CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Kena bela diri kes lebih harta

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Bekas Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun, 52, semalam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas dakwaan memiliki harta  melebihi pendapatan pada Oktober 2010.\rHakim Sitarun Nisa Abdul Aziz memerintahkan tertuduh yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya, membela diri pada 19 Mac depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. \r\n\n\n\n\rDalam prosiding, Sitarun Nisa berkata tertuduh diberi peluang membuat keterangan bersumpah selepas mahkamah tidak mendapat penjelasan yang memuaskan dan membenarkan pihak pembelaan mengemukakan saksi.\r\r\n\n\n\n\n“Saya menetapkan pada 19, 20 dan 21 Mac depan tarikh perbicaraan akuan bersumpah serta kes pembelaannya dan sekiranya tidak sempat selesai, ia disambung pada 16 dan 17 April depan.\r“Bagaimanapun, sekiranya ia selesai dalam tiga hari pada Mac depan, dua tarikh pada April, dijadikan masa untuk membuat hujahan,” katanya.\rAbdul Rahman diwakili peguamnya, Zamri Idrus dan Mohd Fadhly Hashim, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Timbalan Pendakwaraya Janariah Abdul Mutalib dan Anthony Kelvin Morais.\rTertuduh yang kelihatan tenang dan ditemani saudara mara, dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada 11 Oktober 2010.\r\n\n\n\rMengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki wang dan hartanah bernilai RM817,355 yang merangkumi Akaun Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM334,245, Akaun Lembaga Tabung Haji (RM299,016) dan Akaun Maybank (RM48,094), selain hartanah bernilai RM136,000.\rIni menunjukkan ada lebihan harta yang sepatutnya dimiliki Abdul Rahman selepas diambil kira emolumen sepanjang berkhidmat dengan kerajaan sebanyak RM152,081.\rPertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.\rMahkamah mengekalkan jaminan sebanyak RM15,000 kerana sepanjang proses siasatan yang dijalankan sejak Ogos 2009, tertuduh dan isteri masih bekerja serta tidak wujud krisis kewangan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053035 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list