CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Dividen, bonus LTAT 15 peratus

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan bayaran dividen dan bonus  15 peratus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarumnya, berbanding 14 peratus tahun lalu.\rJumlah itu merangkumi dividen biasa  tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas tujuh peratus dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif.\r\n\n\n\n\r  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, naik  10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, LTAT berjaya mencatatkan jumlah pendapatan  RM862.7 juta, tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekali gus rekod tertinggi sejak LTAT ditubuhkan 39 tahun lalu.\r“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian LTAT pada 2011 dan ini membuktikan LTAT berjaya menguruskan dana dan mengekalkan prestasinya yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat. \r“LTAT akan terus menyemak semula strategi, tahap risiko dan membuat pemantauan yang rapi terhadap portfolio pelaburannya, selain terus mengenal pasti peluang pelaburan baru di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.\rAhmad Zahid berkata, LTAT berjaya memenuhi sebahagian besar tuntutan pencarum dari segi pemberian faedah dan kemudahan, termasuk bayaran balik wang caruman sebanyak RM705.7 juta kepada 6,115 pencarum yang tamat perkhidmatan dan RM23.3 juta kepada 4,034 pencarum yang layak membeli rumah kediaman pertama atau sebidang tanah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan LTAT.\r\n\n\n\r“Selain itu, LTAT dan kumpulan syarikatnya membelanjakan sebanyak RM42.7 juta bagi membiayai pelbagai program biasiswa dan bantuan lain untuk anak anggota yang layak serta membuat bayaran sejumlah RM6.5 juta kepada 267 pencarum di bawah Skim Khairat Kematian dan Hilang Upaya.\r“Daripada jumlah ini, RM4.6 juta dibayar kepada 192 waris pencarum yang meninggal dunia di bawah Skim Faedah Khairat Kematian dan RM1.9 juta lagi dibayar kepada 75 anggota di bawah Skim Faedah Hilang Upaya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.458402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list