|
KEMBALI berkayuh semula di tanah air selepas enam tahun, jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang yakin pingat acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 dapat dihadiahkan buat peminat tempatan yang sentiasa menyokongnya. \r“Walaupun saya belum kembali ke prestasi sebelum kecederaan, saya bersemangat dapat berlumba di sini dengan adanya penyokong tempatan walaupun masih bergegar ketika berkayuh akibat permukaan velodrom yang tidak rata.\r\n\n\n\n\r “Saya jangkakan hanya mencatatkan 10.5 saat namun gembira apabila dapat merekodkan 10.39 saat dalam pusingan kelayakan tadi,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n Azizul melangkah ke pusingan suku akhir hari ini untuk bertemu seteru utama dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mengalahkannya pada pertemuan terakhir mereka di ACC 2010 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.\r“Saya sudah banyak kali bertemu Watanabe dan selalunya saya berlumba dengan dia di final, jadi pusingan suku akhir esok (hari ini) seakan-akan final buat saya. Dia mungkin mempunyai kelebihan pengalaman berbanding saya tetapi saya mempunyai kelebihan daripada segi taktikal,” katanya.\rPerlumbaan hari pertama semalam menyaksikan tidak ada sebarang pingat dihasilkan pelumba elit yang bertanding dalam final kejar mengejar individu lelaki dan wanita serta perlumbaan mata wanita. \rSeorang lagi pelumba program Road To London, Fatehah Mustapa turut melangkah ke pusingan suku akhir pecut wanita elit, hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|