View: 229|Reply: 0
|
Button puas hati jentera baru McLaren
[Copy link]
|
|
JEREZ, Sepanyol: Bahasa tubuh Jenson Button selepas hari pertama ujian Formula Satu (F1) kelmarin memberi isyarat betapa dia gembira dengan jentera baru McLaren berbanding tahun lalu.\rSetahun lalu, McLaren hadir di Jerez untuk menguji jentera MP4-26. Ia terbukti tidak mampu melakukan pusingan dengan lancar dan ketinggalan dengan sistem ekzos yang rumit yang akan dibuang tidak lama lagi.\r\n\n\n\n\r Button dan rakan sepasukan Lewis Hamilton menghabiskan sebahagian awal musim dengan cuba mengejar Red Bull tetapi berakhir dengan hanya tiga kemenangan ketika Sebastian Vettel muncul juara dunia buat kali kedua berturut-turut dengan mengungguli 11 kejuaraan.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun McLaren mencipta reka bentuk berbeza berbanding pasukan lain musim ini susulan perubahan peraturan, ketika pelancaran MP4-27 minggu lalu mereka yakin masalah yang berlaku Februari lalu tidak akan berulang.\r“Ia adalah hari yang baik. Pagi ini kami melakukan pemasangan dan memeriksa sistem yang mungkin mengambil masa agak panjang daripada yang saya inginkan. Tetapi, selain daripada kelancaran, ia semakin baik,” kata Button.\r“Tiada bahagian jentera yang bermasalah, sangat baik. Berbeza berbanding tahun lalu. Jadi saya gembira,” kata juara dunia 2009 dari Britain berusia 32 tahun itu. – Reuters \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|