CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: manjalara_01

Sekiranya kite x bertemu jodoh di Dunia?

[Copy link]
Post time 27-9-2012 12:57 AM | Show all posts
mierrr posted on 27-9-2012 12:34 AM
bercakap pasal jodoh
buat masa sekarang
tak pernah terfikir bab jodoh

salam

ini statement for me ok aah .. good
apapun biarlah Allah tentukan
tak ada pun tak pe
hanya redha dan terima
ada hikmahnya
ini statement for me tak ok aah ..
we mustn't be selfish ..
our parent bore us .. then kita pulak tak mau kahwin ..
issshh .. nak jadi nun ke .. hehe
i prefer cakap .. insyAllah ..
satu hari nanti kalau ada jodoh pertemuan ..
adalah rezki ..

hikmah nya takda suami aah .. takda zuriat aah ..
kalau dah tua siapa nak jaga ..
ni masaalah jugak ..

isshh .. boleh fening kefala ana ..
kamfong fening lalat ..

banyak susah ini topic aah .. masyAllah

wassalam


p/s ..
hanya pesan 'sweet charity' ..
tak perlu kejar mimpi yang tak pasti ..
hari ini juga mimpi ..
maka biarkan dia datang .. di hati mu ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 01:04 AM | Show all posts
NorAddin posted on 27-9-2012 12:57 AM
salam

ini statement for me ok aah .. good

tq
betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:59 AM | Show all posts
putehh posted on 17-9-2012 03:22 PM
huhu..

aku kene marah lg ngn mak aku sbb xkawen2....


wahh baik betul mak putehhh,
mak sy lagi rela tgk sy jd andartu dari kawin gan laki owg ni,,,huhuhu..
pasrah je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:43 PM | Show all posts
Nadya_calista posted on 3-10-2012 10:59 AM
wahh baik betul mak putehhh,
mak sy lagi rela tgk sy jd andartu dari kawin gan laki owg ni,,,h ...

baik ke? huhu..mcm desperate nk srh anak kawen je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 05:17 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 7-2-2012 12:55 PM
ada terbaca kt mana ntah..kaum wanita ni dr rusuk adam...so setiap manusia ni ada jodohnya...yg tk b ...

haah kan kadang kala tak terjawab persoalan-persoalan begini dr minda yang dangkal spt sy sdri...
Abis tu mcm mn pulak bagi lelaki yang kawen cerai kawen cerai...yang mn satu wanita yang dia kawen cerai kawen cerai tu dr rusuk dia??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:36 AM | Show all posts
ada hadith sahih ke pasal rusuk rusuk ni dengan jodoh ? ada supporting dalil? i am curious.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2012 08:48 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-10-2012 12:36 AM
ada hadith sahih ke pasal rusuk rusuk ni dengan jodoh ? ada supporting dalil? i am curious.

http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367..

PerempuanTidak Berasal Daripada Tulang Rusuk
Muhammad Hanief bin Awang Yahaya
Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulangrusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikandaripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya seringdidampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semuakitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepadaulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihatTafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)
Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullahs.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkanHawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu.Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripadajenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusiajuga bukan makhluk yang lain.
Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulangrusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pulamenambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas.Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yangdipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yangsering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yangtidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuangmasa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)
Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakanperkara yang sebagaimana yang tersebar dalam  masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.wyang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.
Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukanperkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya,apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlubagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya.Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialahmenjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain,al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidupkepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.
Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliauketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksudcerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksudsebenarnya ialah  supaya pembacamemikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasildari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yangikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawzal-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 08:48 AM | Show all posts
obelisk posted on 4-10-2012 08:48 AM
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367..

PerempuanTidak Berasal Daripada Tulang  ...

MengapaBerlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?
Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami maknasebenar ayat ini:
1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakandaripada tulang rusuk kiri  Nabi Adamketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yangdahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsirankepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayatIsrailiyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagidaripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskankitab-kitab yang terdahulu.
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
1.         Perempuan itu diciptakandaripada tulang rusuk
2.         Perempuan seperti tulangrusuk.
3.         Perempuan adalah tulangrusuk.
  
2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yangmenyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripadaRasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggalatau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, parapentafsir  menyangka wanita dalam hadistersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukanmakna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.
3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatuperkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lainseperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Olehitu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinyaterikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1,hal. 319)
Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanyapasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Alaal-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:
وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْمِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْمَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jeniskamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dandijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belaskasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yangmenimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًايَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamupasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenisbinatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); denganjalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiadasesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya)dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْأَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةًوَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ
Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamusendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dancucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surahal-Nahl: 72)
Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itudiciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai“mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.
  
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْأَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu,yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dansangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surahal-Taubah:128)
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَىالْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوعَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَوَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepadaorang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada merekadari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelumitu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)
Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yangdiutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukandari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuanitu daripada jenis yang mudah  bengkok.
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليهوسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا،فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركتهلم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlahmenyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknyakerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnyatulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusahauntuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu iaakan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanitadengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى اللهعليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannyakamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).
Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikahbab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialahuntuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat  kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasadwanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.
عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلىالله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.
Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu inginmemperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)
Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulangrusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dantulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antarakedua-duanya.
Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalamSahihnya, iaitu:
باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلىالله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .
Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuanitu seperti tulang rusuk.
Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawaHawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.
Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakanriwayat:
إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمهاتكسرها
Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untukmeluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)
Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulangrusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis inimerupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghahatau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidakdigunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua bolehjuga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahamisecara harfiah.
SokonganKepada Penafsiran Ini
Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalahsesuai hadis berikut:
عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أنالنبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقالالنبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعنيالنساء.
Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w.berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyahmenarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w.bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialahbotol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita.(Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut darisegi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita sepertibotol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 08:49 AM | Show all posts
obelisk posted on 4-10-2012 08:48 AM
MengapaBerlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini? Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekelirua ...

Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorikbahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih(perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya,supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian  kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w.membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untukmerendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelakisupaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidikdan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untukmenegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.
Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklahanggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.141978 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list