|
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) akan memperketat syarat kemasukan \rpelajar baru bermula sesi pengambilan September ini, kata Naib Canselornya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.\rBeliau berkata, bagi kursus kritikal seperti perubatan dan pergigian, UM menetapkan pelajar lepasan matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00, manakala bagi bidang sastera perlu memperoleh keputusan 3.50.\r\r Keputusan itu dibuat berdasarkan penganugerahan status autonomi yang diberikan kerajaan kepada beberapa institusi pengajian tinggi awam, termasuk UM, katanya.\r\n\n\n\n\n\rBulan lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mengumumkan pemberian kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar kepada lima universiti.\rUniversiti itu adalah UM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.\rDr Ghauth berkata, universiti boleh laksanakan sistem meritokrasi dengan lebih berkesan dan ini bermakna pemilihan akan lebih ketat dalam menentukan pelajar yang layak masuk ke UM sebab kita hanya mahu pelajar yang betul-betul cemerlang saja, katanya.\rMengulas mengenai kuasa autonomi yang diberikan kerajaan, \rbeliau melihat kebebasan yang diberikan itu sebagai satu peluang untuk menjadikan UM lebih cemerlang pada masa akan datang.\rMengenai saingan dengan pusat pengajian tinggi awam lain dalam mendapatkan pelajar cemerlang, Ghauth berkata, beliau yakin UM memiliki kelebihan terutama dari segi reputasi kerana UM adalah antara 200 universiti terbaik dunia. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|