|
IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pihak pengurusan Lebuhraya Utara Selatan, Plus Expressways Berhad (PLUS) tidak mengenakan sebarang bayaran tol ke atas semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menggunakan lebuh raya itu.\rPresidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenderaan rasmi jabatan berkenaan digunakan bagi tujuan rasmi perkhidmatan dan permintaan itu disuarakan selepas permohonan jabatan berkenaan kepada PLUS tidak mendapat sebarang jawapan.\r\n\n\n\n\r “Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Shaziman Abu Mansor). Kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepatutnya tidak dikenakan bayaran tol kerana sudah tentu ia digunakan bagi tujuan rasmi,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS yang turut disertai Kesatuan Pekerja Bomba Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan mereka menetapkan dua perkara jika PLUS tidak mengecualikan bayaran tol ke atas kenderaan rasmi jabatan itu.\rOmar berkata, pertama, jika PLUS masih mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi jabatan itu, KPBPSM menetapkan mereka akan menggunakan laluan biasa walaupun jika diperlukan ketika kecemasan.\rKetua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, yang dihubungi pula berkata, jabatan itu belum membuat apa-apa keputusan mengenai isu itu kerana menunggu hasil rayuan dikemukakan pihaknya melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Kerja Raya.\r“Ketika ini hanya jentera bomba (membawa air) dikecualikan daripada membayar tol manakala kenderaan lain JBPM dikenakan tol,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|