View: 148|Reply: 0
|
Pelumba basikal para negara raih 4 pingat
[Copy link]
|
|
EMPAT pingat diraih kontinjen berbasikal para negara menerusi acara lebuh raya lelaki, termasuk sebutir kilauan perak dihadiahkan Mohd Khairul \rHazwan Wahab dan Khairul Naim Azhar pada hari pertama Kejohanan Basikal Para Asia 2012 (APC 2012) di Putrajaya, semalam.\rAPC 2012 yang pertama kali diadakan Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) hampir menyaksikan tuan rumah meraih kilauan emas dalam acara Kelas B Elit Lelaki, namun pelumba Korea Selatan, Kim Jong Giu dan Kong Minwoo bijak mencuri emas pada saat akhir.\r\r Perlumbaan sejauh 80.4 kilometer itu menyaksikan tiga pasangan pelumba negara mendominasi perlumbaan namun kesilapan taktikal sekadar menyaksikan Mohd Khairul Hazwan dan Khairul Naim menamatkan perlumbaan dengan masa 2 jam 7 minit 10 saat - tercicir dua saat di belakang pelumba Korea Selatan.\r\n\n\n\n\n\rKhairul Naim bagaimanapun tetap berbangga biarpun tewas pada henjutan terakhir kerana pasangan Korea Selatan adalah pelumba yang sangat berpengalaman. “Mereka sudah lebih 10 tahun terbabit dalam dunia basikal para. \rSedangkan kita baru saja beberapa tahun berkayuh secara serius dalam dunia basikal para,” katanya semalam.\rPertarungan Kelas B Elit Lelaki turut menyaksikan Malaysia mengutip pingat gangsa menerusi Saiful Izwan Yusop dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa sepantas Mohd Khairul Hazwan dan Khairul Naim.\rKilauan gangsa turut disumbangkan Mohd Sabki Ariffin menerusi acara Kelas C4 Elit lelaki yang mencatat 1:31:07s, ketinggalan 6:24s di belakang pemenang emas - Golbarnezhad Bahman yang merakam 1:24:43s.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|