CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Perkataan Karpal berbaur hasutan

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun Karpal Singh seorang Ahli Parlimen dan peguam kanan terkenal berhak membuat ulasan politik dan memberi pandangan mengenai perlembagaan dan undang-undang, hak serta kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan itu tidak mutlak.\rHakim Datuk Ahmad Ma’arop  dalam penghakimannya  105 muka surat, berkata kebebasan bersuara yang dijamin itu bererti seseorang  berhak bercakap, menulis atau menerbitkan apa yang disukainya asalkan tidak melanggar undang-undang.\r\n\n\n\n\r  Oleh itu, katanya, apa yang dinyatakan  Karpal  pada satu sidang media pada 2009 mengenai Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di negeri itu melepasi garis yang memisahkan pernyataan perkataan yang dibenarkan undang-undang dengan pernyataan  menghasut.\r\r\n\n\n\n\n  Hakim Ahmad juga berkata, pendakwaan hanya perlu membuktikan perkataan yang dinyatakan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut.\rKatanya, pendakwaan tidak perlu membuktikan bahawa perkataan itu menyebabkan keganasan sebenar atau reaksi adverse sebenar.\rHakim Ahmad berkata, sama ada kenyataan Karpal  benar atau tidak, adalah tidak material.\r“Dalam mempertimbangkan persoalan sama ada perkataan responden (Karpal) itu menghasut atau tidak, pandangan saksi  yang mendengar perkataan berkenaan bukan penentunya dan sebenarnya adalah tidak relevan. \r\n\n\n\r“Mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan responden itu menghasut atau tidak,” katanya.\rPada 20 Januari lalu, Hakim Ahmad yang mempengerusikan panel tiga hakim memerintahkan Karpal  membela diri terhadap tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang media pada 2009.\rPanel berkenaan yang turut dianggotai dua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Karpal  daripada tuduhan itu tanpa memerintahkannya membela diri.\rKarpal  dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.\rBeliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.\rPertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.\rMahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu, menetapkan hari ini untuk sebutan kes Karpal di Mahkamah Tinggi.\rDalam penghakimannya itu, hakim Ahmad berkata, perkataan yang dinyatakan Karpal mempunyai kecenderungan bagi mempersoalkan kuasa prerogatif Sultan Perak yang dilindungi mengikut Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.\rHakim Ahmad berkata, tiada keraguan di fikiran panel itu bahawa sidang media itu dibuat dengan niat atau sekurang-kurangnya dengan harapan supaya apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar berkenaan akan disiarkan.\rDalam sidang media itu, beliau berkata, Karpal  berulang kali menyatakan perkataan yang jelas membawa pengertian bahawa Sultan Perak melanggar undang-undang, tidak mengikut undang-undang atau tidak menghormati undang-undang. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list