View: 176|Reply: 0
|
YPU hasil keropok lekor perisa Tongkat Ali
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Keropok lekor Terengganu bakal berubah rasanya apabila makanan tradisi rakyat Pantai Timur itu akan diadunkan dengan ramuan herba Tongkat Ali, sekali gus menjadikan makanan itu sebagai \'keropok awet muda\'.\rProjek terbaru itu akan dilaksanakan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi memenuhi permintaan orang ramai yang inginkan kelainan terhadap makanan berkenaan.\r\n\n\n\n\r Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata pihaknya merancang mengeluarkan produk keropok awet muda itu mulai pertengahan tahun ini secara usaha sama dengan syarikat Sidratul Corporation Sdn Bhd.\r\r\n\n\n\n\n “Ketika ini keropok lekor mempunyai rasa yang hampir sama, dan kita rasakan sudah tiba masa makanan ini dipelbagaikan bagi menghasilkan keropok lebih berkualiti,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YPU dengan Sidratul Corporation di sini, semalam. \rHadir sama, Pengarah Sidratul Corporation, Ahmad Tajuddin Arshad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Razak Sulaiman.\rAzmi berkata, pada dasarnya, Terengganu sememangnya terkenal dengan keropok tetapi kebanyakan orang hanya mengetahui mengenai keropok keping dan keropok lekor.\r“Justeru, kita mahu naikkan imej keropok itu sendiri sebagai makanan yang boleh \'meletup\' dalam industri selain mampu menembusi pasaran luar negara,” katanya.\r\n\n\n\rMengenai MoU itu beliau berkata, kerjasama dengan Sidratul Corporation dilakukan untuk menggabungkan kepakaran dan kemahiran dalam aspek pengeluaran produk halal mengikut hukum syarak ke arah pemasaran dan penerokaan bidang keusahawanan lebih berdaya saing.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|