|
IPOH: Malaysia tidak berhasrat mengehadkan bilangan kenderaan yang boleh dijual atau dimiliki setiap individu seperti dilakukan di beberapa negara seperti Singapura sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya.\rMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, langkah itu tidak akan dilaksanakan walaupun bilangan kenderaan yang sudah didaftarkan di negara ini kini mencecah 21 juta unit manakala pendaftaran kenderaan baru meningkat setiap tahun.\r\n\n\n\n\r Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, rakyat diberi kebebasan membeli seberapa banyak kenderaan yang mereka mahu selagi mempunyai keupayaan atau mampu berbuat demikian.\r\r\n\n\n\n\n Cho Ha berkata, pada masa sama kerajaan menggalakkan orang ramai khususnya di Lembah Klang berkongsi kenderaan atau menggunakan perkhidmatan awam ke tempat kerja bagi mengurangkan kesesakan tetapi tidak memaksa jika mereka masih mahu memandu sendiri.\r“Pendaftaran kenderaan baru di Malaysia meningkat setiap tahun terutama bermula dari 2009 apabila mencecah satu juta kenderaan manakala tahun lalu mencatatkan 1.12 juta kenderaan dengan 300,000 unit daripadanya didaftarkan di Kuala Lumpur.\r“Ia sebenarnya secara tidak langsung mencerminkan keadaan ekonomi negara yang sihat kerana pendapatan rakyat semakin bertambah yang memberi peluang untuk membeli kenderaan baru atau menukar kenderaan baru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Wisma Great Eastern cawangan Perak di sini, semalam.\rCho Ha berkata, di sesetengah negara, pertambahan penjualan kenderaan boleh menimbulkan kebimbangan terutama masalah kesesakan jalan raya mengakibatkan mereka terpaksa menggubal peraturan bagi mengehadkan bilangan kenderaan yang boleh berada dalam negara berkenaan.\r\n\n\n\rBeliau memberi contoh di Singapura yang pada satu ketika membenarkan kenaikan jualan kenderaan kepada hanya tiga peratus daripada bilangan kenderaan yang terjual pada tahun sebelumnya, kemudian dikurangkan kepada 2.5 peratus dan sekarang hanya membenarkan kenaikan 1.5 peratus saja.\rKatanya, sebahagian besar rakyat negara ini lebih gemar memandu sendiri ke tempat kerja kerana mahu bergerak mengikut masa bersesuaian dengan diri mereka selain tidak mahu bersusah payah menggunakan kenderaan awam seperti terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh dari rumah untuk ke perhentian kenderaan awam terdekat.\rPada masa, katanya, harga petrol dan bayaran meletak kenderaan yang murah berbanding negara lain turut menjadi penyumbang kepada amalan itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|