziah di laman Twitter ekoran kematian Houston.

Antara yang memberi ucapan takziah itu ialah Mariah Carey yang menyatakan persembahan pentas Houston amat mengagumkan.

Penyanyi Rihanna menyatakan dalam Twitter: "Tiada kata-kata! Hanya menangis."

"Kami selalu menyayangi Whitney," kata penyanyi Katy Perry di Twitter.

Ikon penyanyi remaja dunia, Justin Bieber berkata di Twitter: "Saya baru dengar berita di Twitter. Salah seorang suara terhebat sudah tiada." - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:44 AM | Show all posts
yelah.... kita juga tak tahu akan kesudahan kita kan...
tapi itulah.... sepatotnya at t ...
~anya~ Post at 13-2-2012 10:38



    owh...dadah ker...i tak baca ..td dgr lagu masa memandu sambil berlumba...ada kereta tak bagi i potong..sakit hati tau..pastu ada makcik bawak kereta duk langgar kereta depan dia pakai sodok aja..tah apa jadi tak taula..kat traffic light



ye la..zaman gemilang dia hancurkan dengan dadah.sia2.....ada anak2 ke dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 10:51 AM | Show all posts
owh...dadah ker...i tak baca ..td dgr lagu masa memandu sambil berlumba...ada kereta tak b ...
noor2 Post at 13-2-2012 10:44



    hehehe.... makcik tuh takajut mendengar kematian whitney agaknya...terus tesodok kete depan gitu....
berhati2 di jalanraya laling....

yalah... katanya dia tuh overdosed noor.... memang dia ada history of drug addiction... tapi aritu keluar oprah katanya dia dah clean up...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:57 AM | Show all posts
ada aku kesah....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:59 AM | Show all posts
hehehe.... makcik tuh takajut mendengar kematian whitney agaknya...terus tesodok kete depa ...
~anya~ Post at 13-2-2012 10:51


mekasih peringatkan...memang sentiasa hati2..


memang bahaya dadah ni kan dear...tapi zaman la ni pengedaran dadah dan pengambilan dadah ni memang berleluasa..mudah saja ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:03 AM | Show all posts
mekasih peringatkan...memang sentiasa hati2..


memang bahaya dadah ni kan dear...tapi zaman  ...
noor2 Post at 13-2-2012 10:59



    yalah... we have boys laling... anya dengar kata sorang psychologist tentang kanak2 lelaki yang membesar di zaman ini... ada sama mereka jadi normal... penagih dadah atau lelaki lembut...sangat worry juga sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:12 AM | Show all posts
yalah... we have boys laling... anya dengar kata sorang psychologist tentang kanak2 lelaki ...
~anya~ Post at 13-2-2012 11:03



  eiiiiii...janganla fikir bukan2..insyaAllah normal..dari awal kita boleh nampakkan..okay..buang jauh2..


berbalik pada whitney...kaya raya tp hati tak tenang kan....akhirnya ambik dadah sebagai jalan penyelesaian..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:23 AM | Show all posts
Reply  Risma

jadi dia bukan bunuh diri spt didakwa?

dh ajalnya dh smpi....
hmmm...

suka s ...
dauswq Post at 13-2-2012 08:10



    Tak silap aku dia menghidap emphysma. Penyakit paru2 nie akan jadi teruk kalau dia minum arak dan merokok. Masalahnya Whitney boleh control ketagihan dia pada dadah, tapi masih gagal control ketagihan dia pada arak dan rokok. Mgkin tu sbb dia jadi lemah sampai boleh tergelincir dalam bath tub.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:30 AM | Show all posts
Reply 254# Muntz

grammy jap lagi ade 2 award jek ker present?

tgk semua award cam dh ade pemenang jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:31 AM | Show all posts
Aku rasa Whitney ni terikut-ikut dgn mendiang Kurt Cobain - "It is better to burn out than fade out".....jadi dia 'burn' diri sendiri dgn making early exit from this earth.....

Dulu aktor Robert de Niro pernah menyatakan kegaguman dan ingin mengahwini Whitney tapi  sebaliknya Whitney memilih Bobby Brown, mungkin dikuatkan faktor mahu diterima semula dlm komuniti kulit hitam kerana sebelumnya beliau ditempelak dan pernah kena boo kerana memilih pop yg lebih komersial dan lebih disukai oleh masyarakat umum,  bukan soul yg biasanya dinyanyikan oleh penyanyi2 kulit hitam. Jadi dgn mengahwini Bobby Brown dan bukan kokesen spt Robert De Niro, maka beliau berharap diterima oleh kebanyakkan orang2 kulit hitam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 11:33 AM | Show all posts
aisehhh... anya nak tengok ulangan jam 10 malam nih... tapi grammy punya ulangan nih....sl ...
~anya~ Post at 13-2-2012 10:22


Tengok anya, jgn tak tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 62# zamzam


   samapi ke hari ni xda siapa pun mampu beat them...aku tengok se popular rihanna,christina,avril nyaniyan mereka x penhak sampai ke 'soul' p mrk bertiga ni klu nanyi d pentas memang kita dpt rasa mrk seakan2 menyanyi khas utk kita seorang saja...mm..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:57 AM | Show all posts
Reply  zamzam


   samapi ke hari ni xda siapa pun mampu beat them...aku tengok se popular rihan ...
ogata Post at 13-2-2012 11:51



    setuju.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073986 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list