View: 174|Reply: 0
|
Nwaneri kekal pilihan Kelantan
[Copy link]
|
|
Antwi hanya untuk aksi Piala AFC: AzmanPERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampak tidak mempedulikan kritikan apabila membuat keputusan memilih bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sebagai tonggak import terbaru menggantikan Denny Antwi untuk beraksi dalam saingan Liga Super, musim ini.\n\n\n\n Walaupun akur prestasi Obinna ketika tewas 0-2 kepada kelab Singapura, Balestier Khalsa FC, Ahad lalu masih kurang memuaskan hati, pihak pengurusan pasukan masih menaruh harapan terhadap pemain itu membantu menguatkan barisan pertahanan.\n\n\n\n\n Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata mesyuarat diadakan, semalam memutus menyenaraikan Obinna sebagai tonggak import baru The Red Warriors menggantikan Antwi yang akan hanya beraksi dalam Piala AFC.“Kami putuskan memilih Obinna dan Mohammad Ghaddar sebagai dua pemain import Kelantan untuk saingan Liga Super musim ini manakala Antwi hanya akan beraksi dalam Piala AFC. “Kami sudah terima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Obinna. Kita tahu hari ini (semalam) dan esok (hari ini) adalah cuti umum tapi kami akan cuba secepat mungkin mendaftarkan Obinna kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan dia (Obinna) beraksi ketika menentang Sabah,” katanya.Skuad Kijang akan berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, esok untuk menghadapi cabaran Sabah dalam perlawanan keenam.\n\n\nPada masa sama, Azman masih menaruh keyakinan terhadap Ghaddar dan percaya khidmat pemain kebangsaan Lubnan itu mampu untuk memberi keputusan lebih positif kepada The Red Warriors.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|